سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Thursday, October 9, 2008

++ Mencintai Seorang Lelaki Idaman (Hukumnya?)



Soalan:

Beberapa bulan yang lepas , saya telah berkenalan dengan seorang muslimin tetapi sebelum itu saya memang tidak terniat untuk menjalin apa-apa hubungan dengannya. Setelah saling menghubungi, saya rasakan seperti menyukainya. Sebenarnya, sebelum ini, saya tidak pernah bergaul dengan golongan ini kecuali ada apa-apa perkara contohnya semasa belajar dan sebagainya. Saya rasakan perasaan itu adalah ikhlas walaupun kata sesetengah orang tiada keikhlasan dalam perhubungan sebegini. Walaupun saya cuba buang perasaan itu, namun tidak berjaya. Jadi salahkah kalau saya menganggapkan yang pertemuan saya dengannya adalah ketentuan dari Allah? Dan salahkah saya berdoa kepada Allah agar merestui perasaan ini sekiranya dia seorang yang baik?
Saleha, Ipoh
Jawapan:

Rasa cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dan anugerah Allah yang diberikan kepada setiap insan. Dengan rasa cinta dan kasih sayang inilah terbinanya kehidupan dan tamadun umat manusia yang cemerlang. Cinta juga merupakan tabiat manusia terhadap sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmaniah mahupun rohaniah. Nafsu cinta iaitu usaha untuk memenuhi keinginan jasmaniah seseorang terhadap orang lain atau keinganan untuk menjalinkan hubungan lelaki terhadap seorang wanita. Jika kita ingin kepada makanan dan minuman tertentu yang kita sukai namanya selera, kemudian jika kita suka terhadap haiwan tertentu,itu dinamakan sayang. Jangan kita katakan cinta terhadap haiwan dan sebagainya.

Cinta, kasih, sayang, selera, simpati dan sebagainya itu merupakan bahagian yang termasuk dalam naluri manusia. Ada pula orang yang mengatakan bahawa cinta itu buta. Ertinya bila seseorang jatuh cinta maka ia akan kehilangan kemampuan untuk berfikir secara wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga mereka merasa buta untuk melakukan pekerjaan yang lain. Cinta itu buta dapat juga diertikan cinta itu mengandungi kesetiaan, kerana apabila ia telah jatuh cinta terhadap seseorang maka fikiran dan matanya buta terhadap yang lain. Cintanya bertujuan terhadap seseorang yang menjadi pilihannya semenjak dari awal, tak peduli apakah bentuknya cantik atau cacat.

Jadi perasaan cinta yang tumbuh dalam sanubari anda tersebut bukanlah suatu dosa, melainkan proses fitrah yang sedang berjalan dalam kehidupan anda. Cuma saja diharapkan tidak menyalahkan fitrah tersebut dengan memberikan ruang-ruang syaitan untuk menguasai diri kita. Berdoalah kepada Allah jika lelaki tersebut merupakan pasangan yang terbaik untuk anda maka mohonlah agar dipertemukan jodoh dengannya, namun sebaliknya jika ia bukan yang terbaik maka bermohonlah agar ia dijauhkan dari kehidupan anda meskipun rasa cinta yang bergelora menusuk setiap nadi anda. Sebab ketentuan Allah untuk kita itu lebih baik dan lebih bermanfaat dari kehendak nafsu dan diri sendiri.

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam