DAHULU
Umat Islam pernah berada di era kegemilangan sehingga ia menjadi bukti sejarah. Kegemilangan itu bukan sahaja berjaya menguasai ¾ dunia tetapi juga turut melalui tempoh pemerintahan yang panjang iaitu selama tujuh abad (700 tahun)

(Largest Muslim Population- Marocco, Indonesia, Algeria, Nigeria, Egypt, Turki, Iran, Pakistan, India, Bangladesh)
Pencapaian umat Islam ketika itu adalah di atas kehendak Allah SWT. Allah SWT mendatangkan bantuan dan pertolongan-Nya kerana umat Islam layak serta memenuhi tuntutan dan syarat untuk memperolehinya. Malah, bangsa-bangsa lain turut mendapat manafaat dan bernaung di bawah pemerintahan Islam kerana umat Islam itu sendiri dinaungi oleh Allah SWT Yang Maha Agung. Martabat dan maruah umat Islam diangkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab tetapi adalah kerana umat Islam ketika itu sangat berpegang kuat kepada Al-Quran dan sunnah Rasul SAW.
Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Mereka benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Tuhan. Mereka telah menterjemahkan Al-Quran dan Sunnah ke dalam segenap aspek kehidupan mereka bukan sahaja di sudut ibadah semata-mata tetapi meliputi aspek pembangunan insan, kebajikan sosial dan kekeluargaan, politik, pentadbiran, pendidikan, kebudayaan, ekonomi, kewangan, kesihatan, perundangan dan kehakiman, sains dan teknologi, ketenteraan, hubungan diplomatik dan sebagainya.
Bilamana insaniah manusia sudah terbangun, bilamana jiwa sudah disuburkan dengan rasa cinta dan takut Tuhan, bilamana masyarakat sudah mengamalkan Islam secara menyeluruh di dalam cara hidup mereka, maka jadilah zaman itu sepertimana yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dengan kitab ini (Al-Quran) meninggikan darjat satu kaum dengan menjatuhkan kaum yang lain.” (N.R Muslim)
Hasil didikan dan pimpinan Rasulullah membawa manusia kepada Tuhan maka muncullah satu generasi yang memiliki peribadi agung yang diantara ciri-cirinya ialah:
1. Kuat keyakinan kepada Tuhan dan Akhirat.
2. Memiliki keimanan yang tinggi.
3. Sangat kuat berpegang kepada syariat dalam segala urusan.
4. Akhlak mereka sangat mempersonakan.
5. Kehidupan mereka sangat berdisiplin.
6. Mereka sangat menghindari maksiat dan kejahatan.
7. Mereka bersih daripada sifat keji (mazmumah) dan dosa.
KINI
Sedang terpampang di persada dunia kini, yang sama-sama kita saksikan, apabila umat Islam sudah mula melupakan Allah SWT dan mengabaikan Rasulullah SAW, umat Islam kini ditimpa kehinaan, krisis berlaku di mana-mana. Rata-rata umat Islam di seluruh dunia menagih simpati di bumi sendiri. Berlaku perpecahan, perebutan kuasa, tindas menindas, jatuh-menjatuhkan, menzalimi dan dizalimi, hingga membawa kepada huru hara, petelingkahan, permusuhan, peperangan dan pembunuhan. Umat Islam tidak terbela, tidak lagi dihormati, malah menagih simpati kepada musuh dan kuasa-kuasa besar dunia.
0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:
Post a Comment