سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Thursday, May 15, 2008

++Kenangan ku di bumi Anbiya' SUDAN

















46 c...suhu kepanasan di Sudan..u all boleh bayangkan macammana panasnye time ni..a day after that..47 c..gilerla..




Sudan... Tidak pernah ku terfikir akan menjejakkan kaki di tanah ini...tanah di bumi anbiya'..para nabi..khalifah dan syuhada yang lahir di bumi ini...Alhamdulillah..rezeki ayahku di sini...beliau ditukarkan untuk bekerja di tanah ini selama 2 tahun ..aku berasa amat gembira..bercampur dengan sedih kerana beliau akan meninggalkan kami selama jangka masa ini..tapi tidak mengapa..aku mengerti tujuan ayahku menerima tawaran untuk ke sana..aku memujuk hati kecil ku..

Setelah 3 bulan ayah di sana..dia kembali ke tanah air untuk seketika..berjumpa anak2..isteri tersayang..ibuku..dan sanak saudara ku di kampung...setelah itu, setelah hampir 1 tahun ayah disana..ibu dan adik ku pula meninggalkan tanah Malaysia untuk seketika..mengikuti ayah ke sana..kadang2 terasa sunyi pabila mereka tiada disini..cuma suara mereka hanya kedengaran di corong-corong telefon bila ibu atau ayah menelefon kami di sini..aku Rindu mereka!..tetapi, Alhamdulillah..panggilan telefon emak yang bukan seperti selalu mengatakan bahawa aku akan ke Sudan bersama kakak ku..Alhamdulillah..tiba2 terasa seperti bunga-bunga api kecil terbit di dalam hati kecil ku..aku berasa sangat gembira!..
















Bersama mak dan Muhammad di Khalifah Museum, Omdurman..



Seminggu sebelum aku meninggalkan bumi Malaysia..sibuk mengemas dan membungkus semua barang-barang permintaan ibuku untuk di bawa ke sana..terasa tidak sabar untuk ku untuk bertemu semula ayah,ibu dan adikku yang telah lama ku rindui..Semasa aku berada di dalam pesawat ,aku dapat melihat tanah-tanah yang berwarna keperangan.."apa tu kak?" tanyaku kepada akak..akak menjawab " kemungkinan itulah Sudan".."oh..yeke?" jawab ku..aku terasa agak terkejut pabila mengetahui itulah negara ayahku bekerja..tidak seperti apa yang ku sangka selama ini..ternyata semuanya meleset..tiada bangunan yang ku nampak..cuma gambaran kotak-kotak keperangan yang kekal di sana..Rupanya aku akan berada di negara 20 tahun ke belakang dari Malaysia..Setibanya aku di tanah Sudan..aku di sambut mesra oleh ayah..ku cium tangan dan pipinya..emak, muhammad adiku...

Alhamdulillah..Allah mengizinkan ku untuk berjumpa mereka sekali lagi....hilang semua kerinduan pada mereka..aku gembira..
setelah 1 minggu aku di sini..cuaca yang amat terik seperti menyucuk-yucuk kulit ku ini..menyebabkan aku tertanya-tanya bagaimana mereka menyesuaikan diri disini..cuaca yang tidak pernah kurang dari 35c dan keatas menyebabkan aku kadangkala terasa rimas.. tapi apakan daya..ku terima semua ini dengan redha.sepanjang aku disini..pelbagai perkara yang dapat ku pelajari..bahasa arab Sudan yang unik menyebabkan aku teringin untuk mempelajari nya.. Kharuf,Himar, Kabir, Kathir,Gagiga dan sebagainya..aku juga mendapat ramai rakan-rakan baru..aku gembira..budaya yang amat unik dan menarik membuatkan aku terasa sedikit teruja..tapi satu perkara yang amat menarik perhatianku adalah ketika mereka menunaikan solat...masuk saja waktu solat..mereka akan mengerjakan nya tidak kira di mana-mana..
pernah sekali, anak mataku terpandang seorang lelaki menunaikan solat hanya di tepi jalan raya..


MashaAllah..betapa indahnya Islam..pelbagai tempat sejarah yang telahku lawati..antaranya Piramid di Shandi,Jabal Auliyah,Kandahar,dan empangan di Merawe..kini masa berlalu kian pantas..terasa seperti baru semalam aku tiba di bumi anbiya' ini..setelah 2 tahun berlalu..ayahku kini di tukarkan semula untuk bekerja di Malaysia..ibu memberitahuku bahawa ayah akan ditukarkan semula ke sana.."Oh yeke?" kataku kepada emak.."takpelah mak, mungkin lepas ini rezeki abah di tempat lain. Siapa tahukan."..aku memujuk emak dengan kata2 ku ini..ternyata ibuku redha dengan kata-kata ku ini..Alhamdulillah..aku bersyukur..kini hanya foto-foto dan video dan memori kami disini yang akan menjadi kenangan yang kekal abadi..ku berkata pada diri ku..jika tidak kerana rezeki ayahku di sini, aku tidak akan dapat merasakan nikmat seperti ini..Terima kasih abah~ :)

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam