سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, October 6, 2008

++ Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

www.iluvislam.com
oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi*

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.




Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.



Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar u ntuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.




Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

++ Raya 3 Dekad...


Oleh: Juragan

Sunday, October 5, 2008

++Menyambut Syawal ke 5 di Johor..

Salam alaik...

hari ni dah masuk hari raya ke 5..
MasyaAllah cepat sungguh masa berlalu..undangan beraya ke rumah kawan2 pakcik makin banyak.. wah wah... rezeki ana hari ni.. Alhamdulillah...
baiklah, bermula dari pagi... hari ni, ana, atuk mak, & keluarga pakcik berkunjung ke rumah ibu pakcik di Permas Jaya,Johor..

kanan: atuk mak bersama ibu pakcik..

kami bertolak dari rumah pada pukul 11 pagi dan tiba di sana 12 tengahari.. makan masa kira2 1 jam untuk kesana..makan2,berbual2....tanya ni tanya tu..tibalah waktu pulang. erm.. seronok juga, sebab dah lama x beraya..mklmlah 2 hari lepas asyik terperap di rumah.. maklumlah atuk ana puasa.. jadi mungkin mereka agak letih.. ana faham..

rumah pertama dah beraya..tibalah pula rumah ke 2..

kali ni di Tiram kalau x silap.. berkunjung ke rumah kawan sekerja pakcik..lama juga..,mcm biasalah kalu dah datang beraya tentu banyak yang dibualkan..kami makan tengahari dan solat Zohor di sana..


selesai rumah ke 2, kami berkunjung pula rumah ke 3..hehe.. kawan sekerja pakcik juga.. rumah 3 ni, mereka buat rumah terbuka..jadi meriahlah sikit..ramai yang datang.. ana jadi blur pula.. hehe..mklmlah x kenal orang kan..oklah dah makan, rehat2...bersalaman2..terus kami pulang ke rumah.. well malam nanti ada lagi jemputan raya di rumah saudara atuk..erm..makan lagi..huhu

p/s mana duit raye?...hihi...:P

++ Minuman berDOSA atau berSODA??..Haiz~!

Sapelah punye kedai ni... nampaknyer tokey kedai ni kena masuk tadika balik ni... huhu


Sape...sape..sape..baik mengaku cepat!

Saturday, October 4, 2008

++ Berbaik sangka..

oleh Al-Imam Ghazali

Bila berjumpa kanak-kanak
Anggaplah mereka lebih mulia daripada
kita kerana mereka belum dibebani dosa...

Bila berhadapan orang tua
Anggaplah mereka lebih mulia kerana lebih lama
beribadah daripada kita...

Bila berjumpa orang Alim
Anggaplah mereka lebih mulia kerana banyak ilmu...

Bila melihat orang jahil
Anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa
disebabkan kejahilan mereka sedangkan
kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya...

Bila berjumpa orang jahat
Jangan anggap kita mulia
Katakan mungkin mereka akan
bertaubat pada masa tuanya sedangkan
kita belum tahu akhirnya(akhir hidup mereka)...

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam