سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, August 8, 2008

++ Sesi TestShot untuk Majalah Dara.com..

Assalamualaikum...





Khaifa Haluk? ma'alish sebb dah lama x tulis dalam blog ni...anyway, Alhamdulillah, setakat ni Allah memberikan aku kesihatan yang baik...


semalam, aku bersama dengan mak dan kakak aku pergi ke Karangkraf di Shah Alam..


aku diminta ke sana kerana terpilih untuk menghadiri sesi testshot untuk Majalah Dara.Com..


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..


tujuan testshot ini adalah untuk pemilihan covergirl tuk majalah Dara.com..aku dah buat sehabis baik..walaupun aku gementar pada waktu tu..hmm maklumlah..kalau berposing xdelah sampai dalam studio..setakat dalam bilik adelah..hehe..erm..ntahla..


well, terpilih ataupun tidak..semuanya terletak pada Allah..aku hanya berserah..





sebelum ni, aku ada menghantar borang pencarian covergirl..sebenarnya aku taklah terlalu taksub tuk join semua ni..tetapi..ramai kawan2..saudara yang suruh aku mencuba nasib..


so..atas dorongan diorang..aku amik keputusan tuk mencuba..


Alhamdulillah...pihak Dara.com, menghantar sms dan mengatakan aku berjaya terpilih untuk sesi testshot..aku dikendaki berada di Karangkraf pada pukul 1.30 petang 7.8.08..





dalam perjalanan ke sana..aku terfikir..bagaimanakah keadaan sebelum,semasa dan selepas sesi testshot nanti ??..erm..aku tak berhenti berdoa supaya dipermudahkan semuanya..


tiba di sana..aku perhatikan, ramai yang dah berada di situ...erm..aku berkata dalam hati..cantik jugak diorang semua ni..ada peluang tuk menang ke?..erm..ntahla..





aku tiba disana dalam pukul 1.15 petang..tapi. bermulanya sesi testshot tu..lebih kurang pukul 2.30...hmm..jenuh jugak aku tgu..bosan pun ade..nasib baikla aku bawa MP4 aku..kurang sket rase bosan..





kak Aida..journalist majalah dara.com..dan dia jugalah yang bertanggungjawab tuk memanggil calon-calon yang berjaya tuk sesi ni..


banyaklah juga benda yang dia tekankan sebelum bermulanye sesi testshot ni..dia memperkenalkan diri pada kami semua..


mula2 aku rasa segan gak nak berbual dengan dia..tapi Alhamdulillah..dia ok..


so..kebanyakan bakal2 model ni..semuanya lahir tahun 87..erm..kalau x silap..1 2 je yang berumur 24 keatas..





o yea..semasa aku kat sana...adalah aku ternampak 2 3 orang artist..antaranya..Farid kamil..hmm..siapa tu eyh..ala..artis yang main cite dunia baru tu..erm..lupe pulak aku..anyway,rupenyer diorang buat photoshot kat situ..baru aku tau..





Kak Aida..bawa kitorang ke photostudio..kene lalu dekat dalam office sebelum sampai ke sana..hmm..then, aku dan kawan2 diminta mengisi borang biodata..erm..tak sangka pula aku leh sampai ketahap situ..aku terfikir balik..model??..boleh ke aku ni?..xlah secantik mana pun..setakat nak perasan depan cermin boleh la..erm....





15 min lepas tu..kak Aida, mula memanggil sorang2..tuk sesi testshot..giliran aku yang ke 5 kalau x silap...


aku tengok masing2 cuak je muka..yelah..tak pernah berposing di studio...nak taknak kene gak senyum semanis dan seikhlas mungkin..


then..tiba giliran aku..doa tak berhenti sama sekali..tetibe perasaan gementar tu datang..Ya Allah..kenapalah...hmm..aku disuruh untuk senyum menampakkan gigi..


1st try aku berjaya..tapi belum sempat photographer tu click aje..bibir aku dah mengigil...makin lama makin tertutup..ish..kenapalah kuat sangat perasaan gemuruh aku ni??..


nak taknak..aku kene senyum nampak gigi...dengan perasaan ikhlas pulak tu..adoi...susah jugak rasenye..hmm..


xpelah...aku setakat mencuba nasib..dapat x dapat..aku redha..apa2...Alhamdulillah..xde benda yang tak diingini berlaku semasa sesi testshot tu...sesi testshot tu tamat dalam pukul 5 petang..Anyway.. it was a great experience ever..





Ya Allah engkaulah yang MAHA mengetahui..

Wednesday, July 30, 2008

++ 3 Tanda - suami anda menipu dalam perhubungan..baca jgn x baca..

3 Signs That Your Man is Cheating
sources: YAHOO.COM

How do you know if you are dating a cheater?

You don't need to be a private eye to suss out these warning signs:

Revived Interest in Appearance: If your partner suddenly undergoes a makeover of sorts, in which he spends much more time on his appearance, it could mean that he is trying to impress someone new. If he all of the sudden ditches his old khakis and sweats for something more stylish, it might be because he is trying to look his best for a new woman.

Missing in Action: If there are large periods in which your partner is absent and unaccounted for, it could be because there are mischievous motives behind his AWOL behavior. Whether it is a run to the corner store that takes over an hour, or whether he is constantly "working late," a missing husband could mean something sinister.

Mysterious Texts or Phone Calls: If you notice mysterious texts or phone calls on your phone bill, or if your husband tries to hide the phone bill or his cell phone from you, it might mean that there is a new love interest in the rafters. Additionally, if he spends more time on the computer, or tries to hide the screen he was looking at when you walk in the room, this is a good indicator that he might be philandering via the worldwide web.


Of course, the best way to discover what your partner is up to behind your back is to communicate openly and honestly with him. Share your fears regarding his fidelity and try to discuss the matter before you go crazy with worry.

Remember, things are not always as they seem!

Saturday, July 26, 2008

++Akan tiba masa.. TANGAN & KAKI Berbicara..

AKAN TIBA MASA... TANGAN & KAKI BERBICARA
www.iLuvislam.com

oleh: Muhtar Suhaili*

As-Sarawaki, 15 Mei 2007: Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya mengambil cuti rehat iaitu cuti in-lieu ke offshore tempoh hari. Cuti-cuti untuk merehatkan minda dan beroleh peluang untuk membaca buku-buku yang masih tersadai belum dibaca. Mudah-mudahan akan beroleh manfaat bermakna dan booster terbaik dari buku-buku berkenaan. Membacalah, anda pasti akan beroleh nafas, ilmu dan semangat baru menghadapi hari-hari depan!

Beberapa hari ini ketika memandu ke tempat kerja, satu sticker yang terpamer di belakang sebuah kereta Kancil putih amat menarik perhatian saya. Kata-kata yang tertera di sticker tersebut telah membuat saya berfikir panjang sekaligus menjadi muhasabah yang sangat memberi kesan di hati. Inilah ayat power yang sesungguhnya mengandungi kebenaran dan maksud mendalam yang amat sahih: “GOD IS GOOD ALL THE TIME!”

Ya, benarlah betapa Allah SWT yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu sentiasa berbuat baik kepada hamba-hambaNya. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Akhi Al-Qasam ketika membicarakan tentang ‘What love is all about’, antara sayang manusia dan kasih Allah, amat jauh bezanya. Sedarlah kita, bahawa sehebat mana cinta, kasih dan sayang pada manusia tidak mampu menandingi kasih sayang Allah yang Maha Hebat dan luas terhadap hambaNya.

Sedalam mana juga sifat ihsan dan belas kasihan dalam sanubari kita masih tidak mampu juga menandingi pengampunan dan Maghfirah Allah. Kerana Allah, luasnya kasih sayangNya akan mengampunkan sekian dosa makhlukNya. Sedang kita, sukar untuk melupakan walau boleh memaafkan kerana di situ membuktikan akan sifat kita selaku manusia yang terbatas sifat dan kasihnya.

Sebagai manusia bagi kita segalanya terbatas samada kasih pada keluarga, teman-teman, pasangan hidup atau binatang. Luahkanlah, sayangilah sehebat mana jua masih sedikit andai ingin dibandingkan dengan kasih sayang Allah yang MAHA LUAS dan TIDAK TERBATAS. Hanya dengan tajalliyat dari sifat RAHMAN dan RAHIM Allah, maka merasalah dan memilikilah kita rasa sayang untuk diaplikasikan kepada yang hak, untuk yang hak dan demi menunaikan hak di alam ini.
Love without boundaries hanya ada pada Allah dan hanya dimiliki Allah. Kita tidak akan ada rasa sebegitu walau kita mengakuinya kerana kita… MANUSIA. Kalau kita mengimpikan memiliki cinta daripada manusia yang eternal dan everlasting maka ia ibarat bermimpi di siang hari. Sehebat mana kuasa cinta yang diperolehi dari manusia tidak terbanding dengan luar biasanya kasih sayang Allah. Tidak terbanding pasti!

Bertitik-tolak dari itu, saya ingin mengajak diri saya dan tetamu ziarah sekalian, marilah kita terus istiqamah beribadah kepada Allah SWT dan berbuat kebaikan sesama manusia dalam segala urusan kehidupan seharian kita iaitu dengan sentiasa menjaga habluminalLah dan habluminannas kita. Semoga dengan taufiq dan hidayah Allah SWT, kita semua akan menjadi insan cemerlang di dunia dan Akhirat. Sesungguhnya, bagi seorang Full Time Muslim (there’s no such thing as a Part-Time Muslim), tiada istilah menganggur di dalam berbuat kebaikan!
Allah SWT berfirman di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Karim:

“…Dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qashash, ayat 77)

“…Dan berbuat baiklah kalian, kerana sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)
“Sesungguhnya Allah memerintahkanmu untuk berbuat adil dan kebaikan…” (Surah an-Nahl, ayat 90)

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki ataupun perempuan sedang ia orang yang beriman, maka mereka masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak akan dianiayai walau sedikitpun.” (Surah an-Nisa’, ayat 124).


“Bermuhasabahlah Selalu.. Semoga Kita Temui Jawapan ‘Kita Ini Siapa?’..”
KETIKA TANGAN DAN KAKI BERKATA
Syair indah yang digubah menjadi lagu dendangan Chrisye ini, pasti akan membuat kita merenung.. Fikirkanlah, ketika tiba saatnya mulut kita dikunci.. Dan tangan, kaki serta seluruh organ tubuh yang lain akan berbicara.. Pada ketika itu hanya kejujuran yang ada tanpa dusta dan kebohongan. Bersediakah kita menghadapi hari, masa dan ketika tersebut? Tepuk dada, tanya iman.

[Nota: Al-Fatihah. Chrismansyah Rahadi (Chrisye) telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 30 Mac 2007 yang lalu. Semoga amal ibadahnya diterima oleh Allah SWT. Amiin.]

’Ketika Tangan dan Kaki Berkata’

Akan datang hariMulut dikunciKata tak ada lagi

Akan tiba masaTak ada suaraDari mulut kita

Berkata tangan kitaTentang apa yang dilakukannyaBerkata kaki kitaKemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kitaBila harinyaTanggung jawab tiba

RabbanaTangan kamiKaki kamiMulut kamiMata hati kamiLuruskanlahKukuhkanlahDijalan cahayaSempurna
Mohon karuniaKepada kamiHamba-Mu yang hina
Justeru, marilah kita semua sedar, insaf dan taubat nasuha dari segala kesalahan dan kesilapan kita sebelum datangnya ajal maut kepada kita. Ketahuilah, Allah SWT mengampuni hamba-hambaNya selagi mana tidak mencapai batasan Syirik. Ya Allah, ampunilah kami dan berilah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami serta pilihlah kami menjadi hamba-hambaMu yang soleh dan solehah. Amiin.


“Semoga George W. Bush Beroleh Hidayah Untuk Kembali Kepada Fitrah”
Firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Karim:
“Dan kalaulah tidak kerana kemurahan Allah dan kasih sayangNya kepada kamu, tiadalah seorang pun di antara kamu yang bersih buat selama-lamanya, tetapi Allah mensucikan orang-orang yang dikehendakiNYA; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur, ayat 21)
Sesungguhnya, kematian bukanlah kebinasaan yang memberi erti punah, sirna, hancur luluh, tiada lagi. Tapi mati itu adalah gerbang menuju kehidupan yang abadi di Akhirat. Sebelum ke alam Akhirat, maka kita akan melalui kehidupan alam barzakh, sama ada dalam keni’matan atau dalam kesengsaraan berdasarkan apa yang telah dilakukan sewaktu menjalani kehidupan duniawi. Para Nabi memiliki kehidupan barzakhiyyah yang paling istimewa diikuti oleh para shiddiqin, syuhada’ dan sholihin. Lalu bagaimanakah keadaan kehidupan kita nanti di alam barzakh sana? Fikir-renungkanlah.. Bersamalah kita berdoa mudah-mudahan kita hidup di alam barzakh dengan kehidupan istimewa seperti para kekasih-kekasih Allah ini. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Wallahu a’la wa a’lam.
*Saudara Muhtar bin Hj Suhaili pernah menjawat jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini beliau bertugas sebagai jurutera di Sarawak Shell Berhad. Nukilan saudara Muhtar Suhaili boleh didapati di laman web beliau, muhtarsuhaili.wordpress.com

++ Renungan Buat Muslimah: Diri Ini

Diri Ini
oleh: NuurZaffan



Diri ini adalah hamba, mengikat janji ‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna”Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina, terpilih dikalangan berjuta.


Diri ini lahir ke dunia, tanpa tahu menulis dan membaca.


Diri ini lalu menjadi seorang anak buat kedua ibu bapanya.


Diri ini punya tanggungjawab sebagai kakak, mahupun adik dikalangan saudaranya.


Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa , digelar mahasiswa.


Diri ini adalah sahabat, cermin buat rakan disekelilingnya.


Diri ini adalah rakyat, yang mahukan kegemilangan negaranya.


Diri ini adalah bakal isteri, patuh kepada suaminya.


Diri ini adalah bakal ibu, mendidik generasi seterusnya.Diri ini bakal kembali kepadaNya , dihisab dan bertemu penciptanya..


. ----------------------------------------------------------------


‘Alastu bi rabbikum?` “ Qaalu, bala syahidna” adalah pertanyaan Allah s.w.t. dan janji kita sebelum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.


~Surah Al-A'raf, ayat 172~

++ Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh [[Ciri-ciri lelaki soleh mengikut al-quran dan hadith]]

Kriteria-Kriteria Lelaki Soleh

www.iLuvislam.com

by: Muhammad Muaz

Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.
Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.



KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam