سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, April 15, 2009

++ 13 jer utk wanita

Salam, mungkin aku pernah post artikel ni sebelum ni...
tapi takpelahkan.. sama-sama kita renungkan dan perbetulkan kesilapan yang ada pada diri kita.. Semoga Allah memelihara kita daripada perkara-perkara yang mungkar.. InsyaAllah..

1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D aud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ NASYID & FRIENDS...

Assalamualaikum...

Kini NF ( Nasyid & Friends Community ) sudah kembali seperti sedia kala...
Bagi yg telah mempunyai Akaun sebelum ini, anda diminta untuk register semula akaun anda...
dan bagi yg baru nak join, kehadiran anda di alu alukan...
Kita Kumpul Beramai-ramai di NF

Islamic Social Community :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Saturday, April 11, 2009

++ Kisah benar dari Palestin! bc n forwardkn em!

> Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari.Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalaman beliau di Gaza:
> > > >
> > > > > > Peristiwa 1: Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.Setelah habis adegan aneh itu,para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu???Allah hu Akhbar!
> > > >
> > > > > > Peristiwa 2: Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakn uniform pejuang bewarna hijau!Siapakah yang berbaju putih itu???
> > > >
> > > > > > Peristiwa 3: Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
> > > >
> > > > > > Peristiwa 4: Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasaran nya iaitu anggota tentera mereka sendiri!Ia berpatah balik!!!Allah hu Akhbar!
> > > >
> > > > > > Peristiwa 5: Pada permulaan perang,roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia.Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!
> > > >
> > > > > > Peristiwa 6: Yang paling menakjubkan,seorang ulamak Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.Ulamak itu berkata "Wahai Rasulullah,kemana kamu mahu pergi?",lalu baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"...masyaAllah,Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!!Dimanakah kita???
> > > >
> > > > > > Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ rahsia soalan berlapik..org perempuan..hehehhehe

1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi… Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju
sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi : Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan
aku.
9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu….ehhehehhehe
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Untukmu Sahabat..

PADA SUATU HARI DI SEKOLAH... seorang murid bertanya kpd cikgunya... PELAJAR : Cikgu, mcm mana kita nk pilih seseorang yg t'baik sebagai org yg PALING kita SAYANG?? mcm mana juga KASIH SAYANG tu b'kekalan?? CIKGU : OK, kamu ikut ape yg sy suruh....., kamu pergi padang, kamu berjalan ats rumput di hadapan kamu Pilih yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang walau sekali! dah petik yg cantik bawa ke kelas. APABILA pelajar tersebut pulang ke kelas..... TIADA SEHELAI RUMPUT DI TANGANNYA. CIKGU : kenapa tiada sehelai rumput yg dipilih?? PELAJAR : Tadi masa sy b'jalan, sy carilah yg PALING CANTIk tanpa toleh ke belakang. Tapi sampai di hujung padang sy xjumpa pun yg paling cantik! maka sy pun terus b'jalan ke depan sambil MENCARI YG PALING CANTIK tanpa toleh ke belakang.. tp sampai di hujung padang sy masih xjumpe rumput yg paling cantik!. Mungkin ade yg diantara di belakang sy td ade rumput yg CANTIK. tp dah ckgu ckp x boleh toleh ke belakang jd xdelah rumput yg sy PETIK!. CIKGU : YA..ITULAH JAWAPANNYA...... MAKNANYA APABILA KITA DAH TEMUI DENGAN SESEORANG YANG KITA SAYANG, JANGANLAH KITA MENCARI YANG LEBIH BAIK DARIPADA ITU. HARGAILAH DENGAN ORANG YANG ADA DI DEPAN KITA SEBAIK-BAIKNYA! JANGAN KITA MENOLEH KE BELAKANG KERANA YANG BERLAKU TETAP DAH BERLAKU. SEMOGA YANG BERLAKU TIDAK BERULANG LAGI! INGATLAH... ORANG YANG PALING KITA SAYANG ITULAH YANG PALING CANTIK DAN PALING BAIK....(^_^)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam