
Aduhai, stiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat
MALUKrn
MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Krn
MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana
MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang
MALUnya
Kerana hilang
MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya
MALU itu si wanita gagal menilai apa itu
HARAM apa itu
HALAL Kerana kehilangan
MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.
Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh
ALLAH swt sifat MALU
Kerana
MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan
MENJAGA AURATKerana
MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan,
HALAL dan
HARAM tu kena
INGAT!
Kerana
MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat
DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "
TAKUTLAH AKAN ALLAH !"
Kini, si lelaki itu sudah hilang
MALUnya
Kerana hilang
MALU itu si lelaki
MENGAJAK si wanita
BERBUAT MUNGKARKerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya
MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar wal mungkar!!!
"Innasolatatanha anil fahsyaar iwal munkar" Maksudnya: Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Wallahua'alam bissawab