سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, December 7, 2008

++ Hari wukuf vs Hari terakhir Monsoon Cup


Salam..


Hari ini 9 Zulhijjah 1429 adalah hari wukuf bagi mereka yang sedang mengerjakan fardu Haji.
Hari ini juga,7 hb Disember 2008, adalah hari terakhir kejohanan Monsoon cup yang dijalankan di "negeri yang beriman", Terengganu. Jelas perbezaan antara kedua aktiviti yang sedang berlangsung di "negeri yang beriman"

Umat Islam yang tidak menunaikan fardu Haji digalakkan berpuasa sunat pada hari ini dengan janji ganjaran pahala yang besar dari ALLAH.Umumnya, "di negeri yang beriman" satu ketika dulu,hari wukuf seperti hari ini mendapat sambutan yang cukup meluas di kalangan rakyat.Para ulamak lampau dengan disokong oleh pemerintah atau Sultan menyediakan berbagai bagai ruang dan kemudahan bagi rakyat mengerjakan ibadat puasa pada hari wukuf seperti hari ini dan sepanjang 10 hari pertama bulan zulhijjah, segala program ibadat yang dianjurkan olih Islam diperbanyakkan sehinggalah kemuncaknya pada aidil adha yang melihat umat Islam di "negeri yang beriman" mengerjakan ibadat korban.

Itu dulu, kata orang dulu lain sekarang lain.Kalau dulu rakyat digalakkan melakukan ibadat sunat sepanjang 10 hari pertama bulan zulhijjah tetapi sekarang aturcaranya berbeza malah bertentangan sekali dengan apa yang dianjurkkan Islam.Sepanjang 3 hingga 7 Disember, "negeri yang beriman" menjadi tuan rumah dan penganjur acara bertaraf dunia yang dinamakan Monsoon Cup di mana acara kemuncaknya jatuh pada hari ini, bersamaan dengan hari wukuf yang bertaraf akhirat.

Kalau hari wukuf, berbagai bagai anjuran ibadat sunat dicadangkan olih Islam, tetapi hari kemuncak Monsoon Cup mengandungi berbagai bagai kemungkaran dan kemaksiatan.Sungguhpun peserta acara Monsoon Cup ini terdiri dari orang bukan Islam tetapi penganjurnya adalah orang Islam.Orang Islam yang sepatutnya menyahut seruan ibadat di hari wukuf bakal berkampung di Pulau Duyung untuk menjadi "host" kepada acara kemuncak Monsoon Cup.Antara mereka ialah para pemimpin negara dan negeri yang menjadi pemimpin rakyat keseluruhannya.

Sementara wang rakyat digunakan untuk acara Monsoon Cup ini.Nampaknya saranan Islam agar menganjur maaruf dan mencegah mungkar sudah terbalik kepada menganjur mungkar dan mencegah maaruf.Yang menterbalikkan anjuran ini ialah pemerintah dengan menggunakan wang rakyat.

Semuga ALLAH menjauhi bala kepada "negeri yang beriman". Tetapi seharusnya rakyat yang masih ingat mati dan kejayaan yang abadi di akhirat memperbanyakkan doa dan ibadat agar pertolongan ALLAH akan tiba untuk menghapuskan segala kemungkaran dan kemaksiatan yang sedang berleluasa di bumi "negeri yang beriman"




++ CINTA SYA'DUN PADA ALLAH


Seseorang bernama Sa'dun Almajnun
selalu menulis lafaz Allah
di telapak tangannya

Bertanya Ass'ari Assqothi
mengapa Sa'dun berbuat begitu

Dijawablah,
Saya cinta pada Allah
dan telah menulis nama Allah
di hatiku
agar hatiku tidak ditempati
tuhan-tuhan lain...

Saya cinta pada Allah
dan telah menulis nama Allah di lidahku agar lidahku tidak menyebut
tuhan-tuhan lain....

Saya cinta pada Allah
dan kini menulis nama Allah
di telapak tanganku
agar selalu terlihat dan tak tergoda penglihatanku
oleh Tuhan-tuhan lain....

(dr:Misykatul Anwar)

++ Oh! Zaman sekolah...

Rindunyer aku masa zaman sekolah dulu... nak masuk sekolah balik.... huuuu~~~

  • Tadika: Taman Serdang Utama,Chinese Kindergarden
  • Sekolah Rendah: SRK Taman Univeristi
  • Sekolah Menengah: SMK Seri Kembangan & Kanti Wettingen High School (KantonSchule Wettingen), Switzerland

    Jom la usha gambar2 dibawah ni~ :)


Dilantik sebagai Pengawas Sekolah...selama 3 tahun.


Nasyeed Group.. semasa sambutan hari Guru..Rindu kat korang!

Photobucket
Semasa dilantik menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya selama 3 tahun..

Photobucket
Semasa Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah di Shah Alam tahun 2004

Photobucket
Masa ni sedang aktif dengan Persatuan Tae Kwon Do..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Kanton Schule Wettingen, Switzerland

I will miss u guys FOREVER~!!

Photobucket

Saturday, December 6, 2008

++ Jadilah dirimu yang tahu menilai...


" Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, Jika diri tidak seindah Sulaiman, Mengapa mengharap teman setampan Yusuf, Jika kasih tak seteguh Zulaikha, Tidak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim, Jika tidak sekuat Sarah, Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah, Jika diri tidak sesempurna Rasulullah S.A.W....Tidak brguna mempunyai mata kalau tidak dapat melihat, tidak berguna mempunyai fikiran sekiranya tidak dpt berfikir, tidak brguna mempunyai hati klau tidak tahu menilai.. "

++ ABC....? ape tu??

Mags,Andrea,Hilmof-abc Pictures, Images and Photos

Salam...

aih! kenape hari ni rasa cam semangat je he??..happy semangat nyer semacam.. huhu, turun naik bilik macam x rase penat langsung. hm hm.. ade kah aku dah makan ubat penambah tenage? hoho...
meh aku pk sat.........confused semalam,nak kate makan vitamin x gak.. minum ayak kacip fatimah pun x gak.... minum ayak tongkat ali pun x gak... em.. ape apapun aku bersyukur sgt..Alhamdulillah! happyYa Allah, aku bersyukur kau kuniakan aku kesihatan & tenaga tuk bebas bergerak kemane saje.. Amiin..(sedangkan bergerak dalam rumah jer..huhu)..
action
so, hari ni aku x kemana2.. just stay kat umah..melakukan aktiviti riadah yang biase.. mule2 ingatkan hari ni nak kuar.. tapi emak kate x jadik.. sebab masing2 puase, tinggal aku dengan yah jer yang ABC..korang tau x ABC tu apa?...confused well.. ABC tu singkatan dari perkataan Allah Bagi Cuti~.. okay!.. so tengah cuti2 sakan ni.. mari le kite buat bende yang berpaedah sikit...others

ABC Soup Pictures, Images and Photos

aku banyak habiskan mase dalam bilik... update blog..sepertimana aku buat setiap hari...tired well im addicted to blog now!..hoho..so kene la terime hakikatnyer yang aku akan update blog ni every day... melainkan kalau internet ni cuti sakit..depressed jadi, rerajinla ye ziarah menziarah blog ni.. hehehappy(promote blog ni sat ;p)

dah letih tambah artikel/entri, aku beralih ke aktiviti bungkus membungkus puscel tuk di hantar ke family & kengkawan aku di Oversea..antaranye di London,Switzerland & Germany.. saje je pun..tu yang anto cenderahati sikit tu..tanda aku still ingat tambah,tolak,darab,bahagi rindu kat diorang..loveAdelah dalam 3-4 envelope bosar + 1 kotak yang berisi barang hantaran aku.. (ops! bukan hantaran kawin yer~! :P)

tetibe aku rindu plak kat diorang nun jauh disane... diorang tu masih ingat kat aku entah tak... huhu.. xpelah, yang pastinyer aku merinduimu di sana...love (haha. sedang dilamun rindu ke aku nih??)..so oklah ye, aku nak sambung balik kerja membungkus ni.. xelok tangguh-tangguh kerje ni... (kene balik kat batang idung aku..bile la nak ubah..huhu)..conversation,sad

nilah envelope tu..kotaknye disorok kejap... huhu

Sekian saje tuk kali ni... so sebelum aku bagi salam, aku bagi korang hadiah iaitu menonton video clip lagu percuma... haha. conversationpree je.. sile lah...

Muhammad Mikael/ Micheal Jackson: They Don't Care About Us (J.Gunn's Extended Remix)

click link ni tuk menonton clip video ...

Assalamualaikum..conversation


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam