سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Saturday, September 6, 2008

++ TAG TAG TAG!.. pasal ana..ABOUT ME!


Sumone telah sesuka hati tagged ana dan sekarang ana dengan sesuka hati menjawab nyer..


1. nama-nama timangan oleh org tersayang.
Family and saudara-mara- ebah
Kawan2 –Jie,Jiebah, Jaja, ebah, ibah, Oshin
My love? aih..belum lagi..coming soon..heheheh

2. anda seorang yang...
~ sensitif & manja kadang2..

~Senang nak makan ubat..tapi kene ada depan mate..PIL sahaja...kalo x, jgn harap nak makan..hehehe

~Suka fikir perkara yang kadang2 orang tak fikir pun.

~Friendly dengan orang yang lama kenal & pendiam jika baru berjumpa 1 minit yang lepas (ada orang ingat ana sumbong) well mungkin muka ana nampak masam je (Sebab da begitu sejak azali)..huhu..well kenal dulu..baru tahu..boleh mengegarkan dunia ni..eceh!

~Ramai kata ana GARANG, kuat melenting & cepat marah.erm..Really? bukan garang tapi TEGAS. So, don’t judge people by its acting.ingat tu..

~SANGAT suke dengan babies..bagi je la bape ramai..confirm ana layan..tapi kalau nangis, mak die dapat dulu..hehehe

~kadang2 suka tangguh kerja.erm kalau benda tu x best..

~PUNCTUAL! Puenklich! Tepat masa! Saya tak suka tunggu orang kalau lmbt sgt. Maafla ye. Sbb demi masa..sesungguhnya manusia kerugian..hehehe

~keras kepala dalam sesuatu hal yang saya tak suka.insyaAllah dalam proses perubahan..

~suka berdebat! erm..anak kedua selalu mcm tu ke?

~ suke berfesyen..x kirala, gaya arab ke, omputih ke ..asalkan TUTUP AURAT!

~ suka berMAKE UP..erm sejak menjak balik Sudan ni..suke benar makeup..pakai celak bebanyak..bagi nampak cam arab..hehehe.. ( pakai celak sunat kan? kan? kan? )

~ suka buat lawak SPONTAN..well..entahla..memang suke camtu..kekadang secara x lngsung buat orang ketawa..erm penghibur di kala bosan kot..

~ingin mencari siapa diri ana..a good muslimah wannabe..InsyaAllah!

3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
MY BELOVED Family ..Yes FAMILY FIRST itu
yang penting..baik buruk, jatuh bangun kita..mereka yang bantu..harapkan kawan2? jgn haraplah..kalau ada pun 1 % je..Well, itu hakikat..

then, My BELOVED sahabat.. kerana mereka akan mengingatkan ana dikala ana lupa dalam mencari keredhaan Allah..dan juga berkongsi ilmu agama,dan sebagainya..p/s yang baik2 je tau..yang membawa kita mengingati & mencintai yang MAHA ESA..

4. makanan favourite anda
syawarma, pizza (western food)..erm senang ci
te..makanan yang simple2 dan mudah di masak..nasi kurang sikit..tapi ade depan mate, layan aje!

5. favourite color
Light Colour..

Especially PINK,PURPLE,GREEN,BLUE,WHITE. hehehe
** Blog ana cerah je..sebab penggunaan warna2 nie..=)


6. favourite song

Nasyid, Spa & Meditation song, Trance, Rock, German music, arab + Middle east music, Zikir, MP3 Al-Quran...etc..

Hanya tuhan yang tahu by UNIC
Epilog silam by Haikal
Inspirasi hati by Dehearty
Layar keinsafan by Mestica
Pemergianmu by Inteam

Dilemma by hijjaz
Erti syukur by UNIC

** banyak x? well tu separuh saja..ada banyak lagi dalam library..hehehe..neway ana suka mendengar lagu nasyid, MP3 Al-Quran, Zikir sebb dapat menenangkan hati & naluri tika stress atau sama waktu dengannya..Bukanke mendengar lagu2 seperti ini dapat mengingati yang MAHA ESA..

** lagu german sebab ana ingin memantapkan lagi bahasa GERMAN ana..dengan mendengar lagu2 ni secara x langsung kita pelajari apa yang di sebut..

** Trance sebab ana suka lagu rancak di kala bosan2..

** Middle east, Spa & meditation - bagus di dengar sebelum tidur..

** Rock..ni pun ana layan..cuma selected music la..xdela hardrock sgt tu sampai nak pecahkan kepala..hehehe..dengar sampai lagha? insyaAllah tidak..

** ETC..maksudnya (dan sebagainya..) hehe

7. sikap yg membuatkan anda stress
Menunggu..tertunggu..dan sewaktu dengannya..oh yea, juga Kerja yang tertangguh..orang melawan cakap..uih..pantang sungguh!

8. 3 bende yg mesti ade dalam handbag anda
Lesen kereta, I/c, duit, gule-gule, pen, lipstic, celak, dan sebagainye..oh yea..MP4 saye..

*alamak "terlebih sudah".. hehehe

9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
Kene Ulser di mulut yang menyebabkan nak menguyah makanan pun susah..erm..x puasa buat sementara waktu kerana hal-hal tertentu..tapi rasa macam orang puasa pulak..

10. tag 5 org yg len

sape yea?? kene tanye kucing belakang umah dulu.. hehehehehe






++ Semulia-mulia manusia..


"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat

- Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

++ Ana & Cinta..

Ana dan Cinta
sumber: www.iLuvislam.com



Setiap hari kawan-kawan rumah ana bercerita tentang lelaki idaman mereka: apa yang dikatakannya, apa yang ditawakannya, apa yang dilakukan dan segalanya, apa kandungan sms yang diberinya. Tambah-tambah lagi lelaki yang memang diidam mereka sejak dahulu, maka gembira bukan kepalang bila ‘mimpi selama ini jadi kenyataan.’ Ana tak terniat nak menunjukkan reaksi kurang senang. Mungkin ana sangat pentingkan diri. Ana takut nak memberitahu yang ana naik muak mendengar semua itu. Ana takut mereka semua marah pada ana. Ana memang pentingkan diri. Mungkin sebab kami telah lama menjalin ikatan persahabatan, ana takut ikatan ini putus begitu sahaja kerana salah faham. Hati ana berbelah bahagi.

Lantas ana tiada jalan lain selain menunjukkan muka kurang berminat bila mereka semua bercerita. Sememangnya, ana sakit hati bila fikirkan suatu persahabatan boleh bertukar menjadi berisiko bila tajuk lelaki muncul. Yang ana sedihkan, mereka fikir ana cemburu…. Dulu, ana seperti mereka, melompat kegembiraan bila dapat tunjuk ayu atau tunjuk baik pada lelaki yang ana suka. Di hadapan lelaki-lelaki ini, ana haruslah kelihatan perfect dan sempurna. Tambah-tambah lagi bila mereka senyum atau tegur, dunia kelihatan cerah walaupun hari hujan. Ana tahu, kawan-kawan ana cemburu pada ana. Mereka bercakap di belakang ana. Ana tahu ada kawan ana yang selalu menangis kerana cemburukan ana. Allah memberi ujian. Allah beri segalanya pada ana. Ana mampu attract lelaki-lelaki yang ana suka. Ana dapat segalanya. Ana bersembunyi di belakang dinding hipokrit ana, hidup sebagai pelakon. Hanya kawan-kawan ana yang tahu siapa ana.

Di dunia luar, ana kelihatan baik tapi di rumah, ana bertepuk sorak tentang lelaki. Aduh, teruknya ana! Ana belajar bercakap, mendengar malah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ana gembira kerana ramai kawan ana suka pada ana yang makin sporting. Dalam masa yang sama muncul kawan-kawan ana yang menasihatkan ana secara halus. Ana faham maksud mereka. Namun, ana kabur dengan kehidupan ketika itu kerana pada ana, sememangnya ana tidak melakukan apa-apa kesalahan! Malah terlintas di fikiran ana yang kawan-kawan yang menasihat itu terlalu kolot kerana hidup di dalam kepompong islamic mereka. Ana dapat lakukan apa yang ana teringin lakukan dulu. Bermula dengan tegur-menegur, bertanya, berbual, bergurau dan seterusnya yang semakin lama menghampirkan ana pada perkara-perkara fitnah. Ana pula sukakan gosip-gosip tentang ana lantas ana mengapi-apikan lagi semua gosip itu. Ana bangga. Dan dalam masa yang sama, kawan-kawan ana semakin cemburu…


Ana keluar date dan ana yakin ana tidak bersalah kerana berteman dan berpakaian sopan. Ana lupa yang teman ana juga keluar date seperti ana. Nampaknya, fungsi perkatan ‘teman’ itu tak bermakna. Namun, semakin lama ana semakin cemburu pada kawan-kawan ana yang selalu menasihatkan ana. Hidup mereka dekat dengan agama. Tiada unsur-unsur fitnah. Mereka ini tiada gosip dan tidak meletakkan diri mereka di dalam dunia sia-sia. Yang membuatkan ana paling cemburu, semua orang baik-baik yang ana kenal, sukakan mereka! Baru ana terfikir, setiap manusia akan mencari seorang teman yang baik dan bertaqwa. Begitu juga ana. Manusia-manusia yang leka akan mengambil jalan mudah untuk berfoya-foya terlebih dahulu sebelum mencari teman idaman yang soleh/solehah. Dan ana, ana di golongan mana? Kemudian. ana masih meneruskan kehidupan ana yang penuh dengan penipuan, hipokrit dan kebencian itu. Ana teruskan enjoy. Tanpa ana sedari, ana mengalami suatu perasaan menyesal setiap kali ana habis enjoy seperti berdating dan sebagainya. Perasaan berhibur dan menyesal itu datang bersilih ganti sentiasa. Perlahan-lahan ana tertarik semula pada kehidupan yang sebenar. Istilah ‘muda hanya sekali’ terpadam dari kepala ana.

Ana sedar. Ana sedar. Ana sedar. Kadang-kadang, ana cemburu pada kawan-kawan ana yang masih enjoy dengan hal-hal yang tidak berfaedah itu. Ana teringin bercouple, sms, terasa disayangi dan menyayangi. Sememangnya setiap manusia teringin. Namun, ana bersyukur akal ana masih boleh berfikir dengan waras akan kesan-kesannya yang memudaratkan hati. Ana kerap kali tekankan di kepala ana yang ana akan menyesal akhirnya walaupun ana enjoy seperti mereka. Ana teringat kepada perasaan menyesal seperti yang selalu ana alami dahulu:

1. Ana teringin bercerita masalah pada seorang lelaki yang boleh dianggap kawan baik seperti yang dilakukan oleh kawan-kawan ana. Namun, ana tekankan yang semua masalah ana biarlah ana sandarkan pada Allah. Ana tidak juga bercerita kepada kawan-kawan perempuan ana. Masalah, kesedihan, dan penderitaan ana biarlah jadi milik Allah.

2. Ana teringin bergelak ketawa dengan lelaki. Kemudian, muncul peringatan-peringatan Allah di kepala ana. Ana teringin berkawan rapat atau gang dengan lelaki, kemudian muncul pula kata-kata nasihat kawan-kawan ana. Sebaik-baik perempuan solehah ialah yang tidak meniti di bibirnya nama-nama lelaki dan tidak meniti di bibir mana-mana lelaki namanya. Selalu ana tekankan. Hindarilah zina. Pergi jauh. Terutamanya zina hati.... Ana tekankan bila terbuka soal couple, sms, dating dan sebagainya..

Sahabat ialah mereka yang memberitahu kamu kebenaran, bukannya membenarkan apa yang kamu beritahu…Ana tidak dengki mereka mendapat lelaki kacak walaupun lelaki itu direbut juga oleh ana dahulu. Ana tidak dengki mereka dapat makan bersama lelaki idaman dan dapat studi sama-sama. Ana tidak berdengki. Yang ana tahu, ana sayang kawan-kawan ana…..

Ya Allah..bukakanlah pintu hati kami untuk menyambut hidayahmu .


-nur islam-

++ Lagu Ini Hari Ini..menyentuh hati..

Lagu Ini Hari Ini - AKBAR ft SYAH X-BROTHERS MIRWA


Hey kawan
Dunia kita memang berbeza
Jalan kita melencong dan lurus
Namun matlamat kita tetap sama
Jadilah insan yang tulus

Hidupku aku yang resahkan
Bukan seperti yang kau andaikan
Tak seindah yang kau anggapkan
Tapi cukup untukku
Dendangkan lagu ini
Aku tulis hari ini sekadar
Hanya untukku sendiri renungi
Bukan sekadar menyalahi
Tiada sebab yang tersembunyi

Duniaku...
Tak seindah pandanganmu
Namun cukup...
Untukku dendangkan pada mu
Lagu ini hari ini

Mereka semua tak peduli
Apa yang telah aku lalui
Ada yang hanya tahu mengeji
Syukur, masih ada yang mengingati
Kawan, lihat diriku ini
Kita hanya beza rupa hakikatnya sama
Tak terhindar salah padaNya
Bukankah kita telah berjanji pada Dia
Untuk saling menyayangi
KasihNya bawa kita ke SANA


Duniaku...
Tak seindah pandanganmu
Namun cukup...
Untukku dendangkan padamu
Lagu ini hari ini
Untuk kita renung kembali
Bila tiba masanya nanti
Apakah kau masih mendengar
Laguku ini..

Ingatlah kita suatu hari nanti
Semua pasti pergi tiada terkecuali
Pergi ke SANA menemui sejati
Dia yang bersemayam di arasy yang abadi

Waktu itu
Lagu ini tiada erti lagi
Dan pastinya tiada yang mendengarinya
Asalkan siapa yang ada sekarang bisa
Penilaian boleh dari yang terlarang

Janji dari Ilah-mu
Pasti hari ini dunia ini pasti berakhir


Ingatlah wahai semua musafir
Hari yang akhir
Hari yang akhir
Kian berakhir
Kian berakhir


Penyanyi: Akbar
Album : Alpha

++ Akibat Buat Maksiat

Akibat Buat Maksiat
sumber: www.iLuvislam.com
oleh: masrurah

Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata,"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

Maksiat menghalangi Rezeki


Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah


Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain


Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

Maksiat Menyulitkan Urusan

Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

Maksiat menggelapkan hati

Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

Maksiat Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

Maksiat Mnghalangi Ketaatan

Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan


Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuaki jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain


Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani


Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam