سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, August 26, 2008

++ Ibu bapa berdosa izin anak berdating ..

Ibu bapa berdosa izin anak berdating


Current mood: worried
Category: Life ( Petikan dari Myspace Najibah ♥[ナジバ] Oshin @ Jie ♥P@tChi♥DasLEBENistHARTgenug~ )

SOALAN


BERDUA-DUAAN antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram. Apakah pula hukumnya ibu bapa yang mengizinkan anak perempuan mereka keluar dengan teman lelaki sama ada berjalan-jalan atau menonton wayang?

JAWAPAN


Keluar rumah bersama lelaki yang bukan mahram adalah ditegah dan hukumnya haram. Apatah lagi menonton wayang bersama teman lelaki juga adalah haram.

Perbuatan ibu bapa yang mengizin anak perempuan mereka keluar rumah bersama lelaki yang bukan mahram juga haram. Dalam hal ini kesemua yang terlibat berdosa. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang merestui anak perempuannya melanggar perintah Allah s.w.t.

Ibu bapa sepatutnya menjadi contoh dan bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka yang diamanahkan kepada mereka. Ibu bapa yang mengkhianati amanah ini pasti akan mendapat balasan seksa dua kali ganda kerana mereka merestui malahan menghalalkan apa yang telah jelas haram di sisi Islam.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka…. (al-Thagabun: 14).

Dalam ayat lain, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (al-Isra': 32).

Ibn Kathir berpendapat maksud zina di sini ialah: "Apa sahaja jalan yang membawa kepada maksiat". (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, jld:3, hlm: 55).

Dalam surah al-Thagabun Allah s.w.t. menjelaskan bahawa anak-anak itu dikurniakan kepada manusia kemudian diuji dengannya. Kadangkala anak-anak ini menjadi penawar hati kadang- kadang menjadi musuh kepada kedua- dua ibu bapanya.

Anak-anak lahir ke atas bumi ini dalam keadaan suci dan bersih seperti mana hadis Rasulullah s.a.w. menjelaskan yang bermaksud: Setiap anak Adam itu lahir ke atas bumi ini dalam keadaan fitrah (suci jiwanya ), maka ibu bapa yang menjadikan dia Nasrani, Majusi atau Yahudi… (riwayat Bukhari no. 1385).

Kesimpulannya, ibu bapa yang mencorakkan anak-anak itu menjadi seorang yang baik atau menjadi seorang derhaka kepada Pencipta dan kedua-dua ibu bapa.

Masyarakat perlu faham kadang-kadang perbuatan mereka mengundang musibah yang lebih besar. Apabila seorang lelaki mendampingi seorang wanita yang bukan mahram makhluk yang ketiga yang bersama mereka ialah syaitan.

Tugas syaitan yang dimaklumi ialah sentiasa membisikkan kejahatan dan kemungkaran dalam telinga anak Adam. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan adalah seperti kapas yang berhampiran dengan api, bila-bila masa boleh terbakar. Akhirnya, si anak perempuan terdedah kepada zina. Mungkin juga membawa pulang perut yang berisi anak luar nikah sebagai 'hadiah' yang paling istimewa kepada kedua ibu bapanya yang merestui perbuatan anaknya. Ketika itu, 'nasi sudah menjadi bubur, arang sudah disapu ke muka.' Yang paling berharga bagi manusia juga sudah tercemar iaitu maruah keluarga.

Justeru, Islam meletakkan kaedah 'menghalang daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik adalah lebih baik daripada merawat'. Ingatlah sesungguhnya menjaga dan membesarkan anak perempuan adalah lebih besar tanggungjawabnya kerana menjaga mereka seperti menggenggam bara api.

Nabi s.a.w. menjanjikan syurga bagi ibu bapa yang mempunyai dua orang nak perempuan atau lebih dengan balasan syurga. Balasan itu bersyarat. Syaratnya mesti mendidik mereka dengan agama, ajarkan mereka akhlak yang mulia, apabila mereka dewasa, kahwinkan mereka dengan lelaki yang soleh.

++ Happy Birthday 2 Us!..celebrated @ The Mines Shopping Mall..


Assalamualaikum...

Hari ni aku berjumpa dengan kawan baikku, NurDiyana..kami berjumpa di Masjid UPM..dia mengambil aku sebelum ke The Mines shopping mall..
kami menyambut hari lahir kami bersama...walaupun birthday kami 12 & 23.August..
so setibanya ke sana..kami terus ke tempat "Pikura"..tangkap gambar..


::. & inilah hasilnye..hehehe ::.

well agak best la jugak ..coz first time buat pikura dengan ana..insyaAllah kalau ade rezeki ingt nak buat lagi..hehehe..

so..lepas buat pikura tu, kami isi perut di MC D sebelum solat Asar..
round-round kat the mines tu, then pukul 6 kami balik menaiki Bus Rapid dari Perhentian Komuter Serdang..Alhamdulillah x ramai dalam bus tu..so adalah tempat duduk...hehe..

well today was a best day for me..met my best friend again.. :)


"Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan .Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..Aku masih tercari-cari Hidayah-Mu Ya Allah..Kau Bantulah aku.."

(highlightkan ayat yang hitam dan antum akan nampak perkataan yang tersirat )

Monday, August 25, 2008

++ Melawat ahli keluarga arwah Khamzah B md Noh..(Kimie) di Perak..


aku & keluarga bersama keluarga kak Khatijah..(kakak Allahyarham Kimie)
Assalamualaikum..

semalam aku menziarahi keluarga kakak Allahyarham Kimie..@ Khamzah bin Mohd Noh..di Tapah, Perak..kami tiba disana pada pukul 3 petang..kami sekeluaga disambut mesra oleh kakak Allahyarham..inilah kali pertama kami bersua muka..sebelum ini, hanya sms dan telefon yang menjadi penghubung antara kami..

Alhamdulillah..Allah mengizinkan kami bertemu..agak banyak perkara yang dibualkan..selepas kami tiba ke rumah kak khatijah dan suami..anak tunggal mereka, Izham..tersangat comel..suasana di meriahkan lagi dengan teletah Izham..hehehe..dia memang comel..

kami bersolat zohor di sana...sementara menunggu untuk makan tengahari, anak mataku terpandang pada buku2 agama arwah...dan buku "Tata susila hari konvokesyen Universiti Melaya"
hmm..aku tertanya2..sama ada arwah sempat konvo atau pun tidak...erm..kesian sungguh ..Al-Fatihah pada nya..

pada masa yang sama..aku gembira dan bersyukur kerana dapat berjumpa dengan keluarga arwah..akhirnya..impian menjadi kenyataan...keletihan dalam perjalanan ke sana tidak ku rasakan..erm..walaupun kadang kala terasa sedih hati ini diatas apa yang berlaku pada arwah..kakak beliau ada menceritakan saat2 terakhir beliau sebelum meninggalkan kami semua..

kami menghabiskan masa tidak lama disana..aku rasa tidak puas melihat telatah comel Izham..rasa ingin berjumpa untuk kali ke 2...insyaAllah jika diberikan peluang, akan kami ke sana semula...insyaAllah pada hari raya ini...

++ Renungan untuk Ayah..

"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

Wahai Ayah, anakmu tidak akan menjadi sebab dirimu dicampak ke neraka..:.~~

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mngajar solat,mengaji dan sebagainya Dia mmbiarkan anak2 prempuannya tdk menutup aurat.
Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan duniasahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa?..mnutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukupsalah satunya, maka bersdialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

Duhai ank2 prmpuan, snggupkah kite melihat ayh kta mnjdi bhn api.. =)

Saturday, August 23, 2008

++ SELAMAT HARI TUA buat diriku...

Sanah Helwa ya Gamil...23-08-08

Birthday girl.. :)

ALLES GUTE ZUM 22 GEBURSTAG!!..

Selamat Hari TUA...


wahai diri ku...selamat hari tua...pukul 12 tgh malam tadi genaplah aku 22 tahun berada di bumi Allah ini...sejauh mana telah aku gunakan umur dan nyawaku sebaiknya..erm..aku menepuk dada dan bertanya pada iman ku..rupanya masih banyak pahala yang perlu aku cari...

ramai orang kata..selamat hari lahir..
..tarikh kita dilahirkan...tapi...aku langsung tak berfikir begitu..erm..pa yang aku rasakan..umur aku makin lama makin berkurangan..

apa yang aku mohon dan minta pada Allah
pada hari lahir ku ke 22 ini ialah..kesihatan tubuh badan,otak yang cergas,permudahkan segala urusan dan kebahagiaan di dunia & di akhirat... di murahkan rezeki, tentang jodoh ku..aku mohon supaya dipertemukan jodoh daripada golongan beriman..amin..


**kepada rakan-rakan yang menghantar komen dan ucapan hari lahir..syukran jazilan aku ucapkan..moga-moga kalian semua di rahmati & diredhai Allah swt..**



aku bersyukur..kepadaMU ya Allah kerana mengizinkan aku bernafas di dunia yang sementara ini...aku akan cuba untuk mendapatkan keredhaan mu ya Allah..Mujahadah pada mu..walaupun kadang kala hati ini terlalu leka dengan godaan dunia..Maafkan Aku ya Tuhanku..


Buon Compleanno..(Italian)
Gelukkige Verjaardag..(Dutch)
Joyeux Anniversaire..(French)
Alles Gute Zum Geburtstag..(Deutsch)
Feliz Aniversario..(Portugeese)
C Ahem Pokyayehnir..(Russian)
Feliz Cumpleaos..(Spanish)
Glad Fødselsdag..(Norweigan)
Happy Birthday..(English)
Selamat Hari Lahir..(Malays)


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam