سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, January 12, 2009

++ Tangkap penyokong Palestin: Rakyat KT mesti hukum BN

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh - Para pengundi di Kuala Terengganu bertanggungjawab menghukum sikap hipokrit kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menahan 21 orang dalam perhimpunan nyalaan lilin menyokong mangsa perang di Palestin dan Sri Lanka, kata Pengerusi Gerakan Anti-Zionis (Gaza), Mahfuz Omar.

Polis menahan 21 orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara yang juga Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago serta Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Arutchelvan Subramaniam serta beberapa aktivis dari Suaram dan Jerit.

"Kerajaan BN mendakwa ia menyokong perjuangan rakyat Palestin yang kini diganasi oleh Israel. Tetapi pada masa yang sama, ia bertindak zalim terhadap rakyat yang berhimpun menyokong mangsa keganasan di Palestin dan Sri Lanka.

"Tindakan itu tindakan zalim, kejam. Tidak ada istilah lain yang lebih tepat. Rakyat tidak boleh lagi berdiam diri terhadap kezaliman kerajaan BN itu dan para pengundi dalan pilihan raya kecil Kuala Terengganu mesti menghukum tindakan kejam itu dan jangan sama sekali mengundi BN," tegas beliau.

Kerajaan BN, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bukan sahaja menentang arus dunia yang menyuarakan bantahan besar-besaran terhadap kekejaman dan keganasan Israel, malah tidak menghormati perasaan dan keprihatinan mereka yang berhimpun menentang kedurjanaan itu.
"Kerajaan BN bukan sahaja tidak menghormati mereka yang berhimpun itu, malah tidak menghormati gelombang kemanusiaan di seluruh dunia yang menentang keganasan Israel dan lebih dari itu, tidak menghormati rakyat Palestin yang berjuang, berdarah dan terbunuh untuk memerdekakan tanah air mereka," katanya lagi.

Mahfuz mempersoalkan, adakah kerajaan BN hendak mengambil hati Amerika Syarikat dengan tindakan menzalimi mereka yang berhimpun menyokong mangsa perang di Palestin dan Sri Lanka itu?

"Adakah kerajaan BN menerima isyarat dari Amerika supaya menyekat pembelaan dan ruang bantahan terhadap keganasan Israel ke atas rakyat Palestin?

"Adakah kerajaan BN diberi amaran oleh Amerika supaya jangan membiarkan gelombang bantahan di negara ini bertambah meluas dan membesar sehingga menjejaskan kepentingan ekonomi syarikat-syarikat dari negara penaung keganasan Israel itu di negara ini? " beliau mempersoalkan lagi.




palestina Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam