سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, January 12, 2009

++ Kuala Terengganu sekarang ini merupakan bandar yang paling selamat dalam dunia?

terengganu Pictures, Images and Photos

Melihat kepada jumlah Polis yang berada di Terengganu sekarang, kita mungkin dapat melihat seolah-olah di negeri ini mungkin berada di dalam keadaan perang ataupun darurat.
Ini kerana, jumlah polis yang terlalu ramai membuatkan saya merasa hairan, apa sebenarnya yang di cari oleh pihak polis ini. Menurut beberapa laporan, lebih dari 6000 anggota polis telah dikerahkan untuk berpengkalan di Kuala Terengganu sekarang ini.

Jumlah itu belum tidak termasuk dengan bilangan polis yang sedia ada di IPK Terengganu, IPD Kuala Terengganu, balai-balai polis di sekitar Kuala Terengganu dan kem Pasukan Gerak Am di Kubang Badak.

Jikalau dicongak semula, kemungkinan jumlah polis yang bertugas untuk menghadapi Pilihanraya Kecil parlimen Kuala Terengganu nanti mungkin melebihi dari 10000 anggota.
Jumlah yang terlalu ramai ini sungguh menakjubkan. Saya merasa simpati jikalau di bandar-bandar lain, kadar jenayah akan naik sementara kempen pilihanraya di bandar ini masih belum berakhir.
Seperti yang kita tahu, jumlah pengundi berdaftar di Kuala Terengganu adalh dilingkungan 82000 orang lebih.

Jika di bandingkan dengan jumlah polis yang bertugas untuk menghadapi pilihanraya ini. Maka nisbah polis kepada pengungi ialah 1:8.2
Ini bermakna, di Kuala Terengganu sekarang ini, setiap anggota polis perlu menjaga 8-9 orang pengundi.

Kenapa begitu ramai mereka perlukan disini? Mungkin Ketua Polis Negara, Tan Seri Muha Hassan tahu jawapannya.

Seperti yang kita tahu, jabatan polis adalah berada di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri.
Jadi, kemungkinan juga Musa Hassan terpaksa mengikut arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Dato Wan Farid dan kebetulan Wan farid juga bakal bertanding di sini.
Melihat kepada nisbah polis kepada pengundi ini menunjukkan perbezaan yang sangat ketara jika polis berada di dalam keadaaan berjaga-jaga yang sebenar.
Menurut laporan dari Parlimen, Di Johor Bharu, Balai Polis Sentral di bandar mempunyai lapan puluh tujuh orang pegawai dan anggota untuk menjaga 805,152 orang bilangan penduduk. Nisbahnya ialah 1:9254.

Bayangkanlah, jumlah pengundi yang lebih kurang 10% dari penduduk Johor Bharu itu memerlukan 10 ribu anggota sedangkan proses pilihanraya in mungkin mengambil masa 2 minggu sahaja dari hari penamaan calon hingga ke hari pembuangan undi.
Jadi, disini jelas kita sudah nampak di mana hala tuju polis Malaysia sebenarnya. Tidak hairan juga kaum Cina pernah membuat tunjuk perasaan di Johor Bharu kerana kecewa dengan kadar jenayah yang semakin meningkat di bandaraya itu.

Begitu juga di Kuantan (penduduknya seramai 430000 orang), seorang anggota polis dibebankan untuk menjaga keselamatan 8000 orang penduduk.
Angka ini ada jauh dari saranan Pihak Polis Antarabangsa, Interpol iaitu 1: 250. - dimana satu orang anggota polis diperlukan untuk menjaga keselamatan 250 orang awam, merupakan kadar yang perlu di penuhi oleh negara-negara yang serius untuk membenteras jenayah dan justeru menjamin keselamatan orang awam.

Maka, justifikasi kerajaan dan jabatan polis untuk menghantar sebegitu ramai polis ke Kuala Terengganu tidaklah diketahui apa tujuaannya dan tindakan ini dilihat seperti turut mengheret pasukan polis ke kancah politik.

Seperti mana yang kita sedar selama ini, polis Malaysia hari ini dilihat lebih berminat dengan urusan parti-parti politik berbanding membendung dan menyelesaikan kes-kes jenayah yang semakin bermaharaja lela.

Tindakan menhantar anggota polis secara beramai-ramai ke Kuala Terengganu ini bolehlah dilihat sebagai satu pembaziran wang rakyat dan boleh memudaratkan kawasan-kawasan yang kekurangan anggota serta menimbulkan rasa takut dan tidak senang dikalangan para pengundi nanti.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam