سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, August 29, 2008

++ [Nasyeed] Nabil & Kump. Nasyid Munawwar KMB..


Nabil (my 3rd bro) bersama kumpulan Munawwar dalam persembahan nasyid di Kolej Mara Banting..



[Cinta Pertama]



[Adakah Kau Lupa]



[Kasih Kekasih] Nabil, on the left

++ [Nasyeed] Mestika - Destinasi Cinta..



Hayati dan renungilah maksud lagu ini...
Moga2 dapat menginsafkan diri yang jahil ini..

Destinasi Cinta
Album : Sendu Sendawa
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Frizdan (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye


++ Perempuan Yang Aku Sayangi


Perempuan yang aku sayangi
adalah pencinta Tuhannya
yang mengalir cinta, takut dan harap
yang menguasai perjalanan penghidupannya
dari waktu ke waktu
dari hari ke hari
sehingga perjanjian di antara jasad
dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
adalah perempuan yang di mata dan wajahnya
terpancar sinar Nur Ilahi
lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya
sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
yang menutup auratnya
dari pandangan mata lelaki ajnabi
kehormatan diri menjadi mahal nilainya
disanjung tinggi
penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku impikan
adalah yang mendekatkan
hatiku yang telah jauh
kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
namun aku tiada di sana
kerana hatiku dilamar dunia

Perempuan yang aku kasihi
yang bersyukur pada apa yang ada
bersabar dengan apa yang tiada
cinta pada hidup yang sederhana
yang tidak bermata benda

Perempuan yang aku sukai
menjadi dian pada dirinya sendiri
menjadi pelita untuk putera-puteriku
yang bakal dilahirkan
untuk menyambung
perjuanganku di belakang hari

Sesungguhnya perempuan yang selalu berada dalam doaku adalah kau isteriku....

So, what do you thing. Is that a lovely puisi? I hope so. Okay see you all later with another puisi insyallah.

++ [Nasyeed ]Secerah Pawarna & Doa Perpisahan..

SECERAH PAWARNA


Seindah sedamai
Pantai melambai gemalai
Begitulah hati Merindui kasih yang padu
Bagaikan pepasir

Basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
Biar basah dengan iman dan ukhuwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawarna
Berseri ukhuwah di pupuk kasih

Kita ingin segala terlerai Dengki dan dendam kesumat musnah Biar keikhlasan berbicara Di dada hati luas saujana.


DOA PERPISAHAN


Pertemuan kita di suatu hari Menitikkan ukhuwah yang sejati Bersyukur ku ke hadrat Illahi Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambuMu
Mencari hidayah daripadaMu
Dalam mendidik kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hambaMu
Di atas perpisahan ini

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan tersimpul padu
Kenangku di dalam doamu

Semoga Tuhan berkati mu…


++ HATI KU….

Hatiku..

Hati ku..
Dahulu gelap dan hitam pula..
Seperti malam tanpa cahaya..
Mengapa…??
Kerana dosa banyak tak terkira..
Kerana pahala tak selalu dicuba..

Hati ku…
Makan minum tak pernah dijaga..
Halal haram dibelasah semua..
Janji hilang lapar dan dahaga..
Janji puas nafsu di dada..

Hati ku…
Sering lalai menyaksikan dunia…
Dunia sekitar amat mengoda..
Semuanya cuba mengheret ke neraka..
Ku sedar tapi sebenarnya lupa..


Hati ku…

Zikir dan Quran tak pernah di baca…
Solat pun macam nak tak nak je..
Sedekah pulak usah dicerita..
Puasa sunnah tak mahu juga..

Hati ku…
Pintu taubat masih terbuka..
Bersihkan hati tambahkan pahala..
Jangan tunggu esok dan lusa..
Kerana mati tak kenal usia..
Kerana neraka telah tersedia..
Untuk hamba yang durhaka..

++ MUNAJAT RINDU

Mari Berpuisi


MUNAJAT RINDU





Pernah Kau berkata
Susunilah langkahmu pada Ku
Nantinya kaukan ku kejari
maka tersungkurlah aku ada satu kembara
kerana ku mengerti
Di hujungnya kau sedang menanti

Jua selalu Kau berkata
Hayatilah perutusan-perutusan
agar nanti,
Rindumukan sentiasa bergelodak
dan cinta kita mula mencari akarnya

Benarlah,
Pada coretan-Mu tersirap
bilah-bilah ketenangan
Yang ku kutip dicelah kepayahan
Namun tatkala keresahan dunia
mula membaluti
Kau hadiahkan kucupan syahdu
Melalui surat-suratMu
Langsung tenggelamlah aku
di lautan rindu
KataMu lagi,
Sujudlah padaKu
lalu ku tafakur pada noda seruMu
Lemas pada asyiknya menagih cinta

BisikMu jua
NamaMu ulangilah…ulangilah
Luahkan ungkapan cinta rinduMu
Walau gelita malam terus membungkus
Agar pantas,
SeruanMu ku sambut

Lalu jadiklah aku penyair setia
Mengarap puisi cinta
dan epilog cinta
Rindu menjadi satu
dan nama Mu ku kalung
saban waktu.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : Berbaktilah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan iringilah kejahatan dengan kebajikan supaya ia menghapuskannya dan bergaullah dengan manusia dengan perangai yang baik dan tinggi." - At-Tirmidzi

++ Perkara membatalkan puasa

Perkara membatalkan puasa

FIRMAN Allah: Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Beberapa hari saja lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang di dalamnya terkandung satu lagi rukun Islam iaitu berpuasa.

Sehubungan itu, berikut disertakan beberapa panduan ringkas sebagai memperingati amalan berpuasa.

Syarat wajib puasa ada empat iaitu Islam, baligh, berakal dan suci daripada haid dan nifas.

Rukun puasa pula adalah berniat pada waktu malam iaitu sebelum terbit fajar dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga tenggelam matahari.

Oleh yang demikian, hendaklah kita berusaha memperbaiki dan menjaga puasa kita sepanjang bulan Ramadan.

Sekadar gambar hiasan.. (CURI MAKAN)

Hayatilah sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan (daripada merasuk mangsanya). (riwayat Muslim)


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..

++ Contohi peribadi Khadijah

Contohi peribadi Khadijah

APABILA bercerita mengenai kejayaan kaum wanita, kita lazimnya mengambil contoh kejayaan beberapa wanita sama ada dari dalam negeri dan luar negara sebagai pembakar semangat serta role model.

Hakikatnya, umat Islam terutamanya kaun Muslimah, sewajarnya lebih berbangga dan beruntung kerana peranan dan sumbangan insan bergelar wanita di dalam Islam memang tidak dapat dinafikan malah telah dijanjikan syurga di akhirat kelak.

Bersempena dengan Hari Wanita yang disambut baru-baru ini, selain mengambil contoh daripada kejayaan wanita era kini, mengapa tidak menyorot peribadi, pengorbanan, sumbangan dan episod cinta suci yang tidak berbelah bahagi insan suci bernama, Khadijah binti Khuwailid.

Ini kerana, perihal hidup ummul mukminin Khadijah ini adalah sejarah pancaran sinar kemuliaan bagi susuk wanita perempuan suci, mulia dan istimewa. Lantaran itu, wanita pertama yang memeluk Islam ini, layak mendapat apresiasi mulia serta menjadi inspirasi kepada semua wanita Muslimah dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Buku Khadijah Cinta Abadi Kekasih Nabi terbitan PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ini adalah terjemahan yang sah daripada buku Khadijah Drama Cinta Abadai Sang Nabi, karangan Dr. Muhammad Abduh Yamani yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Ilman. Ia merangkumi kisah kehidupan isteri, sahabat, kekasih serta ibu kepada putera dan puteri Baginda Rasulullah SAW.

Pengisiannya meliputi bab salasilah keturunan, perkahwinan, peribadi, kerjaya, pengorbanan, putera-puteri dan kewafatan. Di samping itu penulis turut menyelitkan bab peranan syair dalam memuliakan Khadijah dan hadis-hadis yang menyentuh tentang kehidupan Khadijah.

Bagi ramai yang masih tertanya-tanya mengapa Khadijah yang menjadi isteri pertama Nabi Muhammad dan kriteria apa yang menyebabkan pemilihan itu? Segeralah mendapatkan buku ini.

Pengakuan Rasulullah SAW berbunyi: Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku semasa orang lain mengingkariku; dia membenarkanku semasa orang lain mendustakanku; dia menyerahkan hartanya kepadaku semasa orang lain menghalangku; dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya semasa aku tidak dapat daripada isteri-isteriku yang lain. Sesungguhnya ciri-ciri inilah yang cuba kita jadikan iktibar tentang peranan bergelar seorang Muslimah, isteri dan teman kepada suami tercinta.

++ Perempuan VS Muslimah..

Perempuan vs Muslimah

Perempuan

Sekadar gambar hiasan

Apabila teruna memerhatikan dikau, Kau membalas renungan matanya Pabila teruna mendekati selangkah, Kau datang berpuluh langkah Pabila teruna memujuk rayu,Kau lemah dalam pangkuannya Pabila teruna memberi harapan, Kau hanyut dalam angan langkah

Muslimah

Sekadar gambar hiasan

Pabila teruna memandang dikau, Kau tunduk mengelak panah syaitan Pabila teruna mendekati selangkah, Kau berundur beribu langkah Pabila teruna memujuk rayu, Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan Pabila teruna menutur harapan indah, Kau yakin janji-Nya lebih bahagia di sana Kerana kau mengerti dan menyedari Akan erti maruah peribadi sejati Yang diselaputi iman yang hakiki..

Kami pun segera menghujaninya dengan pertanyaan baru??

Apakah kamu tidak khuatir justeru dengan hijabmu ini akan menghalangimu untuk mendapat jodoh? ?
Dengan hati yang mantap kembali dia menjawab??

Apakah kalian belum mengetahuinya wahai saudariku muslimah ??
Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ?.? (QS An Nuur :26)

Wahai saudariku muslimah?

Sesunguhnya aku tidak akan pernah rela menikah kecuali dengan laki-laki yang berpegang teguh terhadap agama Allah dan inilah yang kujadikan cita-cita untuk kehidupanku di masa yang akan datang.
Adapun seorang suami yang memperbolehkan isterinya untuk memperlihatkan perhiasannya di depan umum dan menghinakannya di hadapan manusia , apakah dia tidak menyedarinya bahawa sesungguhnya dia telah mengambil hak Allah, kalau begitu bagaimana laki-laki seperti itu mampu menjaga diriku dari api neraka??

Kembali seorang dari kami bertanya :

Wahai ukhtiku , bagaimana dengan mereka yang akan mengejekmu dan menuduhmu sebagai orang yang ketinggalan zaman??

dia pun kembali menjawab :

Kenapa kamu mempercayai kata-kata syaitan dan teman-temannya yang selalu berusaha menjauhkan kita dari jalan Allah? Sesungguhnya kebatilan itu walaupun terletak di dalam sumur yang dalam, pastilah akan tetap berusaha untuk terus menggodamu hingga kamu mengikutinya dan akhirnya menghiasimu dengan perbuatan buruk yang hanya menjadikan kamu terlihat indah di hadapan manusia.

Inilah keburukan yang sebenarnya !!!

Iaitu ketika kita mengikuti kata- kata syaitan hanya untuk terlihat baik di mata manusia???
Wahai ukhti muslimah..aku nasihatkan kepadamu sekalian?

Sesungguhnya hanya ada dua pilihan bagi kalian, tinggal di neraka untuk selamanya atau tinggal di syurga untuk selamanya dan tidak ada kata lain untuk lari dari apa yang telah Allah dan RasulNya tetapkan , sabda Rasul :Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat (pada zaman ini) satu kaum yang memegang pecut(cemeti) bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia , dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang , merayu-merayu menarik hati dan berlengang-lengang membesarkan kondenya bagaikan punggung untuk yang mereng, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal baunya sungguh bisa tercium dari jarak perjalanan lima ratus tahun. ( Hadis Riwayat Muslim)?

Ukhtiku muslimah , apa gunanya menutupi sebahagian badan tetapi membuka sebahagian yang lainnya atau memakai pakaian panjng akan tetapi ketat sehingga membuat mata laki-laki terpesona? ..Apakah kamu mahu mengikuti budaya barat yang membuat kemuliaanmu terletak dipakaian yang dipersempit. Hati-hatilah, kalian adalah murobbi umat dan dari tangan kalianlah akan lahir generasi -generasi handal . Hati-hatilah , kamu ibarat bintang kejora yang sedang bersinar yang sinarnya akan mempengaruhi segala sesuatu disekelilingnya ..?

Saat itu aku pun menyedari akan kebenaran kata-katanya , ucapannya terus merasuk ke lubuk hatiku yang paling dalam. Timbul keinginan dariku untuk kembali ke jalan Allah dengan menghidupkan iman dan keyakinan yang kuat , aku pun ingin merasakan manisnya ketaatan?Berlinanglah air mataku sebagai tanda penyesalan.Kemudian aku pun berkata ? Ukhtiku ?Semoga Allah membalas kebaikanmu..ajarilah aku bagaimana hijab yang syar?i itu? Aku ingin memperbaiki diriku dihadapan robbku dan sungguh aku menyesali segala perbuatan maksiat yang pernah aku lakukan .?



Wahai muslimah..


sesunguhnya diwajibkan bagi kamu untuk menyembunyikan perhiasanmu dan hendaklah akhlakmu adalah sifat malu dan kesopanan adabmu adalah islam , hiasanmu adalah taqwa kepada Allah, qona?ah dan redha kepada Robbmu dan diwajibkan kepadamu untuk memakai baju panjang yang menutupi seluruh badan . Lebar dan tidak sempit , tidak menonjolkan anggota tubuh , tidak melenakan pandangan laki-laki , tidak juga menyerupai pakaian kaum laki-laki dan tidak menjadi buah bibir orang.Wahai muslimah, hati-hatilah dari menyelisihi petunjuk Islam yang akhir-akhir ini sering terjadi seperti memakai minyak wangi ketika keluar rumah , memakai baju yang ketat dan terbuka atau memakai celana panjang , ataupun mewarnakan kuku yang bisa menghalangi air sampai ke tempat-tempat wajib wudhu sehingga merosak keabsahannya.

Sungguh menyedihkan kerana hal ini banyak dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya berhijab.Dan kepada para muslimah yang istiqomah hendaklah selalu berakhlak mulia dan berpegang teguh terhadap syariat Allah:?Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) (QS Al Hadid: 16)

Ini baju baru model apa yang kamu pakai?Apa sebab kamu memakainya?? Dia menjawab dengan hati senang dan bangga , ?ini adalah hijab yang Allah wajibkan kepada setiap muslimah, apakah kalian tidak mendengar Firman Allah : ?Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ?( QS Al Ahzab :59)

Dan apakah kalian juga tidak membaca Firman Allah : ?Katakanlah kepada wanita yang beriman ,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya?( QS An Nuur : 31)Kemudian salah seorang dari kami bertanya dengan nada tidak senang ..Kenapa Islam mewajibkan wanita untuk menyembunyikan kecantikan dan keindahannya? ! Padahal keduanya adalah daya tarik dan perhiasannya??Diapun menjawab??Ukhtiku yang mulia?

Sesunguhnya hijab adalah perintah Allah yang Maha Pencipta dan Penyayang dan diwajibkan bagi seluruh kaum hawa .Tentulah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hambaNya. Hijab ibarat kulit pembungkus mutiara, bukanlah untuk menutupi keindahan mutiara tetapi untuk memelihara dan menjaga agar keindahan dan kecantikannya tetap murni dan tidak ternoda.?Ukhtiku yang baik, sesungguhnya disebalik jilbab yang syar?i itu terdapat makna kehidupan , iman dan kesopanan. Kerana kecantikan itu bukan disebabkan make up yang dipoleskan pada wajah, atau kerana pakaian-pakain yang menyesatkan, tapi sesungguhnya kecantikan yang sebenarnya berada dalam hati seorang mukminah yang kuat iman, sempurna akhlak dan cinta kepada Allah dan Rasulnya.?

~Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia~KELEBIHAN SEORANG WANITA

#Seorang wanita solehah adalah lebih baikdaripada 70 orang wali,

#Seorang wanita solehah adalah lebih b
aikdaripada 70 lelaki soleh,

#Seorang wanita yang jahat adalah lebihburuk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

#2 rakaat solat dari wanita yang hamiladalah lebih baik daripada 80 rakaatsolat wanita yang tidak hamil,

#Wanita yang memberi minum susu dadakepada anaknya akan dapat satu pahaladaripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

#Wanita yang melayan dengan baik suami
yang pulang ke rumah didalam keadaanletih akan mendapat pahala jihad.

#Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahalaseperti membebaskan 20 orang hamba.

#Wanita yang melihat suaminya dengankas
ih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akandipandang Allah dengan penuh rahmat.

#Wanita yang menyebabkan suaminya keluardan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuksyurga 500 tahun lebih awal daripadasuaminya, akan menjadi ketua 70,000malaikat dan bidadari dan wanita ituakan dimandikan di dalam syurga, danmenun
ggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

#Wanita yang tidak cukup tidur pada malamhari kerana menjaga anak yang sakit akandiampunkan oleh
Allah akan seluruhdosanya dan bila dia hiburkan hatianaknya Allah memberi 12 tahun pahalaibadat.

#Wanita yang memerah susu binatang dengan"bismillah" akan didoakan oleh binatangitu dengan doa keberkatan.

#Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

#Wanita yang menyapu lantai denganberzikir akan mendapat pahala sepertimeyapu lantai di baitullah.

#Wanita yang menjaga solat, puasa dantaat pada suami, Allah akanmengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

#Wanita yang hamil akan dapat pahalaberpuasa pada sianghari.

#Wanita yang hamil akan dapat pahalaberibadat pada malam hari.

#Wanita yang bersalin akan mendapatpahala 70 tahun solat dan puasa dansetiap kesakitan pada satu uratnya Allahmengurniakan satu pahala haji.

#Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagaimati syahid.

#Jika wanita melayan suami tanpa khianatakan mendapat pahala 12 tahun solat

#Jika wanita menyusui anaknya sampa
icukup tempoh (2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akankhabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

#Jika wanita memberi susu dadanya kepadaanaknya yang menangis, Allah akanmemberi pahala satu tahun solat dan puasa.

#Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas danjika wanita memicit sua
mi bila disuruhakan mendapat pahala 7 tola perak.

#Wanita yang meninggal dunia dengankeredhaan suaminya akan memasuki syurga.


#Jika suami mengajarkan isterinya satumasalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat

#Semua orang akan dipanggil untuk melihatwajah Allah di akhirat, tetapi Allahakan datang sendiri kepada wanita yangmemberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.




aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi,InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnGpErTaMa...KaMu JaDi SePeRtI kElApA..mUdAh DiPeRoLeH..DiPaRuT...dIpErAh..dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang...kEdUa..KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..bErAdA dI DaSaR lAuTaN..TeRsImPaN rApI..DiLiNdUnGi KuLiT..bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh..BeRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn...dApAt MeMpErOlEhNyA..HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..JaDi....kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdIkElApA aTaUpUn MuTiArA..(",)

Ketahuilah sahabatku, temanku..Sebenarnya kalian rindu kepada Allah, kata seorang ahli hikmah. Tahukah kamu penyebabnya? Sebab kalian merindukan kebaikan yang tiada akhir, kesempurnaan yang tidak kunjung habis, dan keindahan yang abadi, sedangkan sifat-sifat itu hanya ada pada Allah…Oleh itu, kembalilah kepada fitrah semulajadimu, wahai orang beriman. Bukalah mata hatimu dan pandanglah keindahan ciptaan Allah menerusi makhluk di sekitarmu,kemudian kajilah hakikat yang ada padanya supaya kalian dapat menyelusuri sejauh mana kalian mampu bagi mengenali siapa sebenarnya dirimu…

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam