سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, January 25, 2009

++ Sudah bersediakah kita?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

..Baca lagi di Artikel Hangat
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Ayat pendinding rumah

rumah contoh Pictures, Images and Photos

Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membaca sepuluh ayat;
* empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
* dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
* dan penutup surah Al Baqarah (284-286)
nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.
--------------------------------------------------------------------------------\
-------------
KESAN AWAL DARI AYAT2 PAGAR AL-BAQARAH:


Dalam satu kes pesakit di Melaka, pesakit merasakan mendapat terlalu banyak
mimpi akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat2 tersebut.
Sebelum itu, pesakit memang selalu membaca ayat Al-Baqarah 255 dan 285-286,
tetapi masih tidak cukup ayat 10 tersebut.

Satu malam, sebelum maghrib, pesakit baca ayat 10 tersebut. Dalam waktu tengah
malam, 4 jam selepas bacaan, beliau dan pasangannya di rumah tiba2 mendengar
dentuman kuat 2 kali:
1. Bunyi dentum kuat di sudut bilik solat
2. Bunyi dentuk kuat di siling di bilik ruang tamu
3. Bunyi bising2 di atas siling / atap

TANDA-TANDA AYAT2 PAGAR LAIN BOCOR:


Saya dapati adakala perawat lain mendakwa pagar yang menggunakan ayat2 Quran
(bukan al-Baqarah) bocor kerana:
* pesakit "melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya
* pesakit terasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah
* pesakit dan suami tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun ngantuk
Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak menggunakan
ayat 10 tersebut.
Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila terlupa baca 10 ayat tersebut pada
waktu pagi. Masa itu saya selepas subuh berjemaah dengan isteri terus ke kedai
membeli roti canai. Pada malam sebelumnya saya sudah bacakan ayat2 tersebut
kerana merawat kes sihir pengasih (yang di syakki melibatkan ifrit).

Semasa saya balik dari kedai roti canai (bungkus bawa balik), dalam pukul 7 pagi
lebih, saya terasakan meremang ketika membuka pintu pagar untuk masukkan kereta.
Tiba2 saya terdengar bunyi siulan tajam (suara ifrit) yang dapat masuk ke rumah
kerana pagar (ayat Quran) terbuka. Ini kerana pada Subuh itu, saya terlupa baca
ayat2 pagar. Embarrassed

Dari pengalaman saya yang terhad ini, saya jangka pagar Al-Baqarah yang di baca
pada malam, akan terbuka pada sekitar 7:30-8:00 pagi sekiranya kita lupa baca
lagi selepas Subuh.


PERBEZAAN DENGAN AYAT PAGAR / DINDING DIRI:


Selagi pesakit dan keluarga berada dalam rumah, ayat pagar rumah memadai untuk
keselamatan keluarga. Tetapi sekiranya pesakit perlu keluar rumah, maka ia perlu
membuat amalan lain untuk memagar dirinya:

* Ayat Qursi, ATAU
* 3 QUL, satu QUL 3x, ATAU
* Zikir berikut 100x pagi dan 100x petang:
dari: http://www.alhawi.net/ratib_al.htm

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya
segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu

Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah
s.a.w berkata, “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti
memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan
seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan
sepanjang hari.”

sumber: http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=187&KW=rumah
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Kenapa harus bersedekah semasa kesempitan ?

duit Pictures, Images and PhotosDonate button Pictures, Images and Photos

Kalau anda mahu jadi kaya, maka anda kena rajin menderma. Lagi kesempitan wang, lagi rajin anda menderma. Anda mesti sentiasa membantu orang lain yang memerlukan. Jadikan ia tabiat sepanjang hayat anda.

Logiknya mudah. Kalau anda mahu orang lain senyum kepada anda, maka anda senyumlah kepada orang lain. Siapa mahu memberikan senyuman yang manis mereka kepada anda kalau anda sendiri bersifat sombong?
Malangnya, ramai daripada kita melakukan sebaliknya. Kita selalu memberikan sedekah sekiranya ada lebih. Kita tidak mahu menjadikan ia sebagai satu rutin yang wajib dilakukan. Malah, lebih menakjubkan ada yang mintak duit baki selepas memberikan derma. Kita terlalu berkira kalau mahu menderma.
Tetapi kalau dalam urusan lain, tak pernah kita mahu berkira. Lebih-lebih lagi kalau ia berkait dengan hobi dan minat kita. “Ini hobi bang, biarlah habis beribu-ribu pun, janji saya puas.

Dan kita memang jarang berkira kalau ia membabitkan pembelian liabiliti & doodads seperti kereta baru, barang kemas baru, baju baru, minum air kopi bernilai RM 10 secawan dan segala perkara yang bersifat bermewah-mewah.

Bukan tidak boleh bermewah, boleh, tetapi jangan lupa menderma sama. Kalau kita sanggup menghabiskan duit beratus ringgit dalam urusan lain, kenapa tidak mendermakan jumlah yang sama ke dalam tabung-tabung masjid, sekolah-sekolah dan rumah anak yatim?

Menderma bukan perkara terakhir yang kita lakukan. Ia bukan kalau ada lebihan baru buat. Sekiranya anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda, baik dari sudut peribadi, keluarga dan perniaga maka jangan mengambil sikap sambil lewa dalam urusan ini.
Tak perlu tunggu nanti untuk menderma. Lakukanlah sekarang. Lagi senyap anda melakukannya lagi bagus. Tetapi ada syaratnya, ikhlas. Jangan mengungkit, dan jangan menyakiti pihak yang anda berikan duit anda itu tadi. Kalau anda tidak ikhlas mengeluarkan sedekah, maka simpanlah kembali duit anda ke dalam kocek semula. Itu adalah lebih baik.

http://www.nurhikmah.org.my/
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Kentang Goreng Punca Kanser Payudara?

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Malaysia Boleh!

Kejadian yang kelakar yang berlaku di Malaysia tercinta ini. Kelakar memang kelakar tapi apa yang tersirat?
Inilah akibatnya jika Bahasa Melayu dipinggirkan dan Bahasa Inggeris diagung-agungkan. Bahasa melayu tidak, bahasa Inggeris pun bukan. Mungkin yang menulis "kapak kereta" tersebut pendatang asing. Tapi tokey dia pun tak kan tak perasan atau tokey dia pun pendatang asing juga yang menyewa lesen orang tempatan atau bangsa selain Melayu yang tidak mementingkan Bahasa Melayu. Kalau orang kita pun tak pandang, apa lagi orang lain kan.

Lagi koleksi gambar lawak Malaysia Boleh! di STRANGE PICTURES
[isu hangat] -------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Cara betul makan buah-buahan


Baca lagi di Blog Health Tips
[isuhangat]
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Ring of fire: Indian Ocean to see solar eclipse

AFP/File – A few lucky people in the Indian Ocean will be treated to a rare event when an annular solar eclipse …

PARIS (AFP) – A few lucky people in the Indian Ocean will be treated to a rare event on Monday when an annular solar eclipse will transform the Sun into a dark disc with a blazing ring-shaped corona around its rim.

In solar eclipses, the Moon moves between the Sun and Earth, casting its shadow on the terrestrial surface.

In an annular eclipse, a tiny shift in distance that results from celestial mechanics means the Moon does not completely cover the Sun's face, as it does in a total eclipse.

Instead, for those directly under the alignment, the Moon covers most of the Sun's surface, and a ring-like crown of solar light blazes from the edge of the disk.

For those watching from the fringe of the track, the Sun is partially obscured, as if a bite has been taken out of it.

According to veteran NASA eclipse-watcher Fred Espenak, the total eclipse track will run from west to east on Monday from 0606 GMT to 0952 GMT.

It will traverse the Indian Ocean and western Indonesia before petering out just short of Mindanao, the Philippines.

The partial eclipse will be seen in a much wider swathe, including the southern third of Africa, Madagascar, Australia, Southeast India, Southeast Asia and Indonesia.

It will be the only annular solar eclipse this year. The last was on 7 February, 2007, and after Monday, the next one will be on 15 January, 2010.

The big event for eclipse junkies this year is on July 22, when a total solar eclipse will be visible from India and China, the world's two most populous countries.

  1. Annual solar eclipse of Jan 26
Source:YAHOO.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ 1.5 juta rakyat Palestin sedia syahid - Hamas

gaza to night Pictures, Images and PhotosHamas Pictures, Images and Photos

Lanjusoh | Foto Rizal Tahir
Sat | Jan 24, 09 | 5:14:03 pm MYT

KOTA BHARU, 24 Jan (Hrkh) - Kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sedia mati syahid dan tidak sekali-kali akan mengangkat bendera putih biar pun diserang secara rakus rejim haram Yahudi.

Mereka bersedia meneruskan jejak sebagaimana dialami al Syahid Sheikh Ahmad Yassin, Rentisi dan Said Siam, bekas menteri luar Hamas yang menjadi korban keganasan Israel.

"Kami bukan lagi menangisi rumah, sekolah, hospital dan harta benda lain yang musnah dibedil tentera Yahudi sebaliknya kemuliaan sekarang untuk menghadapi mati syahid.

"Inilah cita-cita terbaik yang ada pada setiap rakyat ketika darah masih mengalir dan api masih menyala di bumi Palestin sekarang," kata seorang pemimpin Hamas, Najis Suris Al Ghaza.
Beliau mendedahkan perkara itu pada program Solat Hajat Perdana dan Pelancaran Tabung Cakna Palestin di Stadium Sultan Mohammad Ke IV malam tadi.

Program tersebut dianjur kerajaan negeri, dihadiri lebih 10,000 rakyat Kelantan pelbagai kaum. Mereka senada mengutuk keras keganasan tentera Yahudi ke atas umat Islam di Palestin sekarang.

Najis berkata, umat Islam di Gaza sejak dahulu lagi yakin dengan janji Allah bagi memberi kemenangan kepada Islam dengan syarat umat menolong agamaNya.

Kata beliau pembunuhan ke atas umat Islam di Palestin oleh tentera Yahudi bukan perkara baru, malah ia berlaku sejak 1948 lagi apabila Israel menceroboh bumi Palestin.
Menurutnya rentetan keganasan Yahudi dapat dilihat di Sabra dan Satila pada 1984 apabila ramai umat Islam mati dibunuh dengan kejam.

"Jangan mengharapkan Israel akan berdamai dengan umat Islam kerana ia tidak menjadi matlamat bagi mereka. Malah pemimpin Yahudi akan dianggap wira oleh rakyatnya apabila dapat melancarkan serangan ke atas umat Islam di Palestin.

"Pemimpin yang berjaya mencetuskan peperangan akan dipuji rakyat Israel. Bagaimanapun mereka lupa kekuatan sebenar hanya dimiliki Allah Taala," katanya.
Katanya juga Hamas di bawah Perdana Menteri, Ismail Haniyah akan terus bersama rakyat bagi menghadapi serangan Israel.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, derma yang dikutip malam tadi akan digunakan bagi membantu rakyat Palestin sama ada bantuan ubat, makanan atau apa sahaja keperluan lain.
Menurutnya program pelancaran Tabung Cakna Palestin diadakan bagi menggambarkan perkongsian penderitaan rakyat Kelantan tanpa mengira warna kulit dan agama terhadap umat Islam di Palestin.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairuddin berkata, sudah banyak resolusi yang dibuat di peringkat antarabangsa bagi mengutuk kekejaman Yahudi, namun mereka tidak pernah menghiraukannya.

Oleh itu katanya Malaysia sebagai anggota Persidangan Negara Islam (OIC) perlu melakukan sesuatu termasuk menyerahkan desakan bertulis kepada Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Beliau juga mendesak resolusi yang diputus pada persidangan khas parlimen Malaysia bagi mengutuk kekejaman Israel baru-baru ini turut dihantar kepada Parlimen Kesatuan Eropah dan lain-lain pertubuhan peringkat antarabangsa.

"Namun berdasar kepada pengalaman lepas sebarang resolusi tidak pernah dihiraukan Yahudi, maka OIC perlu bertindak segera bagi menghantar pasukan pengaman ke Palestin.
"Persoalannya adakah OIC mampu menghantar pengaman seperti yang pernah dilakukan di Bosnia Hergovina sebelum ini," katanya.

Beliau juga berharap rakyat Malaysia kosisten memboikot produk yang ada kaitan dengan Amerika Syarikat dan Israel sebagai mengajar keangkuhan mereka.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berharap Malaysia mengiktirafkan kerajaan Hamas di Palestin kerana parti itu telah memenangi pilihan raya yang diadakan beberapa tahun lalu.
Selain itu beliau meminta kerajaan mengambil langkah tegas termasuk memutuskan kerjasama pertahanan dengan Amerika Syarikat.

Ini kerana kata beliau negara kuasa besar itu berhasrat menguasai sepenuhnya bumi Palestin melalui tindakan kroninya Israel.

Pada akhir program itu pelbagai agensi kerajaan tampil mengisi Tabung Cakna Palestin.
Kerajaan negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri Alias menyumbang sebanyak RM500,000.

Lebih RM1 juta berjaya dipunggut malam tadi. - mj _


hamas logo Pictures, Images and Photos-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Ramallah lancar kempen burukkan Hamas.

RAMALLAH
Ramallah Pictures, Images and Photos

Jumaat, 23/01/2009 - Hamas menyatakan satu kempen yang dilancarkan oleh pemerintah boneka Dayton yang secara sistematik memburukkan Hamas dan kumpulan pejuan lain berikutan kemenangan Hamas dan pejuang lain ke atas Zionis-Israel.

Sebaik sahaja Zionis-Israel memberhentikan operasi mereka, media-media terus digunakan untuk memburuk-burukan Hamas. Beberapa pemimpin kerajaan boneka Dayton secara terbuka menghamburkan fitnah(kerajaan boneka Dayton merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh Jeneral Amerika Keith Dayton. Antara pimpinan mereka Salam Fayad, Mahmud al Habbash dan Yasr Abu Rabi).
Antara tuduhan mereka terhadap Hamas ialah pemimpin Hamas korup, mencuri dan merompak harta rakyat Palestin. Tujuan propaganda in dilancarkan adalah kerana di saat ini banyak bantuan kewangan yang datang untuk membantu Hamas dan membangunkan semula Gaza. Ini kerana seluruh masyarakat dunia tahu bahawa kerajaan Hamas adalah sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin. Mereka juga terkenal dengan amanah, komited dan bersungguh-sungguh membantu rakyat Palestin.
penterjemah : Abu Awatif
4 Responses to “Ramallah lancar kempen burukkan Hamas.”
hamas_mas

January 23rd, 2009 at 5:44 pm
apesal la diorang ni,,,HAMAS tak buat cam tu la,,depa tu dah usaha nak perangi israel ,,depa yang memperjuangkan shahid,,ni dok buat cerita buruk plak,,pe hal ni
jannah

January 23rd, 2009 at 11:05 pm
Puak2 yg buat fitnah kat hamas ni puak2 fateh,ketuanya mahmud abbas yg otak n pemikiran yahudi dan juga hamba abdi kpd presiden mesir husni mubarak.mereka ini sememangnya merancang utk menghancurkan dan melenyapkan HAMAS.segala sumbangan yg dihulurkan kepada Gaza,mereka akan memastikan sumbangan tersebut sampai ketgn mereka(fateh).sekiranya sampai kepada puak2 durjana ni alamatnya segala bentuk sumbangan tersebut akan habis dan lenyap begitu shj.segala2nya boleh berlaku.
Mas

January 24th, 2009 at 10:10 am
Mahmud Abbas Boneka! harus diganti ma President Hugo CHAVEZ! salut gwe ma Chavez, sampe Usir Dubes Isreal!! tapi laen ma Mesir.. malah m’nutup Rafah!!
i_dini

January 24th, 2009 at 1:05 pm
Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan aneh……beruntunglah orang2 yg merasa aneh(Ghuraba’)

Kebatilan itu hanya boleh dizahirkan dgn oleh puak2 munafik, fasik, kafir, dan musuh2 ALLAH… ttp kebenaran itu milik ALLAH,, ALLAH berkuasa diatas setiap sesuatu!!
Sesungguhnya kebenaran itu ttp akan terbukti… “Mereka merancang dan ALLAH merancang… sesungguhnya ALLAH sebaik2 perancang…”(yg akan mengalahkan rancangan manusia….)
Wahai ummat Muhammad.. kembalilah kamu kpd ALLAH dan RasulNYA yakni Quran dan hadis…


HAMAS
hamas Pictures, Images and Photos-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Filem Hollywood lebih utama di BOIKOT

walt disney Pictures, Images and PhotosWarner Bros. Pictures, Images and Photos

Oleh amkns
"Dari Blog Faisal Tehrani

Anda mahu boikot Amerika? Argh kelakar, rokok terkepit antara bibir pun tak dapat dilepas. Jika anda bercakap tentang hasrat untuk memboikot Amerika dan Yahudi, anda harus bermula dengan televisyen di rumah anda. Atau pilihan sinema anda.

Mungkin, anda tergiur dengan plot filem Hollywood yang penuh aksi, atau terkesima dengan Kate Winslet melondehkan kembannya, barangkali ada gadis di luar sana terkecur liur dengan Brad Pitt, argh di belakang mereka ada Yahudi.

Saya kira belum ada negara yang berjaya memboikot industri hiburan pencinta Yahudi ini melainkan Republik Islam Iran.

Bagaimana menikmat hasil seni dari Hollywood dengan wajah anak Gaza kepalanya putus dibom Israel, atau bagaimana berasa seronok menyaksikan American Idol jika terkenangkan kanak-kanak di Jabilya yang disembur fosforus putih yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa.

Bayangan dalam kepala saya ialah bagaimana meyakinkan umat Islam dan sekian umat yang prihatin terhadap tragedi kemanusiaan di Gaza untuk turut memboikot misalnya siri televisyen popular Heroes, 24, Prison Break, Desperate Housewives, American Idol, Survivor dan aduh, senarainya panjang sekali.

Terkebelakang, kita diperkenalkan dengan gergasi-gergasi seni perfileman Amerika antara lain Woody Allen, Mel Brooks, Billy Crystal, Robert De Niro, Richard Dreyfuss, Bob Dylan, Harrison Ford, Richard Gere dan Jeff Goldblum. Oh ya, bapa media massa Rupert Murdoch juga seorang Yahudi dari Israel. Hari ini, Presiden News Corp. Peter Chernin adalah Yahudi; Presiden Paramount Pictures, Brad Grey adalah Yahudi; Eksekutif Walt Disney Co. Robert Iger adalah Yahudi;

Pengerusi Sony Pictures iaitu Michael Lynton adalah Yahudi dari Belanda; Pengerusi Warner Bros. Barry Meyer adalah Yahudi, Ketua Eksekutif CBS Corp. Leslie Moonves adalah Yahudi, malah mendiang bapa saudaranya adalah bekas perdana menteri Israel yang pertama; bos MGM Harry Sloan adalah Yahudi dan Ketua Eksekutif NBC Universal iaitu Jeff Zucker juga seorang Yahudi. ‘Weinstein brothers’ yang terkenal di Hollywood juga Yahudi. Studio di atas adalah pengeluar siri televisyen juga filem yang terkenal di Amerika, malah dunia.


Presiden Persatuan Pelakon Hollywood, Alan Rosenberg (argh Yahudi juga). Ejen pelakon paling berbobot di Amerika ialah Ari Emanuel (ibu-bapanya rakyat Israel) pendek kata seperti yang disebutkan oleh Brando, ia adalah dunia Yahudi yang melemaskan.
Sangat-sangat merimaskan sehingga Mel Gibson seorang ultra Katolik yang mabuk sempat memaki Yahudi di jalanan dipaksa memohon maaf dan dipinggirkan sama sekali dari dunia perfileman.

Artikel sepenuhnya di di Blog Faisal Tehrani http://tehranifaisal.blogspot.... "


paramount 018 Pictures, Images and PhotosSONY PICTURES Pictures, Images and Photos-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Coca Cola & Pepsi BOLEH memusnahkan manusia

boycott Israel Pictures, Images and PhotosPepsi Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. Dia nak carik jalan untuk serang cara lain.

boycott israel Pictures, Images and Photos

Tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, pepsi n coke xjual kat Israel.. sape2 minum brand ni pkir2la

Boycott Israel Pictures, Images and Photos

Sumber: Akhi Abu Hassan Al-Ariffin, Mesir

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ TESCO & YAHUDI

Tesco Pictures, Images and PhotosTesco Pictures, Images and Photos

Assalamualaikum... pemberitahuan..!!!

"Tesco" adalah singkatan kepada Tessa Cohen, isteri kepada jutawan yahudi U.K. yang memiliki hypermarket tersebut. jutawan ini amat kuat menyokong zionist nazi yahudi israel melalui kekayaan beliau. setiap RM yg kita beli di Tesco umpama satu peluru yg kita sumbangkan kepada israel utk membunuh saudara2 islam kita di palestin.

tesco Pictures, Images and Photos

Tolong sampai2kan kepada saudara2 serta kawan2 semua.. mungkin ini saja jihad yg kita mampu buat setakat ini.. insyaAllah .. janji Allah sekecil2 amalan pun xkan terlepas dari pandangan-Nya.. wallahualam

boycott Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam