سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Thursday, October 15, 2009

++ ~~~^^ Renungi apa yang tersurat. ^^~~~

Renungi apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat.... Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur. Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri. Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci. Jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati...... namun.... Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai. Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani. Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri. Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Sunday, October 4, 2009

++ Lawatan ke Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.



@ Masjid Besi, Putrajaya 031009.. Bersama-sama Umi & Abi ku.. Syukran kepada mereka kerana sudi membawaku mengelilingi sekitar Putrajaya & melawat masjid yang menakjubkan ini! MasyaALLAH!!

-Masjid T.N.Z.A.P.J-

*berjumlah 200 Juta
*rekabentuk dr German & China
*Keluasan kwsn: 73.8 meter persegi
*Keluasan mjsd: 60.2 meter persegi
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Friday, October 2, 2009

++ Lirik AMANAT - Alfarabi Band


Lirik AMANAT - Alfarabi Band

Ooh pejuang mara kehadapan Jangan tunggu-tunggu Allah membantu 2x
Pejuang tidak buang masa Bertindak segera bertindak segera 2x

*pattern

Ooh pejuang mara kehadapan
Jangan tunggu-tungguAllah membantu
Pejuang yang setia tidak pandang belakang Ia terus mara 2x

*pattern

Ooh pejuang mara kehadapan
Jangan tunggu-tungguAllah membantu
Nun disana pahala yang menunggu
Nun disana syahid buat kita 2x

Ooh pejuang mara kehadapan
Jangan tunggu-tungguAllah membantu

*SOLO

Pejuang jangan takut susah Inilah nilainya disisi Allah 2x

*pattern

Ooh pejuang mara kehadapan
Jangan tunggu-tungguAllah membantu
Pejuang tinggi darjatnya Tidak sama abid yang duduk saja 2x

*pattern

Ooh pejuang mara kehadapan
Jangan tunggu-tungguAllah membantu
Pejuangku bertindak segera Jangan buang masa 2x

*pattern

Ooh pejuang mara kehadapan
Jangan tunggu-tunggu
Allah membantu

Clip Video AMANAT di YOUTUBE : http://www.youtube.com/watch?v=G68Jm8QvBgM
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ sahabat yang terbaik bukanlah sekadar mengikut keinginan

assalamua'laikum..sahabat yang terbaik bukanlah sekadar mengikut keinginan dan kemahuan hati kita sebaliknya sahabat yang terbaik adalah sentiasa menasihati apabila kita melakukan kesalahan,menjadi penghibur apabila kita sedih,menjadi pendorong apabila kita gagal,membantu apabila kita berada dalam kesulitan,sentiasa mengingati kita bila kita terlalu gembira dan yang paling penting sentiasa mendorong kita ke arah maa'ruf (kebaikkan) dan mencegah kita dari melakukan kemungkaran..Itulah sahabat sejati dunia akhirat..moga persahabatan kita sehingga ke Jannah..InsyaAllah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Sekadar renungan bersama

"Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah."

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. -Khalifah Umar bin Abdul Aziz-"....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Saturday, August 29, 2009

++ Sahabat..

"Sahabat ingati bila sunyi...
Rindui bila jauh...
Pahami bila keliru...
Nasihati bila khilaf...
Dan maafkan bila berbuat salah...
Alangkah indahnya persahabatan bila segalanya karena Allah...
Bersahabatlah ibarat pohon...
Yang berakarkan kesetiaan...
Berbatangkan keikhlasan...
Berdahankan kejujuran...
Berantingkan kesepahaman...
Dan berdaunkan kasih sayang...
Persahabatan adalah anugerah...
Membuat kita tertawa, menangis...
Menerima, dan yang paling penting ia
Membuat kita menghargai hidup...
Semoga iman menjadi perisai kemuliaanmu...
Semoga taqwa menjadi benteng pribadimu..."

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ ..Jika Aku Jatuh Hati...

"'...Bismillahirrahmaanirrahimm...'
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu Ya Muhaimin...

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya,
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin........."

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Sunday, August 23, 2009

++ MAAFKAN SAUDARA KITA.. <3

http://testi.iluvislam.com/category/bulan-islam/ramadhan/: "
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
"

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Saturday, August 22, 2009

SALAM YA RAMADHAN....




-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Sunday, August 16, 2009

++ Melodi sufi ~ NADAMURNI & THE ZIKR

Blog ini hanyalah sekadar hiburan dan menggamit kenangan semata mata.Ia tiada kena mengena dengan mana2 pihak.Blog ini juga bukan lah bertujuan untuk menghidupkan semula Alarqam.Pihak kami juga ingin meminta maaf sekiranya ada pihak2 yang tersinggung dengan hasil pengeluaran kami.Untuk respon atau sebarang hal boleh lah email ke abu_darwisy@yahoo.com .Terima kasih....

http://www.nadamurni.blogspot.com/



Nadamurni Pictures, Images and Photos

Nazrey Johani Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ In Memory - Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)

~ASRI RABBANI~
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak
akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka ...rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku.Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..

Allahyarham dikelilingi ahli keluarga

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim
Tertulis kematian pada suratan kehidupan. Semoga rohmu ditempatkan bersama para solihin.

"KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. - Berita Harian"

Sumber : Harakahdaily

"KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Harakah) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.
“Saya tidak tahu apa puncanya” katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai ‘pahlawan nasyid’ yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara emas itu amat sukar dicari ganti.

“Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu Allahyarham Zairy yang pergi dengan cara mengejut” ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggotai Nadamurni.

“Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari Allahyarham sendiri, bahkan Allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

“Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini” ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan Allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam, 40, menyifatkan Allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

“Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam” ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis.

Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani, Azadan menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

“Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah” ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman ‘zikir’ bersama Rabbani.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan Allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak pernah putus.

“Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini” ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zairy meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ARAH, Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru, Nostalgia Nada Murni. - mks."


rabbani Pictures, Images and Photos

http://www.asrirabbani.blogspot.com/
Coretan di blog ust Asri akan menjadi kenangan selamanya..


-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Tips Bagaimana Menhadapi H1N1 - Pengalaman mereka yang pernah Terkena...

H1N1 Pictures, Images and Photos

Bersama ini MAMPAT memperpanjangkan Sebuah Coretan keluarga yang pernah terkena dengan H1N1. Dipaparkan sebagai panduan semua....

Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama.

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

H1N1 Pictures, Images and Photos

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...


DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them.. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.


Take care You & Your Family
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Tok Guru Ajak Hayati Islam Dengan Berpantun



Pantun tu ada dalam harakah yang terbaru, muka depan gambar demo ISA. -------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Konsert Antara Dunia - Shoutul Harokah

Gamis telah menganjurkan Konsert Antara Dunia (KAD'09) yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Antra kumpulan nasyid yang dijemput khas ialah kumpulan Shotul Horokah. Kumpulan ini merupakan kumpulan nasyid yang terkenal di Indonisia. Kumpulan ini telah 9 tahun lamanya dengan nasyid yang berunsurkan Jihad.



Bingkai Kehidupan

Ha hahaha hahaha hahaha
Haaa hahahaaa hahahaha hahahaha

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allahuakbar..
Semangat berkobar betul!!!
Lepas ni kna ajak Iz dan RuhulJadid
Thanx to GAMIS. Jzkk -------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Monday, July 27, 2009

++ Lalai Dalam Sembahyang

solat Pictures, Images and Photos

Tuhan ada berfirman di dalam Al-Quran yang lebih kurang maksudnya,
"Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai
dalam sembahyangnya. "

Terdapat banyak tafsir dan kupasan tentang maksud "lalai" dalam
ayat ini.
Maksud pertamanya ialah cuai bersembahyang hingga habis waktunya.
Sembahyang itu sama ada diqadhakkan sahaja ataupun ditinggalkan terus.

Maksud "lalai" yang kedua ialah tidak khusyuk dalam sembahyang.
Iaitu tidak hadir hati dalam sembahyang. Dalam sembahyang teringat
perkara-perkara di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena dengan
sembahyang. Malahan, bukan sahaja tidak hadir hati dalam sembahyang,
maksud perbuatan dan lafaz dalam sembahyang pun tidak diketahui atau
difahami. Jauh sekalilah untuk dihayati atau dijiwai.

Ketiga, ialah tidak melaksanakan segala ikrar dan janji yang dibuat di
dalam sembahyang. Dalam sembahyang, berbagai-bagai ikrar dan janji
dibuat.

Diantaranya kita berikrar bahawa segala sembahyang, ibadah, hidup dan
mati hanyalah kerana Allah. Tetapi selesai sahaja sembahyang, segala
janji itu dilupakan. Buat kerja seolah-olah Tuhan itu tidak wujud atau
tidak relevan. Walau bagaimanapun, kalau kita kaji betul-betul
ketiga-tiga tafsiran di atas, kita akan dapati bahawa puncanya berbalik
juga kepada ketiadaan khusyuk.

Sekiranya seseorang itu khusyuk, khusyuk itu sudah pasti berterusan dan
akan dibawa ke dalam sembahyang. Ertinya, orang yang khusyuk dalam
hidupnya akan merasa khusyuk dalam sembahyang. Hanya apabila di dalam
sembahyang, rasa khusyuknya itu lebih subur dan lebih tajam kerana
sembahyang itu ada rukun dan disiplinnya. Bagi orang yang khusyuk, tidak
timbul masalah cuai bersembahyang hingga habis waktu kerana orang yang
khusyuk itu selalu menanti-nanti dan menunggu-nunggu waktu untuk
bersembahyang.

Menunggu sembahyang itu baginya seperti menunggu untuk bertemu kekasih.
Tidak menunaikan ikrar dan janji yang dibuat di dalam sembahyang pun
adalah berpunca dari ketiadaan khusyuk. Apabila tidak khusyuk, segala
janji yang dibuat hanyalah di lidah semata-mata. Paling tinggi, akal
mungkin turut serta dalam membuat ikrar dan janji tersebut.

Oleh itu, ikrar dan janji berkenaan dibuat tanpa komitmen dan
kesungguhan kerana hati tidak dilibatkan dan tidak dibawa bersama.
Ertinya, ikrar dan janji itu tidak dibuat dari hati. Janji yang bukan
dari hati bukanlah janji namanya. Tidak hairanlah kenapa janji hanya
tinggal janji. Khusyuk yang dituntut dari manusia bukan hanya ketika
dalam sembahyang. Tuhan bukan wujud hanya dalam sembahyang. Tuhan wujud
setiap masa dan ketika. Oleh itu, kita perlu khusyuk sepanjang masa.

Orang yang khusyuk itu ialah orang mukmin yang berjiwa Tauhid. Orang
yang rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan sentiasa mencengkam jiwa dan
hati nuraninya. Rasa-rasa ini dibawanya ke mana sahaja dia pergi.
Lebih-lebih lagilah ke dalam sembahyangnya.

Lalai dalam sembahyang pula ada beberapa peringkat seperti berikut:

1) Lalai habis .
Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada
kena mengena langsung dengan sembahyang. Ini berterusan sampai salam.
Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar
pun tidak.

2) Dalam sembahyang, ada masa lalai dan ada masa ingat dan sedar bahawa
dia sedang bersembahyang .
Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3) Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi
tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkannya .
Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.
Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati,
masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4) Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkannya di dalam
sembahyang .
Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai
mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa
dengan Tuhan. Khusyuk ialah rasa, bukan setakat tahu atau faham.

5) Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan
kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di
dalam sembahyang .
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa
dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud
sepanjang sembahyang.

6) Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa
dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain
mengikut apa yang dibaca dan dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram
hinggalah kepada salam .
Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar
khusyuk .

Sesuailah pembahagian peringkat-peringkat lalai ini dengan erti sebenar
khusyuk di dalam sembahyang. Khusyuk bukan setakat dapat menumpukan
perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi ialah dapat
menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang
berubah-ubah dalam sembahyang seperti rasa gerun, hebat, cinta, takut,
berharap kepada Tuhan dan lain-lain, maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai itu berpunca dari pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati, amat
sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa ke
dalam sembahyang. Kalau pun ada rasa, di dalam sembahyang, hanyalah ada
rasa-rasa keduniaan seperti rasa seronok baru berjumpa kawan atau rasa
takut polis saman kereta kita salah "parking" atau bimbang takut
tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya. Rasa-rasa
ini ialah rasa-rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk.

Kalau kita berjalan-jalan di dalam hutan dan keindahan hutan itu sangat
mempengaruhi hati kita hingga apabila terserempak dengan harimau pun
kita tidak sedar, dan tidak merasa takut, maka kita sebenarnya tidak
kenal harimau. Kalau kenal, sudah tentu secara spontan kita gerun dan
takut.

Begitu juga, kalau kita seronok dengan nikmat dunia ini hingga
terbawa-bawa ke dalam sembahyang sampai kehadiran Tuhan sewaktu kita
bersembahyang pun kita tidak sedar, itu tanda kita tidak kenal Tuhan dan
tidak terkesan atau terpengaruh dengan kehadiran Tuhan. Sekiranya kita
tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, kita tidak
akan dapat rasa khusyuk. Paling tinggi keyakinan dan ketauhidan kita
hanya diperingkat akal atau fikiran. Kita dikatakan orang yang
berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapatkan khusyuk . Setelah
Tuhan kita kenal, barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan
keagungan Tuhan di hati kita. Barulah kita akan dapat rasa berTuhan.
Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa
kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis yang bermaksud: "Awal-awal agama mengenal Allah."
Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita
beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk. Selagi kita tidak boleh
khusyuk, kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa
Tauhid, kita tidak akan mampu mengamal dan menegakkan syariat Islam
secara lahir dan batin. Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir
tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk. Tidak ada roh dan tidak ada
jiwa. Padahal Islam atau agama itu mesti ada lahir dan batinnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Abai, Cuai dan Lalai

Abai, Cuai dan Lalai

Marilah kita belajar memahami tiga istilah ini
Tiga istilah itu ialah abai, cuai dan lalai
Ada orang mengabaikan agama, ada orang mencuaikan agama, ada orang lalai
beragama

Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan ibadah dan syariat
Tidak fikir halal dan haram
Tidak faham rukun iman, tidak faham rukun Islam, tidak faham apakah itu
ihsan
Sekalipun dia mengaku Islam, dia tidak mempedulikan agama
Islamnya hanya keturunan, mungkin ibu dan bapanya Islam
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak mengenai Islam
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya
Itulah dia erti mengabaikan agama

Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit
Seseorang itu mengerjakan agama tapi apabila sempat sahaja
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja
Atau waktu ada mood dibuat, waktu tidak ada mood ditinggalkannya
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang, tidak sibuk
di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula
Ada orang di waktu senang dikerjakan, di waktu susah ditinggalkan
Termasuk cuai sebahagian ajaran Islam dikerjakan dan sebahagian lagi
ditinggalkan
Itulah dia erti cuai beragama

Apa erti lalai?
Erti lalai, syariat-syariat lahir semuanya dikerjakan
Orang ramai lihat dia beragama dan taat orangnya dengan Tuhan
Tapi ibadahnya tidak dihayati, bahkan setengah bacaan-bacaannya tidak
pun difahami
Tidak difahami apakah tuntutan ayat-ayat dan bacaannya yang diucapkan di
dalam ibadahnya
Termasuk juga lalai, ibadah lahirnya tidak boleh dipersoalkan, lengkap
tidak diabaikan
Namun takut dengan Tuhan tidak ada
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya tidak terasa lagi berdosa
Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya
Adakalanya dia jadi sombong dan megah dengan ibadahnya
Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai
Orang yang beribadah begini, tidak ada nur di mukanya
Adakalanya orang boleh benci melihatnya padahal dia ahli ibadah
Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya

Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan, tidak cuai dan tidak
lalai dengan agamanya
Ini orang yang selamat dan menyelamatkan dunia Akhirat
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ FOR MUSLIM ONLY!

islam Pictures, Images and Photos

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya. Wallah Hu 'aklam.

Islam Pictures, Images and Photos

Best Regards,
Nor Sahana
Admin Department_Butterworth Branch
HITACHI CONSTRUCTION MACHINERY (M) SDN BHD
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Saturday, July 25, 2009

++ Hikmah BERZIKIR..

zikir Pictures, Images and Photos

Firman Allah s.w.t maksudnya
"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar."
( al-Ahzab 35 )
Dari Rasulullah s.a.w ,
"Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga."
( H.R Muslim)
• Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
• Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
• Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
• Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
• Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
• Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
• Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
• Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
• Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
• Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
• Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
• Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
• Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
• Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
• Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
• Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
• Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya,
"ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu".

zikrullah Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ PETUA MENCUCI HATI


Bismillah..
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam