سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Thursday, January 8, 2009

++ Email dari Switzerland..I Vermiisse eu!!

Oh oh..da lama gler x dengar kabar budak nih!..
terharu2..huhu.ingatkan da x ingat aku kat sini... xpelah,
apa2 pun dia da reply email aku
da kire bersyukur le
hehe...
hmm..aku rindu bangat sama diorang le..
susah bebenor aku nak meng'expelen'kan kat korang..
(sendirik fahe udoh le..)..InsyaAllah..ade rezeki.
aku akan jumpe korang balik..
ini JANJI aku..bis bald gal!!
















Keluarga angkat yang aku sayang...

AW: gruetzi!
Marlene Rainer
PapaKhamis, 8 Januari, 2009 11:38:37
Kepada:Najibah ali

hihi cute...hab das geschenk bekommen vielen dank! aber du weisst, dass du uns kein geschenk schicken musst, hoffentlich! also ich meine, wir sind nicht böse, wenn du das nicht tust, wir haben dir ja auch keins geschickt... aber merci vielmal.
au alles gueti, machs guet, tschüüss
marlene


Von: Najibah ali
An: Marlene Rainer
Gesendet: Donnerstag, den 8. Januar 2009, 15:50:08 Uhr
Betreff: gruetzi!

hallo marlene.. wie gahts di so?? i hoffe alli isch guet :D

also, isch mini geschenkt isch scho ubercho?..

sorry fuers mini schwiitzer deuetch!..i probiere esch schribe

also i hoffe vo d bald zu hoere gal :D

alles gueti!

LB,
Najibah
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Letih..letih.....

Salam..

fuuuh!!! Alhamdulillah..aku baru je selesai isi borang UPU online...agak menyusahkan jugakler..dengan tenet yang sungguh lembab! menyebabkan kesabaran aku makin menipis.. (dah berape juta kali aku karate komputer aku nih~hmm sabo..sabo..)..so sekarang ni semua da settle tinggal nak print out dan hantar borang by hand kat uni yang aku pilih tu jer..
erm..dan sekarang aku perlu BERDOA, BERTAWAKAL & BERHARAP....

korang nak tengok x jurusan ape yang aku mohon?..kalau ye,silelah men'ngelik' pada gambar yang tertera di skrin anda tu ye! kalau xnak buat bodo je la..haha

korang tolonglah doakan sekali ye...Amiin ya Rab~!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Driving Tips

Driving in columbus Pictures, Images and Photos

In preparing for the customary "balik kampung" drive on every festive holiday, we've prepared a check-list for the do's and don'ts before you embark on the safe journey home:

  1. Stop at a designated rest area if you feel drowsy or sleepy to exchange driver or to rest for a while before continuing with the journey.
  2. Obey the speed limit. Leave early to avoid being late.
  3. Obey all traffic signages and directions.
  4. Do not overtake a blind corners or where overtaking is strictly prohibited.
  5. Do not beat the traffic lights.
  6. Seatbelts are a must.
  7. Plan your journey. Decide what rout you intend to take
  8. Be patient on the road. Avoid getting angry at the wheel. Why ruin your journey and holiday?
  9. Never overtake on the left.
  10. Do not jump queue.
  11. Bring along your list of road assistance or emergency telephone numbers in case you require any assistance along the way.
  12. Stow away safely all loose items in the car. You do not projectiles in the event.
  13. Use your indicators. Signal your intention to turn left, right or stop.
  14. When stopping the vehicle, make sure you do not leave children unattended to inside the car.
  15. Do not stop along the highway unless in an emergency. The safest place to pull over is at the designated rest areas.
  16. If it rains heavily and visibility becomes impaired, switch on the vehicle lights.
  17. Check the condition of your wipers and if required, have them replaced.
  18. Have a reflective safety triangle in the car in the event of a breakdown to warn oncoming motorists.
  19. Check the vehicle fluids level; engine oil, water and coolant, clutch and brake fluid, battery fluid, etc.
  20. Check the condition of your vehicle's clutch or auto gear and the brakes.
  21. When driving at night, stay alert and watch out for vehicles (travelling with the defective tail lights).
  22. Keep both hands on the steering wheel at all times and all eyes on the road.
  23. Monitor your engine temperature and fuel gauge periodically.
  24. Do not reverse your vehicle on the highway, if you're missed a turn off.
  25. Be sure to use the child lock function for the safety of children in the back of the car.
  26. Do not tailgate.
  27. Keep to the left unless overtaking.
  28. Make sure your home is secured.
  29. Check to make sure your have everything important or need with you (extra car keys, house keys, important documents etc)
  1. Before you leave your office or house for the long week end break, "SAFETY FIRST", please ensure that you switch off all the non-essential appliances, lightings, water taps, gas tanks and secured all entries and exits into the building including doors and windows.

    You may contact the following government agencies' hot-line services if you are in an emergency or require police assistance during the holiday:

    • Emergency Number 999
    • Bukit Aman Police Hotline at tel: 03-203....
    • Rakancop hotline 03-2115 9999 on crime related problems or SMS 32728.
    • For road information or complaint, please the JPJ Hotline at tel: 03-8886 6412
    • For any complaints on highway maintenance works or obstruction, you may call Public Work Department (PWD) toll free line at 1-800-88-5004 or SMS DAPAT (32728).

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Pelbagai Perkara Mengenai Perkahwinan

Pelamin Pictures, Images and Photos

A. Hakikat Perkahwinan

Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang! cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.

Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani.

Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya takmudah dilupakan bagi orang-orang beriman. IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami. QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.

B. Walimatul Urus

Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:

1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin

C. Hikmah Perkahwinan

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaan pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)

Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah. Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai
keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.


D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina

1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya.

2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab- sebab perzinaan.

b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.

c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu. Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).


E. Mengetahui Masa subur isteri

Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid.Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:

a. masa haid

b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.

c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid.

d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai
membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya,

minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, utk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.

Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.

Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru. hari 1 7 14 21 28 tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-


F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan


Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa.

Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan perempuan. Kesimpulannya:
"Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah.

Kekadang letaknya di sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran. Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :- Caranya :

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri. Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT.

Namun kita digalakkan berikhtiar. Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.

Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.


G. Amalan suami semasa isteri mengandung


Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.


H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,
" La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat.

Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa.

Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.

J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan

Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala.

Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat.

Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.

K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri

Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya.

Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi.

Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak

Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-

a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih
dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah
akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa. Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak

4. Panduan menamakan anak

Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...


Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam