سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, November 4, 2008

++ Bacalah utk menambah rasa cinta pd rasulullah..

Benda ni sy kira dah ramai yg baca... n mungkin dah hafal pun... tp sj je repost utk tazkirah....
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Muhammad Pictures, Images and Photos

++ ...LiVeLiFelOVe....

in love Pictures, Images and Photos

InTeReStInG~
If Xde lIfe xJdilA lIVe....
iF xJdI liVe...
CnE Nk ad loVe???
Tp kN...
BiLa LoVe HiLaNg

live laugh love Pictures, Images and Photos


KoMpEm Da Xd fEElS NK Ad LiVE..
As A ResUlT..
bYK Yg ILaNG LiFE...
SoOo....
SaYaNgI DrI AnDa...
HuhUHuu....

jGN SbB CINTA...HIDUP & NYAWA aNdA ILanG...hEhE...;)

++ Cinta vs Suka !!!!!!!!!!!!

love gif Pictures, Images and Photos
  • Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
  • Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
  • Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
  • Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
  • Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
  • Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
  • Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
  • Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
  • Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
  • Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
  • Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
  • Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
  • Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
  • Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
  • Perasaan cinta bermula dari kata.
  • Perasaan suka bermula daritelinga.
love Pictures, Images and Photos
________________________________________

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

with love Pictures, Images and Photos

++ Malaysia: Lebih 250,000 anak luar nikah sehingga 2008

Ditulis oleh Editor

Wednesday, 29 October 2008

Kuala Lumpur - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai lalu
Bernama memetik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata demikian ketika menjawab soalan R Sivarasa (PKR Subang).

Beliau berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

“Bagaimanapun mengikut Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

“Ini bermakna pihak pendaftar boleh membuat siasatan bagi mendapat maklumat yang sahih bagi tujuan pendaftaran ke atas setiap kelahiran,” katanya.

++ TAUBAT~

Tuhanku...sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMU...

namun tidak juga aku sanggup ke nerakaMU..

Tuhanku...terima taubatku...dan ampunkan dosa-dosaku...

sesungguhNya ENGKAU MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG.....

++ Mendoakan kekasih yang telah meninggal.

doa kekasih Pictures, Images and Photos

Mukadimah.

ramai orang bercinta...sebenarnya di kala bercinta...tiada sebarang hubungan yang sah antara anda dan pasangan anda...dan di kala itulah selalu sahaja dosa terhasil. itu kena ingat....jangan kata cinta itu suci jika selalu sahaja undang dosa. ianya suci jika ada ikatan yang sah sahaja....other...fikirlah sendiri...tepik dada tanya iman.

soalan:

seorang wanita yang kematian kekasih belum sempat mereka mendirikan rumahtangga. disebabkan ingatan terhadap kekasihnya masih kuat, beliau sentiasa mendoakan kesejahteraan kekasihnya itu....jadi, apakah doanya itu diterima oleh Allah?

sekarang jawapannya pula dari Ustaz Abdul Salim al-Ahmadi.

1. doa diterima atau tidak bergantung kepada keikhlasan orang yang berdoa.

2. kaedah doa juga perlu mengikut kaifiat doa.

3. dalam masalah di atas, boleh sahaja mendoakan kekasih itu, tetapi LEBIH PENTING hendaklah bertaubat dan meminta ampun kepada Allah atas segala dosa yang telah dilakukan ketika bersama kekasih itu.

4. jika ikhlas bertaubat, nescaya Allah menerima, tetapi bagi kekasih yang telah meninggal itu, sukar baginya kerana pintu taubatnya telahpun tertutup (dia telah meninggal).

5. kita boleh mendoakan orang yang telah mati untuk Allah ampunkan dosanya, tetapi itu bergantung kepada Allah dan keadilanNya untuk terima atau tidak.

6. maka perbanyaklah berbuat baik dan kebajikan dan hadiahkanlah pahala kepada arwah.

7. soal tidak mampu melupakan kekasih itu, normal...tetapi jangan disebabkan kesedihan itu menggangu kita mengingati Allah.

sekian.

wallahualam.

++ Waspada terhadap golongan sesat di kalangan umat Islam

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Oct 31, 08 | 3:32:15 pm MYT

Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan umatnya sejak empat belas abad yang lalu, iaitu satu tempoh yang agak lama, sepeninggalan baginda sebenarnya telah memberikan banyak input mengenai Islam dalam bentuk yang mudah difahami, apatah lagi umat hari ini yang boleh disifatkan sebagai golongan manusia yang mudah untuk memahami sesuatu, kerana mereka semakin cerdik.

Namun begitu, apa yang sepatutnya diharapkan dari umat ini ialah bagaimana mereka boleh menjadi individu-individu yang terbaik dalam segenap aktiviti atau agenda harian hidup mereka, kerana peluang dan kesempatan untuk mereka menggarap khazanah ilmu peninggalan baginda Rasulullah s.a.w. terbentang luas, sepatutnya mereka boleh jadi lebih baik dibandingkan umat terdahulu, sama ada di kalangan para sahabat, tabiin dan generasi selepas itu.

Tetapi apa yang dapat dilihat di kalangan umat Islam hari ini, mereka semakin menjadi lemah tidak keharuan, jumud (beku) cara berfikirnya, malah ada yang tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar, akibat tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu atau bersama dengan golongan yang mampu mengingatkan mereka kepada Allah SWT.

Benarlah apa yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w., �bahawa akan datang satu masa (dianggarkan masa itu ialah pada hari ini), ramai di kalangan umat Islam menjauhkan diri daripada golongan ulama (tidak mahu memperdalami ilmu agama), tindakan mereka itu sebenarnya telah mengundang kemarahan Allah, dan Allah timpakan tiga bala ke atas diri mereka, iaitu Allah akan menarik segala sumber keberkatan dalam usaha/pekerjaan yang dilakukan, mereka akan diperintah oleh para pemerintah yang zalim dan mereka akan meninggalkan dunia ini dengan tidak membawa walaupun secebis iman dalam diri mereka.�

Justeru, tidak hairanlah jika mereka bertindak sesuatu yang menyalahi ajaran agama Islam, akibat daripada menjauhkan diri daripada ulama yang merupakan pewaris nabi-nabi, malah mewarisi tugas, kerja, peranan nabi-nabi dalam menyampaikan kebenaran untuk menyeru manusia seluruhnya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : �Bagi orang yang mempelajari ilmu-ilmu agama, mereka akan berhadapan dengan (tiga) golongan yang mencabar keilmuan mereka, iaitu golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama, golongan yang mencipta agama baru dan golongan yang jahil tentang Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam mengikut kepala mereka.�

Jelas daripada apa yang ditegaskan oleh baginda, sesungguhnya bagi mereka yang benar-benar komited dengan Islam, berusaha untuk menyampaikannya kepada orang lain, tetapi pada masa yang sama akan berhadapan dengan golongan-golongan yang disifatkan oleh baginda sebagai anti kepada Islam yang mesti dibendung dengan apa cara sekalipun , lebih-lebih lagi golongan pemerintah.

Kenapa tidak, kerana golongan-golongan tersebut boleh memudaratkan akidah, pegangan, kepercayaan yang dianuti oleh orang-orang Islam yang lemah cara berfikirnya, dibimbangi akan mendatangkan musibah yang berpanjangan pada masa akan datang.

Kenyataan baginda di atas telah disebut seribu tahun yang lalu, tetapi ia dianggap segar dalam minda umat Islam yang sayangkan agama mereka, ini kerana golongan yang menyeleweng daripada kebenaran agama Islam lagi melampaui batas-batas agama semakin berleluasa dalam masyarakat, ia dapat dilihat dengan tindakan para pengusaha atau pengamal perfileman yang menerbitkan filem-filem yang dianggap tersasar jauh daripada kebenaran Islam dan sekaligus melampaui batas-batas agama Islam yang suci daripada sebarang bentuk penyelewengan.

Begitu juga dengan golongan yang mencipta agama baru, seperti lahirnya golongan yang mengaku menjadi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w., seperti Kahar Ahmad, Ayah pin dan lain-lain yang masih aktif dengan penyelewengan mereka yang sepatutnya dihukum sebagai terkeluar daripada agama Islam, namun penguatkuasaan ke atas mereka masih berada pada jalan buntu yang belum dirungkai.

Ini termasuk penyelewengan golongan yang cuba mentafsirkan Islam, sedangkan mereka sebenarnya jahil mengenainya, ia dapat dilihat seperti tindakan golongan liberisme, pluralisme, �sisters in Islam� dan lain-lain yang jelas menunjukkan kejahilan mereka mengenai Islam, tetapi cuba mentafsirkan Islam yang jelas menyimpang jauh daripada landasan Islam sebenar.

Yang dibimbangkan, jika golongan-golongan berkenaan tidak dibendung dengan kadar segera oleh pihak berkuasa, lambat laun akan mempengaruhi umat khususnya di kalangan golongan remaja yang longgar ikatan dan hubungan mereka dengan Islam, kerana golongan-golongan berkenaan tidak pernah berdiam diri daripada berperanan untuk menyatakan pandangan mereka mengenai Islam mengikut acuan mereka yang tidak selari dengan islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. _

++ Lelaki Idaman

muslimin Pictures, Images and Photos


Seorang lelaki yang aku idamkan

  • Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
  • Biarlah dia seorang yang buta
  • Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
  • Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
  • Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
  • Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya
  • Biarlah dia seorang bisu
  • Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
  • Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
  • Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
  • Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
  • Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
  • Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
  • Dan lantang menyuarakan kebenaran
  • Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
  • Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
  • Pada wanita yang bukan mahramnya
  • Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
  • Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
  • Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
  • Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
  • Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
  • Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
  • Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
  • Kembali megah di muka bumi
  • Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
  • Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
  • Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
  • Papa memiliki akhlak mazmumah
  • Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
  • Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
  • Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
  • Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
  • Dia mahu menjadi seorang syuhada
  • Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...


Masih adakah lelaki idaman itu??

Renung-renungkanlah~...

++ Adab bila kita bertamu atau pergi menziarahi rumah orang lain.

adakah rumah sudahpun terbuka? Pictures, Images and Photos
Sekadar gambar hiasan

Hadis riwayat Abu Musa Al-Asy`ari ra. bahwa:

Ketika Abu Musa datang kepada Umar bin Khathab, ia mengucap: Assalamu`alaikum, ini Abdullah bin Qais, tetapi tidak ada jawaban, maka sekali lagi ia mengucap:
Assalamu`alaikum, ini Abu Musa. Assalamu`alaikum ini Al-Asy`ari. Ketika ia berbalik hendak pulang, Umar muncul dan berkata: Kembali! Kembalilah kemari! Setelah Abu Musa ra. datang, Umar bertanya: Hai Abu Musa ra.! Mengapa engkau cepat-cepat hendak pulang? Kami sedang melakukan suatu pekerjaan. Abu Musa ra. berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Minta izin itu tiga kali. Jika engkau mendapat izin, maka engkau boleh masuk tetapi kalau tidak, maka pulanglah.

(Shahih Muslim No.4010)

Hadis riwayat Sahal bin Saad As-Saidi ra.:

Bahwa seorang lelaki mengintip pada lubang pintu Rasulullah saw. Ketika itu Rasulullah saw. membawa sisir yang beliau gunakan untuk menggaruk kepala. Pada waktu Rasulullah saw. melihat orang itu, beliau bersabda: Seandainya aku tahu engkau memandangku tentu aku tusukkan sisir ini ke matamu. Rasulullah saw. juga bersabda: Sesungguhnya disyariatkan minta izin itu (memasuki rumah) hanyalah untuk menghindari penglihatan.

(Shahih Muslim No.4013)

note: bagi salam dan jangan mengintai-ngintai ke dalam rumah orang, anda sebagai tetamu dan bukannya pencuri atau penyangak.

Wallahualam.

++ Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.

Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah.

Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.
“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.
“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.
“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”

Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”
“Saya menyembah Allah adalah keranaNya.

Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”

Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.

2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.

3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.

Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.

3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?

4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini?

Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pertama kali saya membaca kisahnya, pening kepala. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.

Wallahu ’alam..

(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)

++ Nasihat tidak didengar

duhai sahabat Pictures, Images and Photos

Mukadimah:
bermacam manusia kita jumpai setiap hari, ada perangai baik....ada perangai macam hantu (pernah jumpa ke?). jadi kadang kala kita perlu juga sound (bahasa kasarnya) atau nasihat (bahasa orang budiman) supaya orang sekeliling kita dalam keadaan baik dan diredhaiNya.
ingat tu, nasihat menasihati itu tanggungjawab kita, takut nanti orang sekeliling kita tuntut dari kita di akhirat kelak sebab kita semasa hidup tidak pernah menasihatkannya ketika dia buat jahat...bukankah manusia itu dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi...apa ingat khalifah tugasnya butakan mata, pekakkan telinga dan bisukan mulut? buat hal sendiri, nafsu nafsi dan fikir kubur masing-masing?..amboiii... (maaf...terkasar bahasa...kurang budiman pulak rasanya)

persoalannya:

di asrama, saya selalu menasihati junior, tetapi selalunya mereka akan menmpermain-maikan nasihat dan mengejek saya. kadang kala saya melawan kata-kata mereka kerana terasa sakit hati. di manakah silapnya hingga terjadi begini?

jawapannya pula dari Ustaz Abu Salim al-Ahmadi:

1. ajak orang kepada kebaikan adalah usaha yang murni dan patut dilakukan setiap orang. namun tidak semua orang mampu mengajak seseorang melakukan kebaikan. ianya mengikut watak yang sedia ada pada orang tersebut. namun begitu bagi orang yang mempunyai watak pendakwah, perlulah diasuh dan dibimbing agar matlamatnya tercapai.

2. untuk mencapai matlamat dakwah, mahupun nasihat, Allah berikan garis panduan dalam Surah an-nahl: 125:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[*] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

[*].maksud Hikmah dalam konteks ayat ini ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil.

3. bijaksana atau hikmah dalam istilah arab bererti sesuatu yang dilaksanakan secara terancang dan berstrategi yang halus.

4. jika anda ada keinginan menasihatkan orang lain, tentu anda ada perwatakan pendakwah, tetapi oleh kerana kurang bimbingan, kurang berhikmah pada watak itu, usaha anda mengajak kepada kebaikan akhirnya membuahkan rasa benci pula.

5. Sebaliknya untuk mendidik watak berkenaan, kurangkanlah bercakap tetapi perbanyakkan berkerja iaitu dengan selalulah bergaul dengan orang yang mempunyai watak yang sama dengan kita (watak sebagai pendakwah). pelajari kaedah mereka, cara mereka dan paling penting latihlah diri untuk bersabar dengan karenah manusia. latihan ini bukan dapat beri kesan dalam sehari dua tetapi perlu konsisten dan makan masa...barulah terbina kesabaran itu.

6. senitasa berdoa minta pertolongan dengan Allah.lakukan selalu dan jangan sesekali jemu dan putus harapan pada Allah. dan berjinak-kjinaklah dengan mereka (yang degil tu) dan berikan sebarang bantuan yang boleh mengembirakan mereka. setelah kasih sayang terjalin erat maka ajaklah mereka agar melakukan amalan yang baik (jika yang malas solat tu ajak solat). ajakan perlu ada kasih sayang (bukan terus kata hang tak solat hang masuk neraka noo")

7. paling penting, jika ajakan anda itu tidak berjaya mengubah mereka, jangan bersedih dan jangan putus asa dan jangan sesekali menyakiti hati mereka. kita perlu tahu bahawa usaha yang dijalankan itu walaupun tidak berjaya mengubah orang lain tetapi Allah sudah menilainya sebagai amalan kebaikan, maknanya pahala tetap ada dan kita tidak rugi apa-apa. yang rugi mereka yang degil tidak mahu berubah.
tambahan dari hadis:

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan gangguan mereka lebih baik daripada yang tidak bergaul dengan mereka dan tidak sabar dengan gangguan mereka." Riwayat Ibnu Majah dengan sanad hasan. Hadits tersebut ada dalam riwayat Tirmidzi, namun ia tidak menyebut nama dari sahabat.

Wallahua' lam..

forgive Pictures, Images and Photos

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam