سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, July 27, 2009

++ Lalai Dalam Sembahyang

solat Pictures, Images and Photos

Tuhan ada berfirman di dalam Al-Quran yang lebih kurang maksudnya,
"Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai
dalam sembahyangnya. "

Terdapat banyak tafsir dan kupasan tentang maksud "lalai" dalam
ayat ini.
Maksud pertamanya ialah cuai bersembahyang hingga habis waktunya.
Sembahyang itu sama ada diqadhakkan sahaja ataupun ditinggalkan terus.

Maksud "lalai" yang kedua ialah tidak khusyuk dalam sembahyang.
Iaitu tidak hadir hati dalam sembahyang. Dalam sembahyang teringat
perkara-perkara di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena dengan
sembahyang. Malahan, bukan sahaja tidak hadir hati dalam sembahyang,
maksud perbuatan dan lafaz dalam sembahyang pun tidak diketahui atau
difahami. Jauh sekalilah untuk dihayati atau dijiwai.

Ketiga, ialah tidak melaksanakan segala ikrar dan janji yang dibuat di
dalam sembahyang. Dalam sembahyang, berbagai-bagai ikrar dan janji
dibuat.

Diantaranya kita berikrar bahawa segala sembahyang, ibadah, hidup dan
mati hanyalah kerana Allah. Tetapi selesai sahaja sembahyang, segala
janji itu dilupakan. Buat kerja seolah-olah Tuhan itu tidak wujud atau
tidak relevan. Walau bagaimanapun, kalau kita kaji betul-betul
ketiga-tiga tafsiran di atas, kita akan dapati bahawa puncanya berbalik
juga kepada ketiadaan khusyuk.

Sekiranya seseorang itu khusyuk, khusyuk itu sudah pasti berterusan dan
akan dibawa ke dalam sembahyang. Ertinya, orang yang khusyuk dalam
hidupnya akan merasa khusyuk dalam sembahyang. Hanya apabila di dalam
sembahyang, rasa khusyuknya itu lebih subur dan lebih tajam kerana
sembahyang itu ada rukun dan disiplinnya. Bagi orang yang khusyuk, tidak
timbul masalah cuai bersembahyang hingga habis waktu kerana orang yang
khusyuk itu selalu menanti-nanti dan menunggu-nunggu waktu untuk
bersembahyang.

Menunggu sembahyang itu baginya seperti menunggu untuk bertemu kekasih.
Tidak menunaikan ikrar dan janji yang dibuat di dalam sembahyang pun
adalah berpunca dari ketiadaan khusyuk. Apabila tidak khusyuk, segala
janji yang dibuat hanyalah di lidah semata-mata. Paling tinggi, akal
mungkin turut serta dalam membuat ikrar dan janji tersebut.

Oleh itu, ikrar dan janji berkenaan dibuat tanpa komitmen dan
kesungguhan kerana hati tidak dilibatkan dan tidak dibawa bersama.
Ertinya, ikrar dan janji itu tidak dibuat dari hati. Janji yang bukan
dari hati bukanlah janji namanya. Tidak hairanlah kenapa janji hanya
tinggal janji. Khusyuk yang dituntut dari manusia bukan hanya ketika
dalam sembahyang. Tuhan bukan wujud hanya dalam sembahyang. Tuhan wujud
setiap masa dan ketika. Oleh itu, kita perlu khusyuk sepanjang masa.

Orang yang khusyuk itu ialah orang mukmin yang berjiwa Tauhid. Orang
yang rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan sentiasa mencengkam jiwa dan
hati nuraninya. Rasa-rasa ini dibawanya ke mana sahaja dia pergi.
Lebih-lebih lagilah ke dalam sembahyangnya.

Lalai dalam sembahyang pula ada beberapa peringkat seperti berikut:

1) Lalai habis .
Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada
kena mengena langsung dengan sembahyang. Ini berterusan sampai salam.
Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar
pun tidak.

2) Dalam sembahyang, ada masa lalai dan ada masa ingat dan sedar bahawa
dia sedang bersembahyang .
Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3) Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi
tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkannya .
Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.
Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati,
masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4) Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkannya di dalam
sembahyang .
Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai
mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa
dengan Tuhan. Khusyuk ialah rasa, bukan setakat tahu atau faham.

5) Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan
kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di
dalam sembahyang .
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa
dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud
sepanjang sembahyang.

6) Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa
dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain
mengikut apa yang dibaca dan dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram
hinggalah kepada salam .
Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar
khusyuk .

Sesuailah pembahagian peringkat-peringkat lalai ini dengan erti sebenar
khusyuk di dalam sembahyang. Khusyuk bukan setakat dapat menumpukan
perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi ialah dapat
menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang
berubah-ubah dalam sembahyang seperti rasa gerun, hebat, cinta, takut,
berharap kepada Tuhan dan lain-lain, maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai itu berpunca dari pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati, amat
sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa ke
dalam sembahyang. Kalau pun ada rasa, di dalam sembahyang, hanyalah ada
rasa-rasa keduniaan seperti rasa seronok baru berjumpa kawan atau rasa
takut polis saman kereta kita salah "parking" atau bimbang takut
tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya. Rasa-rasa
ini ialah rasa-rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk.

Kalau kita berjalan-jalan di dalam hutan dan keindahan hutan itu sangat
mempengaruhi hati kita hingga apabila terserempak dengan harimau pun
kita tidak sedar, dan tidak merasa takut, maka kita sebenarnya tidak
kenal harimau. Kalau kenal, sudah tentu secara spontan kita gerun dan
takut.

Begitu juga, kalau kita seronok dengan nikmat dunia ini hingga
terbawa-bawa ke dalam sembahyang sampai kehadiran Tuhan sewaktu kita
bersembahyang pun kita tidak sedar, itu tanda kita tidak kenal Tuhan dan
tidak terkesan atau terpengaruh dengan kehadiran Tuhan. Sekiranya kita
tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, kita tidak
akan dapat rasa khusyuk. Paling tinggi keyakinan dan ketauhidan kita
hanya diperingkat akal atau fikiran. Kita dikatakan orang yang
berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapatkan khusyuk . Setelah
Tuhan kita kenal, barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan
keagungan Tuhan di hati kita. Barulah kita akan dapat rasa berTuhan.
Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa
kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis yang bermaksud: "Awal-awal agama mengenal Allah."
Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita
beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk. Selagi kita tidak boleh
khusyuk, kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa
Tauhid, kita tidak akan mampu mengamal dan menegakkan syariat Islam
secara lahir dan batin. Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir
tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk. Tidak ada roh dan tidak ada
jiwa. Padahal Islam atau agama itu mesti ada lahir dan batinnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Abai, Cuai dan Lalai

Abai, Cuai dan Lalai

Marilah kita belajar memahami tiga istilah ini
Tiga istilah itu ialah abai, cuai dan lalai
Ada orang mengabaikan agama, ada orang mencuaikan agama, ada orang lalai
beragama

Apakah erti mengabaikan agama?
Mengabaikan agama tidak melaksanakan ibadah dan syariat
Tidak fikir halal dan haram
Tidak faham rukun iman, tidak faham rukun Islam, tidak faham apakah itu
ihsan
Sekalipun dia mengaku Islam, dia tidak mempedulikan agama
Islamnya hanya keturunan, mungkin ibu dan bapanya Islam
Atau mungkin juga dia tahu sedikit sebanyak mengenai Islam
Kerana pengaruh dunia dia tidak mengerjakannya
Itulah dia erti mengabaikan agama

Apakah erti cuai?
Cuai ini agak baik sedikit
Seseorang itu mengerjakan agama tapi apabila sempat sahaja
Jika tidak sempat ditinggalkan sahaja
Atau waktu ada mood dibuat, waktu tidak ada mood ditinggalkannya
Mungkin dikerjakan juga agama di waktu lapang, tidak sibuk
di waktu sibuk atau sakit ditinggalkan pula
Ada orang di waktu senang dikerjakan, di waktu susah ditinggalkan
Termasuk cuai sebahagian ajaran Islam dikerjakan dan sebahagian lagi
ditinggalkan
Itulah dia erti cuai beragama

Apa erti lalai?
Erti lalai, syariat-syariat lahir semuanya dikerjakan
Orang ramai lihat dia beragama dan taat orangnya dengan Tuhan
Tapi ibadahnya tidak dihayati, bahkan setengah bacaan-bacaannya tidak
pun difahami
Tidak difahami apakah tuntutan ayat-ayat dan bacaannya yang diucapkan di
dalam ibadahnya
Termasuk juga lalai, ibadah lahirnya tidak boleh dipersoalkan, lengkap
tidak diabaikan
Namun takut dengan Tuhan tidak ada
Begitu juga cintakan Tuhan tidak ada di dalam jiwanya
Rasa kehambaannya tidak ada di dalam perasaannya
Kerana tertipu dengan ibadah lahirnya tidak terasa lagi berdosa
Hatinya rasa selamat kerana ibadahnya
Adakalanya dia jadi sombong dan megah dengan ibadahnya
Itulah dia di antara gambaran orang yang lalai
Orang yang beribadah begini, tidak ada nur di mukanya
Adakalanya orang boleh benci melihatnya padahal dia ahli ibadah
Dia termasuk orang yang tertipu di dalam ibadahnya

Orang yang bertaqwa itu ialah tidak mengabaikan, tidak cuai dan tidak
lalai dengan agamanya
Ini orang yang selamat dan menyelamatkan dunia Akhirat
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ FOR MUSLIM ONLY!

islam Pictures, Images and Photos

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya. Wallah Hu 'aklam.

Islam Pictures, Images and Photos

Best Regards,
Nor Sahana
Admin Department_Butterworth Branch
HITACHI CONSTRUCTION MACHINERY (M) SDN BHD
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Saturday, July 25, 2009

++ Hikmah BERZIKIR..

zikir Pictures, Images and Photos

Firman Allah s.w.t maksudnya
"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar."
( al-Ahzab 35 )
Dari Rasulullah s.a.w ,
"Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga."
( H.R Muslim)
• Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
• Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
• Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
• Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
• Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
• Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
• Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
• Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
• Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
• Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
• Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
• Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
• Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
• Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
• Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
• Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
• Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya,
"ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu".

zikrullah Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ PETUA MENCUCI HATI


Bismillah..
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Friday, July 24, 2009

++ Bacalah surah YASSIN

SUrah Yaasin Pictures, Images and Photos

BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.


2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.


4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.


5. Jika terpenjara akan dibebaskan.


6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya..


8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.


9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.


10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya..


11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Y assin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.


12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima s u ratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan n ikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa ' at kepada manusia lain... -------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Thursday, July 23, 2009

++ Do you speak Englisch? Lustig!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

saf dalam solat Pictures, Images and Photos

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau
lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti
mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar
memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama,
peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu
ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh
semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk
belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si
gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak
sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh
menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai
wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan
ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi
gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja
tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu
menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu
boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.

Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus
teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan
sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain
keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada
beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan
al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang
rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita
perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi
imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika
wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Solat Teraweh Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ SubhanaAllah... Wala illaha ilallah..

rejab Pictures, Images and Photos

Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”
(Q.S. An-Najm: 13-18).
Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu.

Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

so saudara dan saudari muslim ku .. marilah dirikanlah solat 5 waktu .. dan dirikanlah dengan keihklasanmu pada yang Maha Esa.. khusyuklah dan awalkanlah waktu solatmu. mudah2an Redha dan Rahmat ada pada kita yang bersungguh melakukan ibadah.

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ ISRA' MI'RAJ

isra mikraj Pictures, Images and Photos

ISRAK dan Mikraj adalah peristiwa luar biasa, melangkaui pancaindera manusia tetapi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai langit dan bumi.

Mungkin bagi sesetengah orang, ia dianggap karut dan tidak logik atau dongeng tetapi bagi umat Islam, mereka wajib mempercayai peristiwa itu.

Malah, ulama mencapai kata sepakat, orang Islam yang meragui atau tidak mempercayainya adalah terkeluar dari Islam.

Peristiwa itu dirakamkan dalam al-Quran. "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (al-Isra':1)
Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Daripada riwayat menceritakan beberapa liku kejadian dialami baginda, tidak kurang dengan kejadian aneh bermula dari awal.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.
Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah.'

Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.
Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.
Sampai di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan melakukan solat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bercucuk tanam, terus menuaikan hasil tanaman.
Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Apabila ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di langit pertama Nabi bertemu dengan Nabi Adam a.s. Baginda diperlihatkan roh syuhada di sebelah kanan Nabi Adam dan roh manusia yang rugi di sebelah kirinya.

Selepas itu, di langit kedua baginda bertemu Nabi Yahya dan Nabi Isa, di langit ketiga dipertemukan dengan Nabi Yusuf, di langit keempat bersama Nabi Idris dan di langit kelima dengan Nabi Harun, yang turut mengucapkan salam kepadanya.
Tiba di langit keenam baginda berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh.
Di langit ketujuh Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.

Kemudian, dari langit ketujuh Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas, iaitu Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.
Nabi s.a.w diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis, malah baginda juga diperlihatkan malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenar.
Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja, selepas melalui permintaan berulang kali atas usul Nabi Musa.

Rasulullah kembali ke Masjidil Haram di Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.
Antara tanda kebesaran diperlihatkan kepada baginda ialah kehebatan perjalanan itu yang hanya mengambil waktu semalaman, menggunakan kenderaan Buraq yang tidak pernah dikenali manusia.
Kehebatan perjalanan itu sukar dimengertikan akal manusia. Tetapi yang nyata itulah bukti kekuasaan Allah yang mencabar keimanan manusia untuk menerima dengan sepenuh hati.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ What is Ramadhan & What do peoples think about it.. ♥



A nice video about Ramadhan that i remake from u tube.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Thursday, July 9, 2009

++ Siri Tip Berjaya dengan Ramadhan oleh Saudara Fazrul Ismail

ahlan ramadhan Pictures, Images and Photos

Insha-allah dari semasa ke semasa saya akan berkongsi tip untuk berjaya dalam Ramadhan yang bermula 21 Ogos 2009 Insha-Allah. Tip Berjaya dengan Ramadhan mengandungi:

1) Persediaan untuk menyambut Ramadhan
2) Pengetahuan mengapa Ramadhan amat penting untuk kejayaan
3) Apa yang boleh dibuat agar Ramadhan tahun ini adalah terbaik buat anda.

Jika anda ada cadangan, pertanyaan dan sebagainya, sila kongsikan. Kita sama-sama mencari usaha ke arah Berjaya dengan Ramadhan.

21 Ogos 2009 Insha-allah bermula Ramadhan. Ada sekitar 38 hari untuk bersedia. Perlukah bersedia? Ia bergantung kepada sejauh mana anda menghargai Ramadhan.

Ada yang anggap Ramadhan bulan bisnes kurang
Ada yang anggap bulan Ramadhan bulan keletihan
Ada yang anggap bulan Ramadhan bulan yang ceria
Ada yang anggap bulan Ramadhan bulan beribadat dan lupakan kerja

Apa pendapat anda tentang bulan Ramadhan? Sila kongsikan.

Ada yang berpendapat, Ramadhan jauh lagi. Kalau nak bersedia, siap sedia mungkin 1 minggu sebelum masuk Ramadhan. Yang perlu disediakan ialah 'bagaimana untuk menghadapi saat Ramadhan nanti'.Ada yang bersedia 'bagaimana nak pastikan jualan Raya tidak ketinggalan'. Ini lebih parah.

Mengapa perlu sedia lebih awal?
Ramadhan adalah bulan latihan. Ramai yang masuk pusat latihan tanpa persediaan cukup sehinggakan banyak masa awal latihan dihabiskan untuk 'ice breaking' atau membetulkan psikologi diri. Pelatih lain sudah rasa isinya, manakala pelatih tidak bersedia termangu-mangu dengan apa yang perlu dibuat. Ada pula yang tidak bersedia mengikut latihan kerana dirasakan ia sukar dan memerlukan komitmen tinggi. Rindu pada keluarga.

Tanpa persediaan masuk latihan Ramadhan, ada yang termangu-mangu apa yang perlu dibuat ketika Ramadhan. Ada yang 'tidak dapat menerima hakikat' bahawa beliau perlu berpuasa. Perlu ubah cara hidup. Tidak ada borak-borak makan pagi, borak minum pagi (selepas makan pagi), borak tengahari, borak minum teh dan borak makan malam! Masih rindukan goreng pisang panas waktu petang.

Kejayaan pada Ramadhan bermula dari sekarang.


Bina kejayaan-kejayaan kecil
Individu yang berjaya akan membina kejayaan-kejayaan kecil sebelum menuju ke arah target utama. Latihan Ramadhan membuka peluang kita mendapat ijazah takwa. Tidak ramai yang berjaya mendapatnya, kecuali lapar dan dahaga.

Untuk mendapat kejayaan ijazah taqwa, kita perlu sedar apa erti taqwa. Taqwa ialah sedar kepada Allah (God conscious) hasil dari ibadah puasa. Bagaimana mendapatkan ijazah itu? Kita perlu bina sedikit demi sedikit dari sekarang. Tidak mungkin kita mencapai kejayaan besar kalau kejayaan kecil tidak pernah kita rasa dan rancang.

Apa yang perlu disediakan?

Bergantung apakah yang anda ingin capai dalam Ramadhan. Ada ijazah taqwa kelas pertama. Ada ijazah kelas dua. Ada kelas tiga. Diri kita yang memilih. Makin banyak kemahiran yang anda dapat dari latihan ini, makin tinggi darjah ijazah ini. Ijazah ini memberi kesan kepada kehidupan anda selepas Ramadhan.

Kalau seseorang ada ijazah Ramadhan, hidupnya selepas Ramadhan berubah. Lebih teratur, baik dan produktif berbanding sebelum Ramadhan. Tanpa ijazah ini - walaupun ikut latihan Ramadhan - perangai lebih kurang sama sahaja.

Dengan ijazah, perkataan sudah terkawal. Tanpa ijazah, perkataan masih penuh basa-basi.
Dengan ijazah, amalan bertambah dan istiqamah. Tanpa ijazah, amalan tak bertambah. Ada yang makin susut.
Dengan ijazah, diri lebih merendah diri tetapi yakin. Tanpa ijazah, diri yakin tapi penuh kebongkakan.
Dengan ijazah, diri lebih rindu pada Ramadhan. Tanpa ijazah, diri ingin menjauhi Ramadhan.

Aspek yang akan kita bincangkan:

1) Aspek fizikal (tubuh badan)
2) Aspek minda
3) Aspek emosi diri
4) Aspek sosial
5) Aspek kewangan dan harta
6) Aspek amalan dan spiritual

Ada cadangan ?

Apa kesan tidak bersedia secara fizikal?

1) asyik sakit perut dan gastrik di awal Ramadhan
2) pening-pening di awal Ramadhan
3) cepat tergoda dengan melihat sebarang makanan

Bagaimana kita boleh bersedia?

1) Puasa sunat Isnin dan Khamis. Ia menyiapkan diri kita dengan puasa setiap hari di bulan Ramadhan. Tubuh kita akan beradaptasi dengan suasana puasa lebih awal. Jika tidak biasa berpuasa, hari-hari awal Ramadhan penuh denan sakit perut atau mungkin pening-pening. Datang pejabat pun dengan muka yang layu dan kusam.

2) Kita kurangkan makan. Mana yang boleh dikurangkan, kita kurangkan.

3) Kurangkan 'masa minum'. Kekadang apabila sampai pejabat, ada yang sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum teh petang dan minum sebelum balik kerja! Kurangkan... kerana bulan puasa nanti hanya ada minum sahur dan makan malam.

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk bersedia aspek fizikal.

Dalam sirah dan Quran, Fasa Mekah menekankan aspek tauhid, akhirat dan beberapa perkara lain. Ada orientalis menyatakan Rasul 'menulis' Quran dengan perasaan 'pesimis' kerana asyik bercerita pasal akhirat di Mekah. Padahal Stephen R Covey dan ramai lagi pakar motivasi meletakkan ciri ini untuk berjaya: Begin with the end in mind. Maksudnya, untuk berjaya buat sesuatu perkara, fikir yang hujung dahulu. Akhirat.

Jika kita ingin menuju ke syurga Allah yang tinggi, ia adalah kejayaan besar. Kejayaan besar tidak mungkin berlaku tanpa ada kejayaan-kejayaan kecil. Berjaya dengan Ramadhan tahun ini adalah persediaan untuk kita memperoleh kejayaan besar di sana.

Jika anda anda ingin berjaya dalam Ramadhan ini, kita perlu bayangkan apakah yang ingin dicapai. Letakkan azam untuk melaksanakan perkara tersebut. Azam itu mungkin berbeza antara satu sama lain.

Apakah azam Ramadhan anda tahun ini? Fikir-fikirkan. Tanpa azam yang jelas, ia akan menyebabkan Ramadhan yang akan dilalui tidak menjadikan kita 'excited'.

Berikut ialah antara azam yang boleh anda bina:

1) Ingin jaga perkataan. Kerana lidah tidak bertulang ini antara sebab utama ramai diazab Allah. Banyakkan perkataan Subhanallah dan zikir, berbanding perkataan sia-sia.

2) Banyakkan membaca al-Quran dengan maknanya. Ada yang ingin habiskan 30 juzuk QUran ketika Ramadhan. Tahniah. Lebih penting ialah faham isi kandungannya. Kalau khatam 5 kali dalam Ramadhan tapi tak faham apa pun, ia adalah kerugian. Usahakan membaca erti dan tafsirnya.

3) Membetulkan gaya berfikir. Ramai yang menyambut Ramadhan dengan beribadah. Tapi ramai yang tidak sedar tafakur ialah ibadah. Apa kata Ramadhan ini belajar apa erti ekonomi, sosial, keluarga, politik dan banyak lagi dalam perspektif al-Quran. Lepas Ramadhan, anda bukan lagi yang berdegar memperjuangkan tauhid tapi tempias modernisme dan postmodernisme menjadi amalan. Dan ini cabaran umat Islam sekarang.

Siri sebelum ini saya mencadangkan 3 azam yang boleh dibina. Jika kita merujuk kepada Madaarij us Saalikin yang ditulis oleh Ibn Qoiyim al-Jauziyyah, ada 4 tahap untuk mencapai azam. Azam ini akan memenuhi usaha untuk mendekatkan diri pada Allah (ibadah) dan mendapat pertolongan dari-Nya (istianah).

1) Yaqazah - kesedaran
2) Fikrah – pemikiran/ilmu
3) Baseerah - kejelasan
4) Azam – nekad dan tekad

Azam dalam bahasa Melayu berasal dari perkataan bahasa Arab. Nabi Ulul Azmi ada 5 – kerana mereka mempunyai tahap keazaman yang kuat dalam mengharungi pelbagai cabaran kaumnya.

Nabi Ulul Azmi tersebut ialah:
1) Nabi Nuh
2) Nabi Ibrahim
3) Nabi Musa
4) Nabi Isa
5) Nabi Muhammad

Menurut Eltigani AbdelGadir Hamid, Allah memusnahkan kaum tidak beriman untuk digantikan dengan orang beriman pada era nabi-nabi awal seperti Nabi Nuh, Hud, Salih, Lut dan Shuaib. Namun bermula era Nabi Yusuf dan secara lebih jelas daripada Nabi Musa hingga sekarang, Allah tidak memusnahkan tetapi menggantikan antara satu kaum dengan kaum yang lain (antara yang beriman dengan yang tidak beriman).

Apabila individu tidak beriman melaksanakan tugas untuk berada di atas, mereka akan mengawal dunia. Apabila orang beriman melaksanakan tugas dengan asas iman yang menyuluh dalam niat, tutur kata dan amal, Allah akan menggantikan kaum tidak beriman. Hanya dengan azam yang kuat, iman itu akan membawa seseorang berjaya di peringkat diri mahupun tamadun.

Proses penggantian ini melibatkan aspek fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Ramadhan adalah bulan untuk mendidik fizikal, intelek, emosi dan spiritual.

Jika dirujuk kepada tahap yang dinyatakan oleh Ibn Qoiyim, tanpa fikrah atau minda yang mantap, seseorang tidak mampu mencapai kejelasan serta azam. Tanpa kejelasan dan azam, individu Muslim tidak mampu beribadah dengan baik dan mendapat pertolongan dari-Nya untuk berjaya secara total.

Apa yang perlu dibuat dalam Ramadhan ini? Kaji manual untuk memajukan diri kita – al-Quran. Antaranya:

1) Baca al-Quran
2) Kaji maksud al-Quran
3) Cari tafsir dan dengar kuliah tafsir agar emosi kita terbangkit.
4) Emosi yang bangkit itu akan mendatangkan kemanisan iman.

Dengan kemanisan iman itu, kita akan keluar bulan Ramadhan dengan keceriaan dan persediaan untuk meneruskan ruuh Ramadhan. Tanpa kefahaman al-Quran, minda kita akan mudah dikalahkan oleh ideologi songsang dari puak tidak beriman.

no evil Pictures, Images and Photos

Wallahua'lam.. :) Kejayaan pada Ramadhan bermula dari sekarang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam