سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, February 13, 2009

++( أول الليلة في القبر ) MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi
dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?


Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.
(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ TAUBAT(KISAH SEORANG LELAKI YG MEMBUNUH 99 ORANG)

taubat Pictures, Images and Photos

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِي
أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ لَا فَقَتَلَهُ فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ نَعَمْ وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللَّهَ فَاعْبُدْ اللَّهَ مَعَهُمْ وَلَا تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ فَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلًا بِقَلْبِهِ إِلَى اللَّهِ وَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ فَقَالَ قِيسُوا مَا بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ لَهُ فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي أَرَادَ فَقَبَضَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ.
-رواه مسلم فى بَاب قَبُولِ تَوْبَةِ الْقَاتِلِ وَإِنْ كَثُرَ قَتْلُهُ

doa taubat Pictures, Images and Photos

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?

Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia.

Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan.

Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat.

Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.
(HADIS RIWAYAT MUSLIM).

- Bab Taubat Pembunuh Tetap Diterima Walaupun Telah Ramai Orang Yang Menjadi Mangsanya.

http://mujahidfillah.blogspot.com/

taubat Pictures, Images and Photos-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Friendship - Tips For A Special Relationship!

Photobucket

F
RIENDSHIP : Tips For A Special Relationship
www.iluvislam.com

Friendship is a most beautiful thing happened to human being. We all meet some people with whom we never had a kinship, but they become so special in our life that it becomes hard to live without them. Let us see some points we should consider while playing a role in friendship. Many poets have described friendship as one of the most fascinating bond we ever make in our life. It's the most beautiful thing that happens to us.

Friendship is a relation that is entirely based on trust, belief of two friends in each other. We come across many things in our lives, about which we do not tell anything to people near and dear to us, but we freely tell everything to our friends. Many people find good friends but they fail to continue with their friendship, because they do not know their role as a friend.

Let us see some important points that we should take care of if we wish to be good friend for someone:

Be a secrete admirer of your friend:
If your friend is good at something then do not praise him/her in his/her presence. Praising a person for what he/she is good, does not improve his/her qualities, but can cause over-confidence to be induced in him/her, which surely will be harmful for your friend. A good friend should never miss an opportunity to praise his/her friend in front of others when he/she is not around.

Don't proved him/her wrong in public:
As it is important not to praise a friend openly in his/her presence, it is also very much important to abstain from proving him/her wrong in front of other people. Take him/her away from the crowd and let him/her know where he/she is wrong. There is no point in proving your friend wrong in other's presence; it will spoil your friend's image in other's view. And additionally your friendship will be in danger.

Doa Buat Sahabat Pictures, Images and Photos

Try to understand your friend:

It is always important to understand what your friend is worried about or what problems he/she is facing. Always try to understand the situation your friend is in and try to soothe him/her. It is evident that if people are undergoing some problems, they will not speak up their problems to their brothers or sisters, they will instead tell everything to their friends. Let your friend speak up, just listen to him/her and be with him/her until your friend does not come out of frustration.

Pull Your Friend Away From Making Mistakes:

If your friend is doing something wrong, it is your duty to let him/her know it at earliest. Keep in mind; best friend has to play a role of critic if he/she wants his/her friend to stop doing wrong things. But again keep in mind not to show your friends mistakes in front of other people. Sometimes it is important to understand your friend's intentions behind his/her actions and try to analyze situation, then only you should give your opinion.

The Ego Problem:
Never let ego spoil your friendship. It is no reason to be jealous if your friend is not at all able to speak to you and is with someone else, you have to be his/her friend, do not expect word of gratitude from the person you think is your friend. Sometimes there could be a clash between you and your friend, and you both stop talking to each other for some time, it is not at all wrong to speak first and say sorry to your friend, no matter what happens.

Try to Teach Good Things:
If you are a true friend, you should never give your hungry friend a fish, instead, you should teach him/her how to fish, this will give your friend food for lifetime. A good friend will never wish his/her friend to be dependent on someone.

Do Not Interfere:
Most important point that one should take care of is that your friend has his/her own life and you should not interfere in his/her life. You have a right to tell your friend what is good and what is bad, but you do not have a right to make someone do what you wish. Hope this will help you out solve some of your problems you are facing in friendship.

Sahabat Lagi Pictures, Images and Photos

**
source : http://www.buzzle.com**
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Masa depan..

future Pictures, Images and Photos

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada
masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Menatap masa depan Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Perempuan Itu Nisa`

Photobucket

Perempuan Itu Nisa`
www.iluvislam.com
Oleh: ZaffanKhalid*
Editor: NuurZaffan


Berikut adalah perkongsian ZaffanKhalid salah seorang krew Iluvislam selepas menghadiri halaqah bersama seorang pelajar PHD di universiti yang digelar Sister Fullah. Ibu kepada empat orang ini merupakan warga negara Algeria dan mempunyai Master dalam bidang Al-Quran dan Sunnah.

1. Sesi tafsir pada minggu ini membincangkan ayat 32 ke 33 Surah Al-Isra`. Antara yang dinyatakan ialah bagaimana zina boleh membawa kepada lahirnya anak luar nikah. Kemudian anak-anak ini dibunuh untuk menutup kesilapan yang ibu bapa mereka lakukan. Andai anak ini dilahirkan sekalipun dan dibesarkan tanpa bapa menyebabkan mereka sukar untuk hidup bahagia. Fitrah seorang manusia yang memerlukan bapa tidak dipenuhi. Akhirnya anak-anak ini selalunya terlibat dengan jenayah dan mendatangkan kekacauan dalam masyarakat. Ini berdasarkan kajian yang dibuat di UK kata Sister Fullah. Agak-agak jika dia mendengar negara Islam (majoriti Muslim) mempunyai kes anak luar nikah dan seks bebas yang tinggi bilangannya, terkejut agaknya.

2. Maka sebagai wanita, dalam menangani kes ini, kita boleh menutup pintu zina dengan menjaga diri kita. Pakaian dan ketegasan wanita dalam memelihara maruah dan kesucian diri amatlah penting. Kecantikan yang wanita miliki bukan untuk ditayang, tetapi untuk disyukuri dan dipelihara. Kecantikan ini hanya halal untuk sesetengah golongan sahaja. Bukan sekadar perlu menyorokkan kecantikan kepada umum, bahkan menarik perhatian dengan mencantik-cantikkan diri juga haruslah dielakkan.

3. Islam menyekat wanita untuk bercantik-cantik? Islam tidak membebaskan wanita? Fikir kembali, kerana Allah ingin membebaskan kita daripada zina lah, (perkara yang banyak mendatangkan masalah dan akhirnya hidup tidak aman dan bebas) Allah menyuruh wanita untuk memelihara kecantikan mereka. Apabila kecantikan ini dipelihara dan dijaga, maka amanlah masyarakat dan pintu zina dapat ditutup.

4. Perbincangan ini membawa memori saya kepada beberapa perkara. Pertama ialah arkitel tulisan Ustaz Zaharuddin Sila KLIK setiap tajuk dibawah untuk baca lebih lanjut. Artikel yang menarik:

5. Perkara kedua yang menerjah fikiran saya ialah isu ini juga pernah dibincangkan di parlimen. Awal 2000 atau lewat 90 an saya kira. Namun selepas isu ini ditimbulkan diparlimen, adakah bilangan zina di negara kita semakin berkurang? Sama-sama kita difikirkan.


Isu mula dibincangkan pada minit ke 4.15




Kupasan lebih lanjut tentang isu anak luar nikah



6. Perempuan itu nisa`. Marilah kita sama-sama lebih sensitif dengan cara pembawaan diri kita. Mulakan sedikit demi sedikit. Mulakan dengan hijab fizikal (pemakaian) dan akhirnya membawa kepada hijab hati. Menghijab diri kita daripada apa jua yang boleh membawa kepada zina. Di dalam quran menyebut untuk kita TIDAK MENGHAMPIRI zina.

7. JIka kita belum cukup tahu, mari tambah ilmu. Jika sudah wujud mahu untuk berubah, kumpul kekuatan dan lakukan sesuatu. Ambil langkah pertama. Selepas sudah mencuba, insyaAllah kita mampu untuk meningkatkan diri lebih baik dari semasa ke semasa. Perempuan itu nisa` yang sungguh istimewa. Semua wanita mengimpikan pembawaan diri yang sejuk mata memandang lagi mendamaikan jiwa. Mari berusaha ke arah itu insyaAllah.

* Tulisan penuh di blog peribadi http://zaffankhalid.iluvislam.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam