سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, February 4, 2009

++ Jurugambar mirip Obama gembira

MANILA - Seorang jurugambar Indonesia yang memiliki wajah seiras bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dia seperti berada di rumah ketika menjalani penggambaran iklan ubat di Filipina, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Jurugambar itu, Ilham Anas (gambar) mendapat durian runtuh dan perhatian meluas media selepas berita bahwa dia memiliki wajah mirip Obama tersebar.

"Saya tidak terfikir akan berlakon dalam iklan televisyen atau berada di luar negara.

"Selepas menonton versi akhir iklan itu, saya turut ketawa kerana ia sungguh lucu," kata Ilham ketika ditemu bual oleh wartawan akhbar Daily Inquirer Sunday.

Agensi pengiklanan Filipina TBWA-SMP menguji bakatnya pada bulan lalu untuk sebuah syarikat ubat-ubatan selepas mendapati dia memiliki wajah mirip Obama.

"Saya terkejut dengan tawaran tersebut. Semua rakan saya turut teruja dan membantu saya membuat persiapan ke Filipina. Isteri saya juga terkejut.

"Saya berasa seperti berada di negara sendiri kerana bentuk fizikal penduduk Filipina dan Indonesia tidak jauh berbeza. Saya melakukan banyak kesilapan berlakon tetapi krew-krew pengiklanan adalah profesional dan mereka memahami keadaan saya. Mereka akan menepuk tangan setiap kali saya melakukan yang terbaik," tambahnya.

Bapa kepada seorang anak itu bekerja sebagai jurugambar majalah hiburan sejak 1995 sebelum Ilham, 34, melanjutkan pelajarannya di Belanda pada 2006 dengan biasiswa Yayasan Foto Media Sedunia. - Agensi

KOSMO Online

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Aplikasi Sebuah "Kun Fayakun"

allah Pictures, Images and Photos

“Kun Fayakun”
serangkap ayat Al-Quran di akhir surah Yassin. Tempat letaknya pada ayat : 82. Penuh sarat makna yang berselirat walau kalamNYA sedikit tercatat. Jika diamati secara mendalam, kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dalam erti kata sebenar, memahami konsep firman Allah itu yang bermaksud “Jadilah!maka terjadilah ia”. Kefahaman bagaimana untuk kita mempraktikkannya? Ayuh mari kita baca lebih lanjut.

Jika dilihat pada penafsiran Dr.Wahbah Zuhaili dalam tafsirnya yang masyur Tafsir Munir, makna “yakun” itu bererti Allah SWT mengkhabarkan tentang kekuasaannya lalu melakukan sesuatu perkara dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang alatan mahupun bantuan. Tamsilan ayat menunjukkan akan kekuasaan Allah SWT menciptakan, melakukan, merubah sesuatu ke atas sesuatu merangkumi keseluruhan penciptaanNYA. Maha suci Allah SWT berkuasa atas segalanya. Firman Allah SWT:
“Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin : 81)
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
“Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Yassin : 83)

Sebuah Drama “Kun Fayakun”

Permulaan plot ceritanya sudah mempunyai unsur nasihat yang baik. Saya mengambil sedikit masa untuk menontonnya sehingga selesai. Intro dimulai dengan alu-aluan sekapur sirih dari salah seorang pendakwah Indonesia bernama H.Yusuf Mansur. Kata-katanya mencetuskan figuratif abstrak untuk jiwa saya terus menyelami erti kehidupan yang tergambar. Ia membuatkan tempat duduk saya tak berganjak dek terpaku anak mata menghabisi sebuah kisah.

“Kalau kita sakit dimana kita cari?Doktor. Kalau kita lapar, apa yang kita cari?makanan..Allah Kareem. Hidup kita kalau punya masalah, punya hajat terus kita tak datang kepada Allah dengan sungguh-sungguh. Bererti kita tak mengenal Allah, tetapi kita mengenal Doktor ketika kita sakit..” Bicaranya membuatkan saya termenung sejenak.


Watak-watak kehidupan
Adegan pertama memaparkan sebuah episod perit perjuangan seorang suami yang menyara isteri dan dua anaknya. Menjadi penjual kaca dan bingkai. Biar panas membakar, biar dibasahi hujan menimpa dia mampu mencari setitis rezeki buat makanan ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’. Beberapa ujian sehari-hari dipaparkan membuatkan fikiran saya melayang akan seorang lelaki bernama ayah. Tidak dilupai, babak suspen ketika kaca yang diharapkan untuk memberikan sedikit pulangan lumayan gugur menghempas bumi. Semalaman mengilap sebingkai cermin. Tetapi akhirnya pecah berderai. Luluh hati si miskin. Namun, konsep sabar dan faham erti takdir menepis segalanya.

“Ampuni hamba yang hampir bersangka buruk kepadamu Ya Allah..ampuni hamba yang hina yang tak mampu membayangkan rencanamu yang sempurna..” Rintih si suami bermuhasabah seketika.

Begitu juga watak seorang isteri membesarkan anak-anak dalam teratak usang seakan pondok menunggu durian. Setia membantu suami disisi. Juga tak mudah berputus asa dan mengharapkan kasihan belas manusia. Saya tertarik melihat seorang ibu yang sanggup berlapar kerana ingin mengenyangkan anak-anak serta suami. Itukah pengorbanan si ibu?

“Bapa sudah bekerja keras..yang penting jangan berputus asa.” Sayu menenangkan hati suami.

Mujur ada anak yang memahami situasi keluarga. Keluar mencari sekelumit harapan, lalu membawa tuah berkat kesabaran dan doa. Akhirnya bertemu seseorang lelaki kaya yang akhirnya termakbul doa mereka. Kecerahan selepas berusaha menunjukkan kekuasaan Allah SWT mampu menghadirkan kesenangan dalam kesusahan. Dari seorang penjaja mampu memiliki gudang niaga.

Ironisnya, adegan yang terlakar wujud peranan besar dan watak masing-masing. Si suami sebagai ketua, isteri pembantu, anak-anak penghibur di kala duka. Sempurna melingkungi sebuah kalung perjalanan kehidupan. keterikatan memahami konsep ketuhanan, ketauhidan, kesabaran, kesungguhan dan kehambaan.

Pendek kata, filem ini memberikan suatu pengajaran berguna. Sesuai untuk tontonan umum. Jalan cerita yang digarap dengan baik. Bahkan mempunyai modul yang menarik dalam aplikasi sebuah makna “Kun Fayakun”.

Kesimpulan

Jangan dirunsing bila kaki terperelus dalam lumpur keperitan. Kerana kita punya Pencipta yang tahu segala-gala perencanaan. Peranan selaku hamba, kebergantungan itu harus selalu kepada Ilahi. Kerana hamba dijadikan untuk menyembah Pemilik alam. Mana mungkin Allah SWT tidak mendengar rintihan kesusahan jiwa suci yang sentiasa mengharap pertolongan dariNYA. Itulah sebenar-benar konsep ketauhidan dalam mengesakan Allah SWT. Namun pergantungan itu bukanlah bererti perlu mengoyangkan kaki menunggu rezeki turun menyimbah bumi. Usahalah, berdoa, lalu bertawakkal. Kita ada WATAK dan PERANAN kerana kita MANUSIA.

Ibnurashidi
8:56 AM, 3 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Chewing Gum Brownie

brownies Pictures, Images and Photos

BAHAN-BAHAN


1/2 cwn tepung
1/2 cwn butter
1 cwn gula halus
1/2 cwn serbuk koko
2 biji telur
1/2 tsp baking powder
1 tsp vanilla essence

Topping
2 tbs butter (suhu bilik)
2 tbs serbuk koko
1/2 cwn gula icing
1/4 tsp vanilla essence

CARA-CARA

1.Ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan. Panaskan oven ke suhu 350 darjah.

2. Cairkan butter atas dapur dengan api sedrhana. Masukkan serbuk koko dan gula halus. Kacau sebati dan alihkan dari dapur.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil kacau dengan cepat. Setelah sebati masukkan vanilla essence. Kacau.

4. Masukkan tepung yang diayak tadi kedalam adunan dan kaup balikkan adunan. Adunan akan menjadi likat.

5. Lenser loyang (8 inci) dgn butter. Pindahkan adunan brownie kedalam loyang. Bakar selama 25 minit (atau sehingga masak).

6. Sediakan topping. Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati. Rasa sedikit dan tambah gula jika perlu. Tambahkan sedikit air panas untuk topping yg lebih runny.

7. Potong brownie yg telah siap dibakar sementara masih panas. Tunggu sejuk dan letakkan topping. Tabur sedikit chopped almond untuk hiasan. (Bownie akan mnjadi chewy bila dah sejuk).

brownies Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Lasagna Garfield

lasagna Pictures, Images and Photos

Apa itu Lasagna? Lasagna adalah sejenis makanan Italy, seangkatan dengan pasta, spaghetti dan sebagainya. Komponen utama lasagna adalah Me Lasagna yang berbentuk kepingan, Cheese, serta sos yang dibuat mengikut kreativiti sendiri.

Lasagna merupakan makanan yang versatile. Ia boleh pergi (compatible) dengan pelbagai jenis bahan - ikan, daging, ayam, sosej, sayur mayur etc. Semuanya terpulang pada kreativiti.

Lasagna juga, merupakan sejenis makanan yang berlapis2. Setiap lapisan tersebut ada kandungannya, serta boleh digandakan menjadi 2, mahupun 3. Lasagna yang akan saya buat ini adalah terdiri daripada 4 lapisan, iaitu 1) Mi Lasagna, 2) Adunan Cheese, 3) Sos/Filling, 4) Mozarella

BAHAN-BAHAN

Untuk Mi Lasagna

  • Mi Lasagna. Biasanya dijual dalam kotak, generally halal.

Adunan Cheese

  • Keju Parmesan. (Parmesan kadang2 mahal, kat sini keju parmesan ada kod E yg diragui. so kalau taknak guna keju parmesan, boleh je guna keju lain)
  • Minyak Zaitun
  • Telur 3 biji
  • Daun Basel (Di russia, dijual dalam pek kecil berlabel “Basilik”)

Sos - part ini adalah highly customizable. Terpulang pada kreativiti anda.

  • Sos tomato (yang banyak. saya guna habis sebotol)
  • Sosej ayam
  • Fudge daging
  • Frozen vegetables
  • Bawang besar
  • Oregano (juga dijual dalam pek yg kecil macam daun basel tu.)

Mozarella

  • Keju Mozarella (yang banyakkk~)

LANGKAH - LANGKAH

Untuk penyediaan adunan cheese

  1. Parut keju parmesan hingga kecil-kecil. Masukkan di dalam satu bekas bersama dengan telur, sedikit daun basel dan secamca minyak zaitun.
  2. Pukul adunan tersebut sehingga sebati.

Untuk penyediaan sos/filling.

  1. Potong sosej, daging, bawang dan frozen vegetables menjadi bentuk dadu/kecil. Tapi jangan terlalu kecil.
  2. Campurkan dengan sos tomato, tambah sedikit oregano.
  3. Gaulkan hingga sebati.

Menyusun lasagna

  1. Griskan baking pan dengan mentega/minyak.
  2. Susun kepingan-kepingan mi lasagna hingga menutupi permukaan baking pan. (Sesetengah mi lasagna perlu dimasak/dicelur dalam air panas terlebih dahulu. Sila ikut arahan pada kotak)
  3. Tuangkan adunan cheese tadi membentuk satu lapisan di atas mi lasagna tersebut. Tak perlu terlalu tebal, cukup sekadar 0.5-1cm. Oh ya, jangan gunakan semua adunan tersebut, guna separuh sahaja.
  4. Seterusnya, tuang pula sos/filling anda. Seperti cheese tadi, gunakan hanya separuh dari sos anda.
  5. Kemudian, taburkan cheese mozarella di atas sos filling anda. Taburkan sebanyak mana yang anda mahu, dan percayalah, anda sukakannya dengan banyak.
  6. Ulang kembali dari langkah kedua, membentuk satu set lagi lapisan lasagna anda. Inilah sebabnya anda perlu guna separuh saja adunan cheese/sos anda tadi. Jika baking pan anda cukup besar dan cheese/sos anda cukup banyak, anda boleh buat 3 set lapisan pun. Pastikan lapisan teratas sekali adalah cheese mozarella.
  7. Setelah siap, masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 190 darjah celcius, untuk selama 30-40 minit.
  8. Setelah masakkan, sejukkan dalam 10 minit, kemudian boleh dimakan~

Cadangan hidangan

  • Boleh dimakan seramai ~10 orang (bergantung pada saiz hidangan)

Sumber

Lasagna Pictures, Images and Photos

garfield lasagna Pictures, Images and Photos-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

++ Tarbiah dari-Nya

niqab Pictures, Images and Photos

Salam..
Sekadar berkongsi.. Nasihat sahabat maya saya tentang persepsi bodoh [geram gile dah ni] orang zaman sekarang... Tak semua macam tu laaa...!!!!!

Pandang Serong / Buruk Sangka ya??

Macam ni la dik, lantak la apa mereka nak kata pon adik buat dek je. Biasalah manusia pandang serong pada org berjubah, pakai tudung labuh. macam la org tu ada buat salah..maybelah mereka anggap org pakai mcm tu mengandung kot..yelah skrg ni macam2 blaku..takpelah dik lupakanlah apa mrk kata tu..nati kat akhirat pandai2lah mereka menjawap sbb pandang serong pada adik dan kawan2 ya..Adik dapat free je pahala dr mereka sbb mengata dan pandang serong pd adik, mereka pula dapat free dosa2 tu. sebab mulut celupar..skrg ni dlm masyarakat kita tlh dijajah oleh pemikiran karut kot sebb mrk jahil ilmu agama dan tak nak belajar utk mendalaminya dan perbetulkan pandangan serong mereka tu. dunia dah terbalik, orang berpakaian sopan seperti muslimat sejati (jubah n berpurdah) dipandang serong. wanita berpakaian seksi, menjolok mata, nampak itu ini dan berpakaian seperti tak cukup kain je. Oh my god, mereka bangga, puji2an lagi, tak mengatalah pula..subhanallah, Allahualam.

Jika mereka dok kata lagi, hayatilah
firman Allah dlm Surah Al-Hijarat : 12, “ Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa!”.
“ Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang2 yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya!” Thaha : 82

So berdasarkan ayat di atas adik boleh fahamkan..try fikir sejenak ya..adik patuhilah apa yg telah di tetapkan Allah kpd kita ya..jgn pedulikan mereka tu..anggaplah mereka tak wujud sekitar hidup kita dan anggap mereka tu jahil bab agama.

"Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka). "

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif,

Allah berfirman yang ertinya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi
Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda :
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka


Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.
Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "



~Semoga dapat manfaat semuanya. Jangan menilai secara luaran sahaja.~[inGat tu..erGh..sabar je laa...!!].~

ana insan yang dhaif......
Allahu`alam...

http://najahfisabilillah.blogspot.com/

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam