سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, June 25, 2008

++ Mat murid kesayanganku..

PART I

Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."



PART II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,

Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.


PART III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??




PART V
Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

++ Kata-kata Hikmat Akal...

Kata-Kata Hikmat Akal

  • Apabila sempurna akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib )
  • Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib)
  • Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun. ( Hamka )
  • Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta )
  • Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib )
  • Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. ( ulama )
  • Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib )
  • Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim )
  • Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib )
  • Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya. ( Unknown )

++ Tangani stres cara Islam

Arkib Utusan Malaysia 24.06.08

Dalam hidup ini terutama bagi yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, penduduknya terdedah kepada pelbagai bentuk stres atau tekanan.

Antara punca stres adalah kehilangan sesuatu, berasa bosan, kecewa dan juga perubahan hidup. Kita boleh mengalami stres hatta di pejabat, rumah atau semasa bercuti bersama keluarga.

Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: (Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram. (al-Ra’d: 28)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ASMARUDDIN JAMALUDDIN menemu bual Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi (Bahasa Arab) Universiti Putra Malaysia, Mohd. Sukki Othman bagi mengupas persoalan stres dan Islam.

MEGA: Apakah yang dikatakan stres dari perspektif Islam?MOHD. SUKKI: Stres atau tekanan adalah fitrah dalam hidup. Ia biasa timbul apabila seseorang itu menghadapi ujian, dugaan dan cabaran. Bezanya, hanyalah tahap stres yang dialami sama ada serius atau tidak. Perihal ujian Allah ini telah dijelaskan menerusi al-Quran.

Allah berfirman: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai kelaparan) dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar. (al-Baqarah: 155)

Dalam Islam, semakin besar tekanan yang datang maka semakin besarlah pahala dan ganjaran di sisi Allah. Apa yang penting adalah kesabaran dan keazaman yang tinggi untuk mencari ketenangan dan keredaan Allah.

Hayatilah firman Allah: Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik...(al-Nahl: 97)

Ada antara umat Islam yang apabila stres tidak mahu mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya mereka cuba mencari penyelesaian melalui hiburan duniawi. Bagaimana membetulkan keadaan ini?

MOHD. SUKKI: Bagi umat Islam, mereka ada kekuatan akidah keimanan kepada qada dan qadar. Ini akan mendorong seseorang tabah menghadapi segalanya serta tidak berputus asa dalam meneruskan kehidupan di dunia.

Penyelesaian stres melalui hiburan duniawi seperti menonton konsert hiburan yang melalaikan sehingga membawa kepada minum minuman keras hanya memberi penyelesaian sementara. Perbuatan ini pula adalah haram di sisi agama.

Apabila seseorang yang mengalami stes mengeluh dengan merasakan ‘nasib’ tidak berlaku adil padanya, maka jiwanya akan semakin tertekan.

Orang yang menghadapi tekanan perlu tahu formula pengurusannya agar ia tidak bertambah parah dan kritikal. Dalam Islam, banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi stres.
Antaranya, membaca, memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran.

Membaca al-Quran itu sahaja pun sudah mendatangkan ketenangan apatah lagi apabila cuba memahami, menghayati serta beramal dengan isu kandungannya. Ingatlah firman Allah sebagai mana yang disebut dalam surah al-Ra’d ayat 28 di atas.

Bagi warga kota, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas setiap hari juga boleh mendatangkan stres. Bagaimana kita boleh memanfaatkan masa tersebut untuk mengingati Allah?

MOHD. SUKKI: Apabila kita memikirkan tentang kesesakan lalu lintas secara keterlaluan maka ia akan jadi tekanan. Ini boleh membawa kepada tindakan luar biasa. Antaranya seperti kita mula hendak memotong barisan kenderaan dari sebelah kiri atau mula cepat panas baran. Semua ini berlaku kerana jiwa atau hati tidak tenang.

Namun, keadaan ini boleh kita tukarkan kepada yang lebih positif. Seperti yang kita sebut tadi, dengan mengingati Allah maka hati menjadi tenang.

Sehubungan itu, kita boleh mengambil beberapa tindakan. Pertama, dalam kesesakan itu tadi kita baca ayat-ayat al-Quran yang kita hafal. Kalau tidak mampu, kita dengarlah kaset atau cakera padat (CD) bacaan al-Quran.

Walaupun di peringkat permulaan, barangkali kita rasa masih tidak tenang, tetapi jika kita istiqamah, insya-Allah rasa tenang itu akan dikurniakan oleh Allah. Dalam bab amalan begini, kita tidak boleh mengharap kesan yang serta-merta sudah itu ia mengambil sedikit masa.

Kita perlu kurangkan tabiat hanya suka mendengar lagu semasa memandu kenderaan. Jika tidak, sampai bila pun kita tidak akan berubah. Lebih malang lagi, kadang-kadang rasa tension itu dibawa bersama ke rumah dan yang menjadi mangsa kemarahan sudah pastilah isteri dan anak-anak.

Kedua, kita boleh berzikir. Paling mudah ialah beristighfar, mengucap Lailahaillallah atau berselawat. Ini tidak perlukan modal walau pun RM1 dan ia mudah dilakukan.

Ketiga, kita boleh gunakan kesempatan itu untuk menuntut ilmu. Bagi tujuan ini, kita perlulah membeli CD kuliah-kuliah agama atau fardu ain untuk disimpan dalam kenderaan. Selain dapat mengingatkan diri kita, ia juga bermanfaat untuk anak-anak dan isteri.

Gejala sosial yang melanda masyarakat juga turut menyumbang kepada berlakunya stres terutama di kalangan ibu bapa. Apakah langkah yang perlu diambil dalam menangani masalah ini?

MOHD. SUKKI: Tidak dapat tidak, ibu bapa perlu mainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Lebih-lebih lagi, bapa sebagai ketua keluarga.

Sebab itu Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud; Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya. (riwayat Muslim)

Perisai paling utama mencegah gejala sosial ialah solat. Allah berfirman: ...sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan perkara keji dan mungkar... (al-Ankabut: 45)

Dalam keadaan sekarang, tugas ibu bapa semakin mencabar. Mereka perlu mengetahui siapakah kawan anak-anak sebabnya rakan sebaya ini akan menentukan sahsiah anak-anak.

Jika mereka bergaul dengan kawan yang baik, maka akan tersuburlah segala kebaikan yang ditanamkan di rumah. Sebaliknya, jika mereka berkawan dengan golongan yang kurang baik dikhuatiri akan terhakislah segala kebaikan yang diajar di rumah.

Sebagai ketua keluarga, bapa perlu menerapkan sungguh-sungguh ibadat solat kepada anak-anak. Kita perlu menerapkan anak-anak dengan sikap mencapai kejayaan di dunia (akademik) dan akhirat (laksana perintah Allah). Sebabnya, hidup kita di akhirat adalah lebih panjang tempohnya berbanding hidup di dunia yang sementara ini.

Setiap daripada kita juga perlu kenal diri. Mengapa Allah ciptakan kita di muka bumi dan apakah bakal kesudahan kita di akhirat kelak.

Untuk itu, setiap kita perlu ada masa bermuhasabah (menghitung) nikmat Allah sekurang-kurangnya 10 ke 15 minit sebelum tidur.

Fikir dan renungkan kebesaran Allah. Apakah yang telah kita lakukan pada siang hari tadi. Adakah perbuatan yang baik atau dosa, jika kita dimatikan adakah kita sudah bersedia?
Bolehkah ustaz huraikan maksud orang yang berpaling dalam firman Allah: Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. (Tahaa: 124)

MOHD. SUKKI: Maksud orang yang berpaling di sini ialah orang yang tidak ikut garis panduan Islam.

Kebanyakan kita melihat hidup akan bahagia kalau ada pangkat, harta dan kekayaan. Namun, kalau ikut perintah Allah, walaupun hidup sederhana tetapi kehidupan individu itu berkat dan tenang.

Dalam ayat yang berkaitan, Allah berfirman: Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam.

Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (al-An’aam: 125)

Untuk itu, sebagai Muslim, hendaklah kita melaksanakan semua tuntutan yang fardu. Ibadat sunat itu adalah sebagai tambahan yang akan menampung kekurangan dalam ibadat fardu. Pada masa yang sama, kita wajib meninggalkan perkara yang haram.

Mengingat Allah itu bukan sahaja dalam solat tetapi terbahagi kepada perbuatan seperti sedekah dan menghadiri majlis ilmu; ingat dengan hati iaitu melalui bertafakur merenung nikmat Allah yang amat banyak dikurniakan kepada kita dan ingat dengan lidah iaitu melalui berzikir.

++ Islam benar tangguh bayar hutang

Diambil daripada Utusan Malaysia (25 Jun 2008)

FIRMAN Allah SWT : Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. (al-Baqarah: 280)

SAYYID Qutub berkata: “Ayat yang berikut menjelaskan hukum-hukum hutang yang sukar untuk mendapat bayarannya. Cara melayani hutang yang seperti ini bukannya mengenakan riba tangguh bayaran, iaitu melanjutkan tempoh bayaran dengan mengenakan bayaran yang lebih, tetapi enggan melanjutkan tempoh bayaran sehingga kepada waktu kelapangan membayarnya di samping menggalakkan kepada amalan menyedekahkan hutang itu kepada mereka yang ingin mendapat kebajikan yang lebih sempurna.”

Firman Allah SWT: Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan.

Al-Mawardi berkata : Maksud ayat ini dengan dua pendapat ulama:

Pertama: Menangguhkan pembayaran hutang daripada orang yang susah adalah wajib pada hutang riba sahaja. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Syuraih
Kedua: Ia umum dan wajib beri penangguhan bagi semua hutang sebagaimana zahir ayat. Inilah pendapat Ata’ dan al-Dhahak.

Al-Nasafi berkata: “Jika berlaku orang yang berhutang dalam kesusahan maka hukumnya hendaklah ditakkhirkan pembayaran tersebut hingga waktu kemudahan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak berlalu hutang seorang lelaki Muslim maka ditakkhirkannya untuk menyenangkan yang berhutang kecuali baginya setiap hari sebagai sedekah.”

Al-Maraghi berkata, maksud ayat ini ialah jika orang yang berhutang sedang menanggung kesulitan, hendaklah pemiutang menunggu atau memberi tempoh sampai ada kelapangan sehingga memungkinkan dia melunaskan hutangnya.

Sebuah hadis diriwayatkan, bahawa Bani Mughirah berkata kepada Bani Amr ibnu Umar seperti dalam kisah di atas, katanya:

“Saat ini kami sedang menanggung kesulitan. Oleh sebab itu, berilah kami tempoh sampai musim memetik buah!” Akan tetapi mereka menolak permintaan ini. Lalu turunlah ayat tentang kisah mereka ini sebagaimana yang termaktub dalam dua ayat yang sebelum ini.
Begitu juga al-Baghawi menyebut kelebihan orang yang menolong mereka yang berhutang supaya ditakkhirkan pembayaran hingga waktu lapang.

Sayyid Qutub berkata: “Itulah toleransi yang murah hati yang dibawa oleh Islam kepada umat manusia. Itulah naungan yang teduh, yang memberi perlindungan kepada golongan manusia yang letih dan lesu di bawah naungan pancaran matahari nafsu tamak, bakhil dan rakus.

“Itulah bayangan rahmat kepada si pemberi hutang, kepada si yang berhutang dan kepada masyarakat yang melindungi mereka semua.”

Kita memang sedar bahawa kata-kata ini tidak memberi apa-apa erti kepada akal manusia yang hidup di bawah panas matahari jahiliah dan kebendaan sekarang ini. Kecapan harum manis daripada kata-kata ini tidak dirasai dalam hati mereka yang telah keras membatu itu terutama hati golongan pemakan riba yang buas, sama ada mereka terdiri daripada individu-individu yang berasingan di ceruk-ceruk negeri.

Mereka duduk bersimpuh menjilat-jilat bibir menunggu mangsa-mangsanya yang terdiri daripada insan-insan yang menderita akibat dilanda berbagai kesusahan.

Mereka amat memerlukan wang untuk membeli makanan, pakaian, ubat-ubatan
atau pada sesetengah ketika memerlukan perbelanjaan untuk membiayai kos ketika berlaku kematian di kalangan ahli keluarga mereka, tetapi mereka tidak menemui seorang pun yang sanggup menghulurkan bantuan ikhlas kepada mereka.

Oleh itu, mereka terpaksa meminta pertolongan di sarang-sarang pemakan riba yang buas untuk mendapatkan wang sama ada mereka terdiri daripada individu-individu seperti ini atau mereka berada dalam bentuk institusi kewangan dan bank-bank ribawi. Mereka sama sahaja.
Cuma yang membezakan golongan yang akhir ini mereka berada di pejabat-pejabat yang indah dengan kerusi yang empuk dan di belakang mereka tersusun buku-buku teori ekonomi, karangan-karangan ilmiah serta buku-buku yang berkaitan dengan undang-undang dan lain-lain.

Seluruh siap siaga untuk menjustifikasi jenayah mereka dan melindungi mereka. Seterusnya menyalahkan sesiapa sahaja yang teragak-agak untuk membayar faedah riba kepada peti wang mereka atas nama undang-undang.
Firman Allah SWT: dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang ) itu lebih baik bagimu...

Al-Maraghi berkata: “Maksud ayat ini ialah kamu bersedekah kepada orang berhutang yang sedang menanggung kesulitan, dengan membebaskan sebahagian atau seluruh hutangnya adalah lebih baik bagi kamu dan lebih besar pahalanya di sisi Allah SWT, daripada menunda masa pembayaran mereka.

Dalam ayat ini terdapat anjuran supaya memberi sedekah dan berlapang dada terhadap kesulitan si berhutang. Sikap berlapang dada ini mencerminkan kasih sayang dan kemurahan hati serta kebaikan seseorang kepada yang lain.

Oleh demikian akan terbina hubungan persaudaraan antara setiap individu, menjadikan ikatan yang kukuh di dalam masyarakat umat Islam dan mewujudkan sikap sama-sama berjuang demi kepentingan umum, seperti yang ditunjukkan oleh hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Perumpamaan seorang mukmin terhadap seorang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan antara bahagian dengan bahagian yang lainnya”.
Firman Allah SWT: jika kamu Mengetahui.

Hamka berkata: “Itulah lanjutan jiwa pembangunan jiwa masyarakat orang yang beriman. Alangkah baik dan mesranya, jika seseorang yang berhutang datang memohon maaf dan meminta tempoh agar sekalian bulan, lalu disambut oleh orang yang memberi hutang dengan perkataan: “Hutangmu itu telah aku halalkan, engkau tidak berhutang lagi denganku.”

Dia berkata: Bahawa cara begini jika kamu fikirkan adalah lebih baik bagi dirimu sendiri. Dengan cara ini telah menaikkan darjat budimu. Ia akan berkesan dalam jiwamu sendiri, menjadi dermawan dan mengukuhkan ukhwah dengan orang yang berhutang.

Muhammad Quraish Syihab berkata: “Apabila ada seseorang yang berada dalam situasi sulit atau akan terjerumus dalam kesulitan bila membayar hutangnya, maka tangguhkan penagihan sampai ia lapang. Jangan menagihnya jika kamu mengetahui dia sempit, apalagi memaksanya membayar dengan sesuatu yang amat dia perlukan.

Rasulullah bersabda: Siapa yang menangguhkan pembayaran hutang orang yang berada dalam kesulitan, atau membebaskannya daripada hutangnya, maka dia akan dilindungi Allah SWT pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan-Nya (hari kiamat). (riwayat Imam Muslim.)

Al-Maraghi berkata: Maksud ayat ini pula ialah jika kamu sudah tahu bahawa menyedekahkan barang yang dihutangkan kepada si berhutang lebih baik daripada menunda pembayarannya, kerjakanlah dengan seikhlasnya dan berlapang dada terhadap saudaramu, serta pupuklah hati saudaramu dengan perasaan sayang dan belas kasihan.

Ayat ini menunjukkan kewajipan memberi kelonggaran kepada si berhutang yang sedang menanggung kesulitan sampai tiba masa dia dapat menunaikannya. Akan tetapi lebih baik kalau membebaskan dan menyedekahkan barang yang dihutangkan itu.

++ 17 SIGNS if u LIKE SOMEONE..

17 signs u like someone




SEVENTEEN:

You look at their profile constantly.



SIXTEEN:

When you're on the phone with them late
at night and they hang up, you still
miss them even when it was just two
minutes ago.



FIFTEEN:


You read their Texts and Ims Over and
over again.



FOURTEEN:


You walk really slow when you're with them.


THIRTEEN:


You feel shy whenever they're around.


ELEVEN:


When you think about them, your heart
beats faster but slower at the same time.



TEN:

You smile when you hear their voice.




NINE:


When you look at them, you can't see the
other people around you, you just see
him/her.



EIGHT:

You start listening to slow songs while
thinking about them.


SEVEN:

They're all you think about.




SIX:

You get high just from their scent.



FIVE:

You realize you're always smiling when
you're looking at them.




FOUR:


You would do anything for them, just to
see them.



THREE:


While reading this, there was one person
on your mind this whole time.




TWO:

You were so busy thinking about that
person, you didnt notice number twelve
was missing



ONE:


You just scrolled up to check & are now
silently laughing at yourself.




Now.. are you smiling? Happy? ;)

++ Menteri UBAH cara hidup , baru kite yang ubah hidup kite

pemimpin ialah tauladan dan ikutan kpd kite. tp mcmne pulak kalau diorng mewah2 dan rakyat hidup melarat(kite kne fikir org2 yg hidup ssh dan tak senasib dgn kite)



mak ayah kite yg menanggung kite pasti merasa beban. pernah kah kte amik tau mcmne parent kite membelanjakan duit kite.


pemimpin yg adil dan saksama pernah wujud dalam sejarah. klau la pemimpin seorang yg adil, setiap suap yg masuk ke dalam mulut nya, akan dia fikir apa rakyat die makan hari ini. Mcm la parent kite yg sentiasa berat dan memastikan anak2 dpt nutrient yg cukup.

"hari anak nk makan ape? cukup tak duit nk mkn?"



Jangan suke sangat di suap oleh kerajaan, diberi ini diberi itu. sedangkan org2 lain ade yg tak senasib dgn kite.

kais pagi makan pagi


kais petang tak de mende nk makan


jgn lah kamu membuta kn mata ape yg telah dilakukan kerajaan. melakukan perkara2 yg bertentangan dgn islam.


semenjak 2 menjak 3 menjak ni


jenayah meningkat

kes murtad meningkat

hiburan berleluasa(tanda akhira zaman)

artis di agung2(akhbar penuh dgn berita artis)

kes buang baby meningkat

kes zina meningkat



Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

Ash-Saff: 2-3

++ Nak ajak kpd kebaikan, tapi diri sndiri x berapa baik

Pelaku Dosa Yang Sibuk Berdakwah

diambil daripada Hafiz (Friendster)


Message: Saya sering ditujah oleh bisikan-bisikan yang timbul sendiri di dalam otak yang terbatas ini. Apa bisikan itu?


Bisikan itu sering mempersoalkan kewajaran kita mengajak manusia kepada Allah sedangkan diri kita masih lagi bergelumang dengan dosa.


Apatah lagi dengan ayat-ayat Al-Quran berikut, ia menjadi satu tusukan tajam, mahu sahaja berhenti mengajak manusia. Masakan tidak? Penat lelah kita itu hanya menimbulkan dosa dan menambah peluang mendapat azab di neraka. Apakah ayat-ayat al-Quran itu? Mari kita lihat:


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُون

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab ? Maka tidaklah kamu berfikir?

Surah al-Baqarah 2:44



Hadith dari Sahih Muslim:

A man will be brought on the Day of Judgment and cast into Hell. He will go around in Hell like a donkey in a grinding mill. The denizens of Hell will gather around him and say: “O so-and-so! Didn't you use to enjoin us to what is right and prohibit us from what is wrong? ”



That man will say: “I used to order you to do good but I myself never used to do it, and I used to forbid you from doing wrong while I myself used to do it.” [Sahîh Muslim]



Apakah maksud sebenarnya ayat dan hadith di atas ini? Apakah ia melarang manusia yang berdosa daripada menyeru manusia yang lain kepada kebaikan?


Komiti Unit Pengkajian Fatwa Islamtoday yang dipengerusikan oleh Shaikh Abdul Wahab at-Turayri telah cuba menyimpulkan kekusutan dan kekeliruan tentang hal ini.




Berdasarkan pembacaan ke atas hasil kajian mereka, dapat disimpulkan bahawa:


1) Mereka yang mahu mengajak manusia kepada Allah, atau erti kata lain berdakwah hendaklah memperbaiki cara hidup mereka ke tahap hidup beragama yang terbaik mengikut kemampuan mereka.



2) Orang Islam yang terjebak dengan maksiat, masih bertanggungjawab menyeru orang lain kepada Allah kerana dakwah itu sendiri adalah tugas setiap individu kepada Allah.



3) Ayat dan hadith di atas bukan berisi larangan kepada pelaku maksiat untuk berdakwah, sebaliknya ia adalah satu amaran kepada mereka yang bersifat talam dua muka. Dosa yang mereka hadapi ialah kerana tidak berusaha melakukan apa yang mereka seru kepada orang lain, dan bukannya dosa kerana menyeru manusia kepada Allah.

4) Ayat dan hadith di atas di atas merupakan larangan melakukan perbuatan dosa walaupun pelaku itu mengetahui perihal hukum perbuatan itu. Dan ia bukan bermaksud melarang pelaku dosa atau maksiat daripada berdakwah.


5) Setiap Muslim mempunyai kewajipan untuk mematuhi ajaran Islam dan meninggalkan larangan. Di samping itu, kita juga mempunyai tugas mengajak manusia yang lain kepada kebenaran. Kegagalan melaksanakan salah satu daripadanya tidak bermaksud terus tidak melakukan kedua-duanya.

6) Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan kecuali yang Ma;sum iaitu Rasulullah SAW, maka, sekiranya kesempurnaan adalah kriteria mengajak manusia kepada kebenaran, nescaya tiada manusia yang layak melaksanakan tugas berdakwah ini.


hmm.....fikir la sendiri.

Najibah Ali's Facebook Profile

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam