سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, November 4, 2008

++ Siasatan: di sebalik surat berantai Syeikh Ahmad "penjaga makam Nabi"

Benda nie dah lama berlegar di Malaysia…setiap masa masih ada orang mempercayainya…
Surat berantai Syekh ahmad ini sudah berlegar dalam dunia Islam semenjak sebelum tahun 1971 lagi…dengan isi asalnya:

1. Pada tahun 1971, banyak orang perempuan akan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan suami

2. Pada tahun 1972, ada tanda di langit sebesar telur ayam

3. Pada tahun 1981 dan 1982 lelaki dan perempuan akan dihilangkan kebiasaanya (sifat mereka) dan sesudah itu turunlah dajjal akan tetapi Islam kembali lagi selepas itu.

4. Kandungan surat itu lagi menyatakan Syeikh berkenaan bersumpah kepada Allah jika dirinya berdusta maka keluarlah dia dari agama Islam dan jika sesiapa yang tidak mempercayai mimpinya maka akan menjadi kafir dan dimasukkan ke dalam neraka jahanam.

5. Kandungannya lagi meminta sesiapa yang menerima surat berkenaan supaya menyalinnya dan mengedarkannya seberapa banyak yang boleh.

6. Kandungan seterusnya menceritakan bahawa beliau bermimpi bahawa dalam satu minggu ada 80,000 umat Islam meninggal dunia tetapi tiada seorang pun yang mati dalam keadaan beriman.

7. Kandungan seterusnya menyatakan isteri tidak mendengar lagi nasihat suami, orang kaya tidak membantu orang miskin dan tidak berzakat, menunaikan haji atau tidak mahu berbuat kebajikan.

8. Lagi kandungan seterusnya bintang di langit akan terbit dan semua pintu taubat akan tertutup, maka kiamat makin hampir.

9. Diingatkan pula bahawa sesiapa yang mencetak risalah dan edarkan akan mendapat kebahagiaan.

10. Beliau menceritakan tentang saudagar di Bombay dan sebagainya.
Note: isi kandungannya berubah berdasarkan factor geografi (Negara) di mana surat itu diedarkan.

Maka kita pun yang menerima risalah begini turut sama edarkan…tanpa menyelidiki kesahihan perkara ini. Inilah masalahnya….sedang dalam al-Qur’an ada diingatkan:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (surah al-Israa’: 36)

Allahyarham Prof Dr Hamka (Ketua, Dewan Pimpinan Majlis Ulama Indonesia (1976)) ada mengulas tentang Surat Berantai Syekh Ahmad yang mendakwa dirinya penjaga makam Rasulullah s.a.w. ulasanya boleh dibaca dalam bukunya bertajuk “membahas kemusykilan agama”:

Ulasannya:

1. Sumber ajaran Islan hanyalah dua: (1) al-Qur’anul Karim (2) Sunnah Rasulullah s.a.w. atau juga dikenali sebagai hadis.

2. Penafsiran al-Qur’an telah sedia dipelopori oleh ulama-ulama besar yang menjadi iman-iman ikutan seperti Iman malik, Iman Hanafi, Iman Syafie dan Iman Hambali.

3. Al-Qur’an disalin dengan peraturan tertentu. Satu ayatpun tidak berubah, tiada pengurangan dan tiada penambahan. Satu titikpun tidak boleh berubah kerana bila satu titik berubah makna dan ertinya juga akan berubah. Tulisan al-Qur’an yang kita terima sekarang ini bernama Mushaf Usmani, iaitu disalin menurut peraturan Syaidina Usman bin Affan ketika beliau menjadi khalifah yang ke-3.

4. Ternyata surat berantai Syeikh Ahmad berkenaan amatlah bertentangan dengan ketentuan al-Qur’an:

i. Orang yang mempercayai al-Qur’an tentu tidak mempercayai surat syekh ahmad itu kerana dalam al-Qur’an sendiri menyatakan bilakah tiba kiamat itu hanya Allah sahaja yang mengetahui .

Rujuk Surah al-Ahzab: 63 dan surah asy-Syura: 17. Malah dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari bahawa Malaikat Jibrail pernah menyamar menyerupai manusia dan datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang beberapa soalan. Ketika ditanya tentang bilakah terjadinya kiamat, Rasulullah s.a.w. menjawab: “orang yang ditanya tidaklah lebih tahu dari halnya dari orang yang bertanya”. Ini bermakna, kedua-dua iaitu Rasulullah s.a.w. dan Jibrail a.s. sama-sama tidak mengetahui bilakah datangnya kiamat kecuali Allah sahaja. Maka kita pilihlah siapakah yang mahu kita percayai, apakah mimpin syeikh ahmad atau al-Qur’an dan hadis?

ii. Islam telah berkembang selama 14 abad, umat Islam diajar untuk menilai khabar-khabar yang diterima. Sehingga hadis yang diterima dari Nabi (s.a.w.) dinilai, dari siapa diterima, siapa yang mengkhabarkannya, bertemu sendirikah orang yang meriwayat hadis itu dengan Rasullullah s.a.w., atau dia terima dari orang lain, siapa orang lain itu, bolehkah orang itu dipercayai. Ini sehinggakan hadis-hadis yang dikatakan orang dari Nabi “bersabda Rasulullah s.a.w. “ dikaji, disahihkan hadis itu atau di dahifkan (lemah) atau dikelaskan sebagai maudhu (palsu).

iii. Perlu diselidiki siapakah syeikh ahmad itu, beribu-ribu orang pergi haji setiap tahun, mereka sampai ke madinah, ziarah makam nabi. Bertemukah seorang bernama Syeikh Ahmad jadi penjaga makam Rasulullah s.a.w.? bolehkah senarai nama pegawai-pegawai penjaga makam nabi ditemuai nama syeikh Ahmad?

iv. Disebutkan lagi jika tidak mempercayai amanat itu, maka seseorang itu menjadi kafir. (Dr. Hamka mencabar jika beliau tidak mempercayainya apakah beliau juga kafir?) hujahnya lagi, sedangkan sebelum surat itu beredarpun sudah ramai wanita keluar rumah tanpa izin suami, dan bukannya ketika tahun 1972 sahaja.

v. Yang lebih menjolok mata tentang perbohongan dalam surat berantai itu lagi adalah perkiraan tahun yang mengatakan bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w adalah bukan tahun hijrah melainkan tahun masihi, tahun perhitungan bukan islam bukan tahun perhitungan Islam.

vi. Lebih lagi ancaman dan umpama hiburan pula “sesiapa yang segera menyalin dan mengedarkan” surat berantai ini akan mendapat keuntungan dan kekayaan dan bagi yang mengatakan surat ini palsu akan mati atau ditimpa musibah pula. Sedangkan kitab suci al-Qur’an jika kita tidak mengedarkannya atau menyalinkannya tidak pula dinyatakan akan mati atau ditimpa musibah.

Apakah ancaman Allah dalam al-Qur’an sendiri kepada orang yang derhaka kepada Allah tidak mencukupi lagi sehingga Nabi perlu menemui Syeikh Ahmad dalam mimpi bagi menyampaiakan amaran tambahan kepada umatnya?

Kesimpulanya:

1) lebih baik umat Islam berpegang teguh kepada bimbingan Allah melalui kitab suci Al-Qur’an dan bimbingan Rasulullah s.a.w melalui hadis-hadisnya yang sahih, tidak usah kita undur kebelakang menjadi orang yang diperbodoh-bodohkan oleh penipu, yang mendinding diri mereka dari diselidik dari disiasat dengan ancaman kecelakaan terhadap mereka yang tidak percaya surat berantai mereka.

2) Islam diterima dari Allah, dari Rasulullah s.a.w. dengan sanad hadis-hadis, pendapat-pendapat dari imam-imam ikutan umat islam seperti Maliki, Hambali, Syafie dan Hanafi, mempelajari kitab-kitab tafsir dan hadis serta fekah yang terang sumbernya, bukannya DARI MIMPI. SUMBER AGAMA ISLAM BUKAN DARI MIMPI SI PENJAGA MAKAM. AGAMA ISLAM BUKANLAH AGAMA MIMPI KACAU, BUKAN KHURAFAT, BUKAN DONGENGAN DAN BUKAN RENTETAN DARI KEBODOHAN.

3) Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan Allah ke dunia ialah “ li yukhri jahum minazh-zhulumati ilan nuur” (mengeluarkan mereka dari gelap gelita ke tempat yang terang benderang) dan bukan sebaliknya, membawa kembali ke tempat yang terang benderang ke kegelapan.

4) Selama kaum muslimin TIDAK juga mempergunakan akalnya yang sihat untuk mempertimbangkan dan menilai kebenaran sesuatu, menurut dasar perintah al-Qur’an “afaala ta’qiluum” (APAKAH KAMU TIDAK MEMPERGUNAKAN AKALMU?)mereka mudah sahaja diperbodohkan oleh surat-surat berkenaan.

TAMBAHAN:

Ajaran Islam telah sempurna dan tidak perlu ada penambahan yang menggunakan nama Rasulullah s.a.w. sebagai sandaran penambahan:

Maksud Firman Allah dalam Surah al-Maidah: ayat 3
“....Pada hari ini[*] orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. ..”

{*}Yang dimaksud dengan hari ialah: masa, iaitu: masa haji wada', haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Wallahualam.

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam