سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, November 4, 2008

++ Nasihat tidak didengar

duhai sahabat Pictures, Images and Photos

Mukadimah:
bermacam manusia kita jumpai setiap hari, ada perangai baik....ada perangai macam hantu (pernah jumpa ke?). jadi kadang kala kita perlu juga sound (bahasa kasarnya) atau nasihat (bahasa orang budiman) supaya orang sekeliling kita dalam keadaan baik dan diredhaiNya.
ingat tu, nasihat menasihati itu tanggungjawab kita, takut nanti orang sekeliling kita tuntut dari kita di akhirat kelak sebab kita semasa hidup tidak pernah menasihatkannya ketika dia buat jahat...bukankah manusia itu dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi...apa ingat khalifah tugasnya butakan mata, pekakkan telinga dan bisukan mulut? buat hal sendiri, nafsu nafsi dan fikir kubur masing-masing?..amboiii... (maaf...terkasar bahasa...kurang budiman pulak rasanya)

persoalannya:

di asrama, saya selalu menasihati junior, tetapi selalunya mereka akan menmpermain-maikan nasihat dan mengejek saya. kadang kala saya melawan kata-kata mereka kerana terasa sakit hati. di manakah silapnya hingga terjadi begini?

jawapannya pula dari Ustaz Abu Salim al-Ahmadi:

1. ajak orang kepada kebaikan adalah usaha yang murni dan patut dilakukan setiap orang. namun tidak semua orang mampu mengajak seseorang melakukan kebaikan. ianya mengikut watak yang sedia ada pada orang tersebut. namun begitu bagi orang yang mempunyai watak pendakwah, perlulah diasuh dan dibimbing agar matlamatnya tercapai.

2. untuk mencapai matlamat dakwah, mahupun nasihat, Allah berikan garis panduan dalam Surah an-nahl: 125:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[*] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

[*].maksud Hikmah dalam konteks ayat ini ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil.

3. bijaksana atau hikmah dalam istilah arab bererti sesuatu yang dilaksanakan secara terancang dan berstrategi yang halus.

4. jika anda ada keinginan menasihatkan orang lain, tentu anda ada perwatakan pendakwah, tetapi oleh kerana kurang bimbingan, kurang berhikmah pada watak itu, usaha anda mengajak kepada kebaikan akhirnya membuahkan rasa benci pula.

5. Sebaliknya untuk mendidik watak berkenaan, kurangkanlah bercakap tetapi perbanyakkan berkerja iaitu dengan selalulah bergaul dengan orang yang mempunyai watak yang sama dengan kita (watak sebagai pendakwah). pelajari kaedah mereka, cara mereka dan paling penting latihlah diri untuk bersabar dengan karenah manusia. latihan ini bukan dapat beri kesan dalam sehari dua tetapi perlu konsisten dan makan masa...barulah terbina kesabaran itu.

6. senitasa berdoa minta pertolongan dengan Allah.lakukan selalu dan jangan sesekali jemu dan putus harapan pada Allah. dan berjinak-kjinaklah dengan mereka (yang degil tu) dan berikan sebarang bantuan yang boleh mengembirakan mereka. setelah kasih sayang terjalin erat maka ajaklah mereka agar melakukan amalan yang baik (jika yang malas solat tu ajak solat). ajakan perlu ada kasih sayang (bukan terus kata hang tak solat hang masuk neraka noo")

7. paling penting, jika ajakan anda itu tidak berjaya mengubah mereka, jangan bersedih dan jangan putus asa dan jangan sesekali menyakiti hati mereka. kita perlu tahu bahawa usaha yang dijalankan itu walaupun tidak berjaya mengubah orang lain tetapi Allah sudah menilainya sebagai amalan kebaikan, maknanya pahala tetap ada dan kita tidak rugi apa-apa. yang rugi mereka yang degil tidak mahu berubah.
tambahan dari hadis:

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan gangguan mereka lebih baik daripada yang tidak bergaul dengan mereka dan tidak sabar dengan gangguan mereka." Riwayat Ibnu Majah dengan sanad hasan. Hadits tersebut ada dalam riwayat Tirmidzi, namun ia tidak menyebut nama dari sahabat.

Wallahua' lam..

forgive Pictures, Images and Photos

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam