سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, January 12, 2009

++ Beratus ribu rakyat mahu serangan Zionis dihentikan segera

BERIBU-RIBU penunjuk perasaan menbantah kekejaman Israel di Berlin.


BERLIN: Beratus ribu penduduk mengadakan tunjuk perasaan di bandar raya seluruh Eropah, Afrika Utara dan Asia Barat kelmarin, dengan melaungkan bantahan terhadap serangan Israel di Gaza.

Penunjuk perasaan membakar bendera Israel di Sweden dan membaling kasut ke arah konsulat Amerika Syarikat di Edinburgh, Scotland.

Di tengah London, tiga pegawai polis cedera apabila penunjuk perasaan membaling kasut dan sepanduk ke arah polis di luar Kedutaan Israel. Seorang pegawai pengsan dalam kejadian itu.

Namun di Innsbruck, Austria kakitangan keselamatan sukarela yang disediakan penganjur tunjuk perasaan bergerak segera melindungi seorang lelaki tua selepas beliau tiba-tiba digulung oleh bendera Israel di tengah bantahan. Kira-kira 3,500 penunjuk perasaan membawa kain rentang tertera 'Kebebasan untuk Palestin' dan 'Hentikan Keganasan Israel'.

Israel berkata, serangan yang masuk minggu ketiga itu bertujuan menghentikan serangan roket Hamas ke selatan wilayahnya. Pegawai perubatan di Gaza berkata lebih 880 terkorban sejak serangan bermula 27 Disember lalu.

Seramai 12,000 penduduk berkumpul di Hyde Park di London dengan membawa sepanduk bertulis 'Gaza: Hentikan Pembunuhan Beramai-ramai' dan melaungkan 'bebas, bebas Palestin'.

Beratus-ratus polis ditempatkan di sepanjang laluan demonstrasi di Berlin dan beberapa bendera Hamas dirampas daripada penunjuk perasaan.

DI HONG KONG penunjuk perasaan turut membantah dengan berarak ke Kedutaan Amerika.

Polis berkata, 15 orang ditahan selepas sekumpulan 2,000 penunjuk perasaan bertempur dengan polis yang mengawal Kedutaan Israel. Dua ditahan kerana disyaki menyerang anggota polis.

Tunjuk perasaan turut diadakan di seluruh Perancis, kebanyakannya di Paris, dengan polis menganggarkan 3,000 orang mengambil bahagian.

Polis berkata, 5,000 hingga 10,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di Lyon, sehingga 4,500 di Marseille dan 3,500 di Grenoble di kaki gunung Alps. Pihak berkuasa juga menganggarkan 30,000 orang mengambil bahagian dalam bantahan di Barcelona, sebahagiannya membawa selimut berlumuran darah dan patung mayat kanak-kanak. Tunjuk perasaan diadakan oleh kira-kira 300 kumpulan Catalan yang meminta kerajaan Sepanyol menyokong inisiatif gencatan senjata dan menghentikan semua perdagangan, terutama senjata, dengan Israel. Di Itali, beribu-ribu penduduk yang membawa bendera Palestin berarak di Milan, Florence dan Venice untuk membantah serangan Israel. Di Milan, penunjuk perasaan membakar kain putih yang dihiasi lambang Star of David, dan sesetengah peserta membawa poster bendera Israel dan lambang swastika di atasnya, lapor agensi berita ANSA. � AP


KFC juga salah satu produk rejim Israel... Mari kita BOIKOT!!... (bukannyer mati kalau xmakan) jadi, janganlah kita juga menjadi salah seorang penyumbang kepada lebih banyak jumlah kematian rakyat Palestin.....bantulah mereka....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam