سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, January 12, 2009

++ Demo setiap minggu tonjol isu Palestin

demonstrasi ht terhadap filem fitna Pictures, Images and Photos

Bantahan terhadap kezaliman rejim Zionis-Israel diharapkan diadakan sekerap mungkin, kalau boleh setiap minggu selepas solat Jumaat bagi meningkatkan tekanan terhadap pemimpin dan masyarakat dunia agar berbuat sesuatu terhadap penderitaan rakyat Palestin.

Sejak dua minggu terakhir, bantahan umat Islam amat hebat dengan demonstrasi diadakan setiap kali selepas solat Jumaat, kali pertama pada Jumaat 2 Januari lalu.
Selepas solat Jumaat tanggal 9 Januari, lebih 5,000 orang menyertai perarakan aman dari bangunan Tabung Haji ke Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak di ibu kota, bagi membantah kekejaman dan keganasan rejim Zionis Israel terhadap umat Islam Palestin.
Sekali lagi wakil kedutaan Amerika enggan memperkenalkan dirinya ketika wakil PAS dan NGO menyerahkan memorandum membantah kekejaman rejim Israel, di pintu masuk bangunan kedutaan.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan beberapa orang wakil NGO tidak dibenarkan masuk ke kawasan bangunan kedutaan mereka hanya menyerahkan memo tersebut di luar pagar.

Perarakan bermula dari bangunan Tabung Haji itu melaungkan perkataan `Hancur Amerika, hancur Israel, hidup Palestin, hidup Islam, Allah Hu Akbar! Allah Hu Akbar!
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berada di depan kedutaan Amerika menegaskan penentangan terhadap Israel bukan kerana mereka bangsa Israil tetapi kerana mereka bersifat angkuh, ganas di atas muka bumi ini.

Beliau berkata Gaza merupakan sebuah penjara yang berukuran 30 kilometer lebar dan panjang 30 kilometer.

Malangnya tambah beliau, penduduk di situ merupakan orang yang dihalau keluar dari bumi mereka Palestin dan mereka diletakkan di penjara Gaza.

"Sekarang ini katanya Israel menyerang orang yang berada dalam penjara dan membunuh sesiapa sahaja sama ada orang Islam dan bukan Islam asal mereka tidak bersetuju dengan Israel," tegasnya.

Beliau yang mewakili PAS marah kerana Israel berperang tidak mengikut undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebaliknya mereka meledakkan bom di mana-mana sahaja termasuk sekolah.

Katanya, sifat Yahudi Israel tidak pernah berubah sebaliknya sifat zalim mereka akan berterusan dan inilah Yahudi yang dikutuk oleh Allah SWT. Image
"Kita kesal kerana negara-negara Arab yang berada di keliling Israel seperti Mesir tidak berbuat apa-apa," katanya.

Beliau kesal kerana negara-negara Arab tidak berani menghalau Duta Israel yang berada di negara mereka.

Menurut beliau, Malaysia perlu mengeluarkan kenyataan yang lebih tegas supaya tentera Zionis Israel menghentikan serangan terhadap Palestin.

Kotak kutipan derma bagi membantu umat Islam Palestin yang diedarkan, turut diletakkan di atasnya kasut melambangkan bekas Presiden Amerika yang dibaling kasut.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Pusat, Badrul Hisham Shaharin turut berucap Imagedan menegaskan perhimpuan ini merupakan amaran tegas kepada pemimpin negara Israel, Amerika.
Beliau menegaskan pertempuran itu bukan setakat antara Islam dengan Yahudi tetapi adalah pertempuran manusia melawan syaitan Zionis Israel dan Amerika.

"Hari ini kita ada di Kedutaan Amerika kita bawa patung dan kasut untuk Presiden George W Bush. Manusia ada kesabaranya dan jangan sampai kita bertindak di luar batasan," tegasnya.
Menurut beliau, perhimpunan ini merupakan amaran kepada kerajaan Islam yang menutup pintu sempadan dan kerajaan Islam yang takut dengan Amerika.

"Kita cabar negara Malaysia mengeluarkan kenyataan keras terhadap keganasan ImageIsrael dan Amerika," tegasnya.

Laungan laknat...Amerika dan mampus Amerika kemudian bergema.

Salahuddin Ayub turut mengumumkan 10 nama jenama barangan supaya seluruh rakyat memboikotnya. Beliau meminta orang awam tidak makan di KFC, McD, minum Coca-Cola, Pepsi Cola, membeli barangan Nestle dan minum di restoran Starbuck smanakala kaki rokok diminta berhenti menghisap rokok kerana banyak jenama rokok dikeluarkan firma Yahudi-Amerika.

Turut menyertai demonstasi, Ketua Muslimat Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Ahli Parlimen Kapar, Dr Siti Mariah Mahmood; Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah; wakil JIM dan pelajar IPTA.
Sebelum menamatkan perhimpunan bendera Israel dan replika patung Bush, dibakar.

Bush Pictures, Images and Photos

p/s: kan best kalo kasut tu betul2 kene kat kepale hotak si bush ni!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam