سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, January 12, 2009

++ Polis bersifat `Talam dua muka' anti Israel

IBU POLIS DIRAJA MALAYSIA NAMA: COLT COMBAT COMMANDER Pictures, Images and Photos

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Tangkapan seramai 21 orang aktivis yang menghadiri himpunan aman mengecam tindakan biadap dan ganas zionis Yahudi Israel terhadap umat Islam Palestin menunjukkan seolah-olah pihak polis bersifat `talam dua muka'.

Berikutan tangkapan tersebut Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh amat kesal dengan tindakan tidak profesional pihak polis yang tidak memberi kesempatan kepada aktivis untuk menunjukkan protes mereka.
Menurut beliau mereka membuat perhimpuan itu untuk menyatakan rasa protes terhadap keganasan zionis Israel.

"Protes anti Israel itu tindakan menyeluruh dilakukan rakyat seluruh dunia tetapi kenapa pihak polis mengambil tindakan membuat tangkapan terhadap perhimpunan malam itu," tegasnya.
Beliau mempersoalkan adakah disebabkan ramai yang hadir dalam perhimpunan itu ahli Jerit dan jika perkara itu benar ia suatu tindakan yang akan mengundang kesan yang tidak baik terhadap masyarakat bukan Islam.

Ini kerana katanya mereka boleh membuat perbandingan dalam perhimpunan pada setiap hari Jumaat yang dihadiri ramai umat Islam polis tidak mengambil apa-apa tindakan sebaliknya memberi peluang selama satu jam untuk meluahkan bantahan.

Menurut beliau cara tangkapan itu juga menunjukkan pihak polis bertindak tidak profesional kerana ketika Charles Santiago dan Dr Mohd Nasir cuba berbincang dengan pihak polis manakala SB di belakang membuat kepungan.
Beliau mempersoalkan bagaimana sikap polis Malaysia apakah mereka mengikut masa-masa tertentu menyokong perjuangan rakyat Palestin dan dalam masa yang sama mengambil tindakan terhadap penyokong perjuangan tersebut.

"Apakah pihak polis di Malaysia bersifat `talam dua muka'," tegasnya.
Dalam tangkapan polis menahan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad; Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Arutchelvan Subramaniam; Adun Kota Damansara yang juga Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Mohd Nasir Hashim, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago serta beberapa orang aktivis Suaram.


Ban Israel ! Pictures, Images and Photos
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam