سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, September 1, 2008

++ 4 Keperluan Bentuk Muslim Sejati

JANGAN salahkan Islam jika anda mengenali seorang Muslim yang jahat perangainya, hidup di kawasan perkampungan Melayu kotor atau anak mereka kaki dadah, merempit dan liar. Karma kemiskinan dan kebodohan membelenggu hidup mereka.

Adakah gambaran seperti ini mewakili nilai Islam? Sama sekali tidak. Agama ini begitu suci, sempurna dan relevan sepanjang zaman. Hanya pengikutnya yang tidak memahami dan tidak mahu mengamalkan ajarannya saja mencemar imej Islam.

Bagaimanakah Islam membentuk keperibadian pengikutnya? Bukankah sudah lahir tamadun Islam yang paling agung pada zamannya selama 800 tahun berkuasa di dunia ini? Bolehkah kegemilangan itu berulang kembali?

Untuk membentuk imej Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seorang Muslim perlu memenuhi empat keperluan asasi bagi dirinya iait u:


1 Riadah sebagai bekalan jasmani.
Rasulullah SAW menggesa umatnya memiliki kekuatan fizikal seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah. Bersungguhlah mengerjakan sesuatu yang bermanfaat bagi dirimu serta mohonlah pertolongan Allah dan jangan lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

Kekuatan fizikal hanya dapat dimiliki mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat iaitu seperti penjagaan kesihatan badan, gaya pema kanan seim bang dan senaman secara teratur. Bagaimana umat ini boleh berdiri sama tinggi dengan orang Barat atau Eropah yang jauh lebih maju dalam penjagaan kesihatan dan kecergasan mereka, jika kita berdiri sebagai seorang pemuda Islam yang memiliki ciri 3G iaitu gemuk, gebu d an gempal.

Padahal, Baginda SAW melatih sahabatnya den gan aktiviti lasak seperti berenang, berkuda, memanah, bermain tombak dan pedang. Terbukti kekuatan fizikal mereka mampu mengalahkan tentera kufar dengan perbandingan satu law an sepuluh.


2 Ibadat sebagai bekalan rohani.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” Ketenangan hati dalam sembahyang dan zikrullah, puasa dan sedekah diharapkan mampu melahirkan insan menyeluruh. Kesucian terpancar daripada hati dan kemuliaan tergambar lewat tabiat yang digayakan.

Hanya dengan ibadat kemantapan modal insan terbentuk dalam keperibadian kita. Satu kekuatan yang tidak pernah dimiliki orang ka fir adalah kekuatan roh dan jiwa yang diisi dengan ibadat. Tanda orang yang taat beribadat ialah boleh mengawal hawa nafsu, dekat dengan Tuhan dan jelas matlamat hidupnya.

Jika ibadat tidak dapat melahirkan jiwa yang sebegini maknanya ibadatnya itu perlu dipersoalkan, mengapa tidak memberi kes an pada peribadinya? Sesungguhnya tiada jurang pemisah antara ibadat dan perniagaan, ibadat dan belajar, ibadat dan bekerja kerana segala perbuatan baik yang diniatkan untuk reda Allah adalah inti ibadat.

Semestinya yang paling berjaya merebut pel uang perniagaan adalah mereka yang kuat beribadat, mereka yang bijak pandai semestiny a juga adalah ahli ibadat.


3. Ilmu bekalan untuk akal.
Ilmu duniawi harus seiring sejalan dengan ilmu agama supaya tidak terjadi kepincangan dalam keperibadian kita. Asas ilmu agama seperti aqidah, ibadat, akhlak dan syariah menjadi rujukan utama yang menterjemah nilai al-Quran dan hadis. Tidak cukup belajar membaca al-Quran saja tanpa mendalami tafsir, mengupas bab muamalat Rasul SAW dalam kumpulan hadis Baginda SAW.

Pendekatan yang diguna pakai dalam menghayati ilmu amat pelbagai, ada yang menitikberatkan bacaan tanpa hafalan atau cuba menulis apa yang dituntut. Semuanya bertujuan mendekatkan kita kepada Allah SWT dan meletakkan kita pada barisan orang yang mengikut jalan Rasulullah SAW.

Daripada ilmu berbuahlah amal, jika kita tidak ber ada pada majlis ilmu dalam jangka masa yang lama, mungkin kita akan berasa semakin jauh daripada hidayah Allah Taala. Petunjuk yang menerangi hati dan mententeramkan adalah ilmu agama. Di sana kita belajar bagaimana menyucikan hati, menguatkan keyakinan dan melakukan amal yang sahih. Dengan ilmu seolah-olah Tuhan membukakan jalan yang luas menuju syurga-Nya.

Ilmu yang bermanfaat perlu diikat dengan bacaan, tulisan dan penyampaian kepada orang lain. Ilmuwan yang tidak mahir menulis, kurang membaca atau tidak gemar memberi tunjuk ajar akan mengalami gejala kekurangan bekalan maklumat dan penurunan tahap intelektual. Jika pepatah menyatakan makin menuntut makin berasa banyak yang kita tak tahu, bagaimana dengan yang tidak menuntut tentu lebih teruk ketinggalan.


4. Seni sebagai bekalan emosi dan perasaan.
Manusia diciptakan selain memiliki jasad dan hati serta akal, ia juga dibekal dengan satu kekuatan yang perlu diurus supaya hidupnya sempurna. Kekuatan itu ialah emosi atau perasaan semula jadi yang Allah ciptakan untuk kita.

Pada fitrahnya manusia perlukan sentuhan pada perasaannya dengan mendengar syair atau lagu, puisi atau kisah indah yang mempunyai nilai sastera yang tinggi. Hal ini adalah keperluan asasi bagi manusia disamping ilmu, ibadat dan riadah. Nabi SAW mempunyai penyair yang hebat seperti Hasan bin Tsabit. Sahabat juga suka melantunkan syair perjuangan dan persaudaraan. Islam memberi ruang untuk kita menikmati seni dengan syarat ia tidak memuja kekufuran dan mempamerkan unsur-unsur keji.

Diperlukan sentuhan seni untuk menterjemahkan cinta kepada Ilahi, sayang menyayangi dan memuji kesucian perasaan. Doa yang diucapkan penuh penghayatan lebih nikmat dibaca berbanding dengan doa sekadar hafalan. Penghayatan itulah yang dinamakan improvisasi dalam bahasa sastera dan khusyuk dalam bahasa orang sufi.

Akhirnya sembahyang yang didirikan itu bagaikan pementasan sejuta perasaan indah yang dipersembahkan kepada Tuhan. Bacaan al-Quran itu bagaikan karya agung yang dipuisikan sebagai gambaran ideal kesempurnaan nilai suci.

Begitulah apabila seorang hamba berjiwa seni menggerakkan penghayatannya ketika beribadat. Seni dalam Islam menjadikan jiwa kita tenggelam dalam aliran sungai yang bermuara di sisi Allah Taala, seni adalah akidah, ibadat, akhlak dan syariah. Bukan seni untuk seni semata.

Bekalan itu diharapkan menguatkan keperibadian hamba-Nya, kerana hidup ini untuk dinikmati dengan bimbingan agama bukan dieksploitasi oleh nafsu syahwat dan pujuk rayu syaitan.

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam