سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, August 27, 2008

++ Rahsia 5 jari..

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di
sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari
anda. Kemudian,
genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan
..."Allahu
Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti
dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung
dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan
diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
Bermula
daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil,
seperti manusia dan apa
sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan
terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja
yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur
buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan
memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu
juga dengan
usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus
ini. Apatah lagi
kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan
berlian,
bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja
menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai
cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada
usia ini, anda
sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah
dipertanggungjawabkan segala
amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling
tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian
menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai
status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang
teguh. Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak
"hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki,
hantu ego, hantu
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi
lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Jesteru itu, amal ibadat
mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang
mengungkap satu
dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua
jari dan
keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah,
menjadi contoh
dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini,
hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang
kaya dengan
idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek
tetapi
menunjukkan kematangan dan kehebatan yang
membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap
jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan
berjalan lancar. Buat
generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang
berpengalaman. Sekiranya
petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh
berkata "good" atau "yes"
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke
atas itulah rahsia
kejayaan anda

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam