سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, January 18, 2009

++ DOA UNTUK SAHABAT TERSAYANG.

sahabat Pictures, Images and Photossahabat Pictures, Images and Photosbadge sahabat Pictures, Images and Photos

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai
Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam
buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman,
Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya.

Ya Allah
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau
jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia
adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu
ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang
hanya Allah yang akan menentukan segalanya.


Ya Allah
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah
kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah
Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa
melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada
suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya.
Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau
hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya
melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada
suatu kesakitan melainkan telah Engkau
sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari
keperluan dunia dan akhiratnya yang telah
Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan
telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai
Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu
dan berubahnya kesejahteraanMu dan
mendadaknya seksaMu dan berbagai macam
murkaMu.

Ya Allah
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu
tabahkanlah dia dalam menghadapi segala
urusan dan kekuatan dalam menerima
petunjukMu.

Ya Allah
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan
sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang
mensucikannya.

Ya Allah
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi
pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-
baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya
dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah
untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya.
Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya,
terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-
dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya
kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah
perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku
rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka
ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan
Engkau mengetahui segala hajatnya, maka
kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku
bermohon baginya kepadaMu keimanan yang
selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang
kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak
akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah
Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa
sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah
semata-mata yang meluputkannya. Dan apa
sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang
semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia
buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan
ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya
Allah jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan
hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan
segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah
jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu
dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk
mencari keredhaanMu.

Ya Allah
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-
hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai
penguat untuknya mencintai apa yang Engkau
cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu
sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain
Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan
Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang
agung.Amin...

Sahabat Pictures, Images and Photos-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam