سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Saturday, December 6, 2008

++ Tolaklah kejahatan dengan cara terbaik...

devil Pictures, Images and Photos TO



Allah memerintahkan golongan beriman supaya menolak kejahatan dengan sesuatu yang lebih baik:

Firman Allah, maksudnya:
DAN TIDAKLAH SAMA KEBAIKAN DAN KEJAHATAN. TOLAKLAH (KEJAHATAN ITU) DENGAN CARA YANG LEBIH BAIK, MAKA TIBA-TIBA ORANG YANG ANTARAMU DAN ANTARA DIA ADA PERMUSUHAN SEOLAH-OLAH TELAH MENJADI TEMAN YANG SANGAT SETIA. (SURAH FUSHSHILAT AYAT 34)

Dan lagi firman Allah, maksudnya:
TOLAKLAH PERBUATAN BURUK MEREKA DENGAN YANG LEBIH BAIK. KAMI LEBIH MENGETAHUI APA YANG MEREKA SIFATKAN (SURAH AL-MU’MINUUN:AYAT 96)

Sebagaimana yang dinyatakan daripada ayat-ayat di atas, Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman, mereka akan mendapatkan kebaikan apabila mereka menangkis kejahatan dengan perkara baik. Malah dalam setuasi permusuhan hubungan antara musuh boleh bertukar kepada persahabatan yang baik.

Ini juga merupakan kesan daripada pengertian orang beriman tentang kasih sayang. Apabila seorang yang beriman menyaksikan sikap yang tidak disukai Allah, mereka mula-mula mendekati pesalah dengan rendah diri dan sikap toleransi tanpa sikap bangga. Ini kerana mereka tahu bahawa sikap bangga akan memberi kesan yang tidak baik ke atas hidup mereka di akhirat kelak. Ia berbeza dengan mereka yang tidak mematuhi akhlak yang diajarkan dalam Al-Qur’an, dan berpegang pada alasan yang rapuh dan berkata “orang itu yang buat salah, dialah yang patut merendah diri” atau “ biarkan dia buat sesuka hati dia”.

Mereka sedar bahawa Allah suka golongan yang bersikap paling baik dan menunjukkan sikap baik walau terpaksa menjadi mangsa kejahatan. Mereka bertindak selari dengan Al-Qur’an. Mereka tahu dengan bersikap merendah diri, bukan satu kerugian tetapi satu perolehan yang besar di sisi Allah.

Orang beriman menempuhi berbagai-bagai jenis perangai manusia sepanjang hidup mereka. Namun mereka tidak lari daripada mengamalkan akhlak yang digariskan buat mereka terhadap sikap orang lain. Setengah orang mungkin bercakap secara sinis dan menghina dalam kata-katanya. Mereka mungkin tunjuk kemarahan, permusuhan atau buat sesuatu yang bahaya. Bagaimanapun seseorang yang beriman sentiasa tetap dalam keserderhanaan, berbudi bahasa dan bersifat belas kasihan, dia tidak membalas kata-kata keji tersebut.

Dia tidak mengejek orang yang mengejeknya, dan tidak marah kepada orang yang memarahinya. Dia tetap tenang bila diberi layanan yang tidak baik. Malah dia bersikap baik dan tolenransi terhadap seseorang yang telah memudaratkannya.
Tidak ragu-ragu lagi, sewaktu menunjukkan semua sikap ini, orang beriman sentiasa bersifat rasional; mereka tidak membenarkan orang lain melakukan sebarang bahaya atau ketidakadilan kepada diri mereka atau orang beriman yang lain. Daripada pekerti yang baik itu, mereka telah menunjukkan keindahan nilai-nilai Al-Qur’an yang dapat menarik orang berakhlak seperti yang disukai dan diredhai Allah.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa sikap buruk golongan tertentu bukan alasan bagi kita untuk lari dari standard akhlak kita yang tinggi. Itu satu kecuaian yang Allah tidak sukai. Bagi setiap perbuatan seseorang, mereka masing-masing bertanggungjawab kepada penciptaNya. Menurut Al-Qur’an, apabila sikap pengasih, penyayang dan kebaikan dapat ditunjukkan dan dipertahankan ketika berhadapan dengan sikap keji, ia satu tanda kepatuhan yang bersungguh-sungguh kepada akhlak anjuran Al-Qur’an. Ini kerana sikap yang terpuji dalam diri seseorang yang beriman akan terbukti dengan kekuatan kepatuhannya kepada Allah. Ya, memanglah orang yang dimaksudkan bersikap sedemikian dengan sabar hanya untuk mencari keredhaan Allah.

Dalam kita menasihati mereka yang membuat kesalahan, jangan sesekali kita lupa untuk menasihatkan diri kita sendiri juga, sikap menasihati orang lain tanpa mengingati bahawa diri kita juga harus mengambil pengajaran dari nasihat itu hanya akan menimbulkan sifat ujub dan sombong dalam diri kita. Sekali kita menasihati/membetulkan kesalahan orang lain seharusnya dari situ juga lebih berganda kali kita mengambil pengajaran dan menasihatkan/membetulkan diri kita sendiri juga.

Jangan pula hari ini kita membetulkan kesalahan orang, tetapi di hari lain kitalah orang yang mengulangi kesalahan yang sama, itu tandanya ketika kita menasihati seseorang kita sebenarnya tidak ikhlas, lupa diri dan ujub, malah sikap begini hanya mencerminkan kita sebenarnya lebih layak dinasihati/dipelbetulkan dan bukannya memberi nasihat/mempelbetulkan orang lain.

Seharusnya peribadi setiap orang yang beriman boleh diibaratkan sebagai sepohon pokok yang rendang dan berbuah, boleh menjadi tempat untuk berteduh, malah jika dibaling dengan kayu atau batu, akan dibalasnya dengan buah yang masak lagi enak. Begitulah sifat terpuji yang harus dimilik.

Wallahu’alam

Ya Allah kau bantulah aku untuk menjadi seorang yang sepertimana engkau kehendaki.. Amin yarabbal alamin..

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam