سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, January 21, 2009

++ Israel: Setakat berdemonstrasikah kita?

dasar yahudi Pictures, Images and Photos

Anual Bakri Haron
Mon | Jan 12, 09 | 12:12:55 pm MYT
Wawancara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan sebuah akhbar tempatan yang menganjurkan supaya satu boikot terancang diatur oleh dunia Islam cukup menarik. Barangkali kerana 'mual' dengan sikap berdiam diri kabinet negara walaupun Palestin telah masuk hari kelapan dibedil dan angka korban sudah menghampiri 500 orang, Tun Dr Mahathir berdiri dalam kapasiti perseorangan.

Apa yang paling menarik dalam kenyataan Pengerusi Yayasan Anti Perang, Kuala Lumpur ini adalah anjuran boikot yang teratur dan terancang. Jika inilah hujah Tun Dr. Mahathir, maka tidak syak lagi boikot berstruktur ini hendaklah datang daripada kerajaan.
Tidakkah keputusan-keputusan signifikan negara seperti langkah membeli pesawat pejuang atau mengimport minyak menggunakan Dolar Amerika adalah sesuatu yang diputuskan oleh kerajaan? Bagaimanapun, meragui kemampuan negara-negara umat Islam ini melakukan boikot, Dr Mahathir nampak bahawa kuasa pengguna melibatkan 1.3 bilion umat Islam tentu sekali perlu menjadi pilihan terbaik.

Dalam hal-hal yang sebeginilah terserlahnya kepintaran Tun Dr Mahathir yang tidak dapat ditandingi oleh Presiden Umno sekarang ini atau bakal Presiden Umno yang akan datang. Lantaran itulah pula kira-kira 15 tahun yang lalu, Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan menganggap Dr Mahathir ini seorang yang cerdik. Tinggal lagi, sayangnya kecerdikan beliau ini digunakan untuk sekular dan tidak untuk perjuangan Islam.
Ketiga-tiga langkah untuk mengajar Israel seperti yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir boleh ditumpang untuk difikirkan oleh dunia Islam. Pertama, tidak menggunakan Dolar Amerika. Kedua, negara-negara Islam perlu menghentikan membeli bon-bon AS untuk memulihkan ekonomi Amerika yang dah bankrap itu. Ketiga, rakyat memboikot pembelian barang-barang keluaran Amerika seperti apa yang dilakukan oleh rakyat Selatan Thailand yang tidak minum Coca Cola.

boikot
Sudah tentu fikiran Tun Dr Mahathir ini perlu diterjemahkan melalui perancangan teratur serta berstrategik supaya boikot ini menimbulkan kesan. Pihak persatuan pengguna perlu dengan cepat menyenaraikan semua barang-barang keluaran Amerika dan Israel. Begitu juga dengan keperluan untuk menghentikan penggunaan Dolar Amerika dalam urusan perdagangan. Mungkin, langkah permulaan jangka pendek adalah dengan menggunakan Yen sambil cuba mewujudkan matawang tunggal berasaskan dinar di negara-negara Islam.

Semua orang tahu bahawa ekonomi AS sudah bankrap. Jika tidaklah kerana kekeliruan warga dunia tentu "wang fiat" yang tidak disandarkan kepada emas ini diterima, AS sudah runtuh.
Langkah tidak menggunakan Dolar Amerika akan bermakna duit pemimpin-pemimpin dan saudagar-saudagar Arab tidak lagi dibeku dalam bentuk bon di Washington. Masalahnya sekarang apabila duit pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli korporat Islam ditambat di dalam ekonomi AS yang memberi keuntungan percuma kepada mereka.
Inilah senjata yang sedang dibeli sekarang ini dan sedang diletupkan di bumi umat Islam di Palestin.

Masalah utama, pemimpin Islam di dunia Arab terkini ialah mereka telah dijangkiti oleh kuman Yahudi. Mereka "kasihkan dunia dan takutkan mati". Dalam al-Quran sendiri, Allah telah menyentuh tentang orang Yahudi yang suka hidup walaupun hingga 1,000 tahun.

Dalam keadaan itu, pemimpin dari Arab Fatah pula reda melihat Arab Hamas kebuluran asalkan dia kekenyangan. Sikap ini telah disempurnakan lagi melalui restu jahat Fatah yang bekerjasama untuk mengenakan sekatan ekonomi kepada bumi Palestin itu sendiri. Ini menyebabkan 500,000 anak Palestin kebuluran. Sesungguhnya Fatah adalah duri dalam daging umat Islam di Palestin dan musuh kepada proses perdamaian.

Dalam keadaan seluruh warga dunia berkabung menerima berita malapetaka penyembelihan umat Islam di Tebing Gaza, mari kita tinjau pula sikap AS:

a) Walaupun Majlis keselamatan PBB memutuskan gencatan senjata sebagai asas penyelesaian, AS menolak.
b) Sebaliknya walaupun dari muncung senapang Yahudi, dunia termasuk AS sendiri sudah melihat kekejaman yang telah meragut nyawa hampir 500 orang termasuk 100 wanita, warga tua dan kanak-kanak, meninggalkan 2,285 yang cedera di sepanjang 750 pusingan serangan dalam tempoh 8 hari, AS masih tergamak menegaskan bahawa "tentera Israel bebas untuk terus melancarkan serangan udara dan kini darat (bermula 4 Januari 2009) ke atas Gaza.
c) Mengikut Timbalan Setiausaha Akhbar di White House, Israel berhak berbuat apa saja untuk melindungi rakyatnya dimana semua keputusan bergantung mutlak kepada Israel sendiri.
d) Hamas perlu patuh syarat rejim Zionis (tidak syarat PBB) jika mahukan gencatan senjata.
Aduh! Cukup seksa apabila kita dipaksa mengunyah dan menelan kebiadaban hujah dan alasan AS untuk menghalalkan pengkhianatan Zionis. Hujahkah ini atau apakah ini?

Membedah pendirian AS yang sangat pelik ini, kita perlu kembali kepada sejarah seperti apa yang diperingatkan oleh al-Quran. Sikap orang Yahudi Terhadap Nabi Muhamad s.a.w. dijelaskan dalam mafhum ayat berikut:

"(Iaitu) orang-orang Yahudi yang mengatakan: 'Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang rasul, sebelum dia mendatangkan kepada kami korban yang dimakan api'. Katakanlah: 'Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa orang Rasul sebelumku, membawa keterangan-keterangan yang nyata dan membawa apa yang kamu sebutkan, maka mengapa kamu membunuh mereka jika kamu orang-orang yang benar.'" (Surah Ali 'Imran: 183)

gencatan senjata
Pada awal Januari 2008 mereka mengepung Gaza. Pada Jun hingga November 2008 mereka bersetuju bergencat senjata. Awal November Israel melanggar gencatan senjata dan menyerang Gaza. Apabila Hamas menyerang balas pada 19 November, Hamas pula dituduh memulakan keganasan. Kini, Tel Aviv menyerang tanpa syarat dan AS menyokong Israel atas alasan Israel sedang mempertahankan diri?

Dalam konteks memahami pendirian AS yang pelik ini, ia tidaklah terlalu pelik. Seawal tahun 1948 pun, dunia yang celik sudah tahu jawapannya. Tidakkah selang 11 minit selepas negara Israel itu diproklamasikan pada tengah malam 14 Mei 1948, Presiden Truman, Presiden AS di ketika itu telah membuat pengesahan. Ini sebuah "quid pro quo" � sebuah pengiktirafan tertinggi untuk kezaliman Zionis.

Bahkan sikap AS ini boleh seterusnya dibaca melalui kenyataan Ariel Sharon, Perdana menteri Israel ketika itu sewaktu mengherdik Shimon Peres pada 3 Oktober 2001 seperti dirakamkan oleh IAP News.

Ia berbunyi: "Every time we do something, you tell me Americans will do this and will do that. I want to tell you something very clear: Don't worry about American pressure on Israel; we the Jewish People, control America. And the Americans know it."
Dalam skima bacaan percaturan yang selanjutnya, walaupun dunia hampir tidak boleh lagi meletakkan harapan kepada Washington tetapi buat sementara waktu kita perlulah menghantar sepucuk nota kepada Obama selaku bakal Presiden.
Ini sekurang-kurangnya demi menyangkutkan sebuah harapan baru sebagai tanda berbaik sangka. Obama harus ingat bahawa pertama, jika keadilan tidak diberikan kepada rakyat Palestin, maka tidak akan wujud jaminan keselamatan kekal ke atas kaum Yahudi.
Kedua, jika hak dan keadilan terhadap rakyat dan bumi Palestin tidak dipelihara, tidak akan ada kedamaian di Timur Tengah. Ketiga, kekacauan Timur Tengah akan bererti kekacauan berpanjangan ke atas keamanan dunia.- tajdid_

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam