سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, January 21, 2009

++ Barack Obama angkat sumpah Presiden AS

GAMBAR menunjukkan Obama disertai isterinya, Michelle mengangkat sumpah di pekarangan bangunan Capitol, di Washington, awal pagi tadi.

WASHINGTON: Barack Obama yang mencatat sejarah sebagai orang kulit hitam pertama diisytihar Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam upacara gilang gemilang di sini pagi tadi, memikul harapan tinggi dunia untuk memulihkan hubungan Washington dengan kebanyakan negara, terutama negara Islam.

Obama, 47, anak seorang lelaki dari Kenya dan ibunya, wanita kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 di pekarangan bangunan Capitol, disaksikan jutaan manusia yang memenuhi National Mall, dari Capitol Hill ke Tugu Peringatan Lincoln, tempat pejuang hak asasi manusia kulit hitam, Martin Luther King Jr menyampaikan impiannya dalam satu ucapan bersejarah mengenai perpaduan kaum di Amerika pada 1963.

Tinjauan pendapat Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) London mendapati krisis kewangan global patut menjadi keutamaan teratas Obama, diikuti pengunduran tentera AS dari Iraq, menangani perubahan cuaca dan merundingkan perdamaian di Asia Barat.

Ketika memberi penghormatan kepada wira hak asasi manusia itu sempena hari jadinya kelmarin, Obama berkata: "Esok kita akan berkumpul di tempat yang sama di mana impian Dr King masih bergema".

"Apabila kita berkumpul di sini di Amerika, kita harus sedar bahawa nasib kita adalah berkait rapat di antara satu sama lain. Bila kita berjalan, kita berjalan seiringan.

"Tatkala kita maju ke depan bagi menunaikan janji kita kepada negara ini, kita tidak harus lupa pengajaran yang diperoleh daripada (Martin Luther) King - bahawa walaupun impian kita berasingan, ia adalah satu," kata Obama. Pagi semalam, Obama dan isterinya, Michelle memulakan upacara pelantikan dengan mengunjungi presiden yang akan melepaskan jawatan, George W Bush dan isterinya, Laura Bush di rumah baru mereka di Rumah Putih.

Selepas mengangkat sumpah untuk 'memelihara, melindungi dan mempertahankan' perlembagaan AS, Obama menyampaikan ucapan sulungnya sebagai presiden.

Orang ramai mengharungi cuaca sejuk di Washington pagi semalam dan berasak-asak untuk menyaksikan pengisytiharan presiden baru mereka sama ada dari bahagian depan kepada sebilangan yang bernasib baik atau dari skrin gergasi bagi ribuan lain.

Renita King, 46, terbang dari Hosuton, Texas dengan anak lelakinya berusia enam tahun, Arthur, bagi menyaksikan penghapusan prejudis perkauman yang terpaksa dilalui oleh ibunya yang kini berumur 73 tahun.

"Saya berada di sini untuk ibu saya kerana dulu orang kulit hitam dihina dan dipanggil 'nigger'," katanya.

Perang terhadap keganasan adalah sebahagian daripada cabaran yang menanti Obama. Dari Gaza ke Guantanamo, beliau menghadapi dunia yang penuh dengan pergolakan.

Selepas upacara mengangkat sumpah, Obama dan Naib Presiden, Joseph Biden, makan tengah hari dengan anggota Kongres, hakim Mahkamah Agung dan barisan Kabinet baru termasuk Setiausaha Negara, Hillary Clinton. - Agensi

sumber:BH


-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam