سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, December 30, 2008

++ Terhutang Budi ?

www.iluvislam.com
Adibah Abdullah*
Editor : mawaryangtinggi

Salam.

Saya kurang senang dengan nada 'terhutang budi'. Frasa yang lebih sedap didengar, barangkali, ialah 'mengenang budi'. Kalimat 'hutang' itu seolah-
olah menekan sesiapa yang pernah menerima kebaikan daripada pihak lain untuk berasa terbeban dan terpaksa untuk membalas kebaikan tersebut, walaupun melibatkan logika yang karut.

Pada pendapat saya, budi bukan untuk dipulangkan atau dikembalikan. Itu bukan kewajiban. Kalau kamu pernah menolong saya dalam satu-satu perkara, tidak ada autoriti yang boleh menyuruh saya menolong kamu suatu hari nanti apabila kamu memerlukan, hanya kerana pertolongan itu.

Mengapa? Kebaikan yang dilakukan itu adalah pilihan individu untuk melakukannya, si penerima tidak akan dapat memaksa pemberi, jika budi diberi dengan paksaan maka ia bukan lagi budi. Mengapa penerima perlu dibebankan oleh keputusan bebas oleh si pemberi? (Ini terutamanya boleh diaplikasikan dalam konteks "termakan budi, tergadai body" - perhatian dan wang ringgit yang dicurahkan menyebabkan penerima rasa bersalah untuk menolak permintaan pemberi. Hello, budi itu diberi atas kerelaan sendiri, kenapa mesti dibalas? Ini jual beli ke? Saya tidak faham dengan orang yang rasa bersalah tidak tentu hala begini, apatah lagi sampai merosakkan diri!)

Satu lagi sebab mengapa saya berpendapat budi bukanlah sesuatu yang boleh dihutang-hutangkan, atau dijadikan bahan peras ugut emosi (emotional blackmail), adalah kerana konsep PEMBALASAN bagi orang yang berTuhan adalah hak mutlak Tuhan. Tidakkah silap jika si pemberi berharap budinya akan dibalas oleh si penerima, atau si penerima menyangka perbuatan baiknya kepada si pemberi dapat menebus budi yang ditaburkan? Ganjaran untuk orang yang berbudi, tidak kiralah kepada siapa budinya diberi, adalah anugerah dan rahmat Tuhan. Manusia - terutamanya Muslim - perlu belajar membentuk pandangan dunia (worldview) bahawa daripada tangan siapapun sesuatu sampai, ia digerakkan oleh Allah S.W.T., supaya tidak timbul masalah pergantungan melampau dengan manusia sampai lupa apa yang Allah suruh buat.

Berbalik kepada institusi atau organisasi yang 'berbudi', di sini saya lihat ada kesilapan (fallacy) juga. Budi adalah sesuatu yang dilakukan dengan pilihan, di mana pemberi boleh memilih sama ada hendak melakukannya atau tidak. Jika kebaikan itu adalah tanggungjawab, saya ulang, tanggungjawab, obligasi, kewaji
ban, maka, ia bukan lagi budi. Malah menjadi kesalahan jika ia tidak dilakukan oleh institusi terbabit.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan konsep 'hutang' budi, tetapi saya mencadangkan konsep 'kenang' budi sebagai gantian. Kita tidak bergantung dengan manusia, tetapi kita diajar Allah mengamalkan sikap tolong-menolong dan berterima kasih. Sepertimana tidak ada paksaan untuk orang berbudi kepada kita, tetapi mereka memilih untuk menabur kebaikan, demikian jugalah tidak ada paksaan untuk kita berbudi kembali, tetapi sebagai manusia yang berperikemanusiaan, sewajarnyalah kita memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan, walau kepada sesiapapun - sama ada penerimanya pernah berbudi kepada kita atau tidak. Bukan kerana budi yang pernah kita terima, tetapi kerana Allah menganjurkan, malah memerintahkan supaya berbuat baik sesama manusia.

Kita tahu kebaikan yang dilakukan oleh ibu bapa, institusi, o
rganisasi, semuanya adalah kewajiban mereka, bukannya budi yang sukarela, tetapi kita diperintahkan oleh Allah supaya berbuat baik, menghormati, dan mentaati figura-figura autoriti ini. Malah dalam sesetengah sistem - seperti kekeluargaan dan pendidikan - ketaatan dan penghormatan yang dituntut adalah hampir mutlak, dengan pengecualian hanya dalam satu aspek - jangan sampai bertentangan dengan suruhan dan larangan Allah keseluruhannya. Jangan kita lupa dengan ingatan (caveat) ini apabila menjadikan ketaatan dan penghormatan itu sebagai justifikasi untuk melakukan sesuatu.

Dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Post-Script: Memandangkan saya ada menyebut 'ibu bapa' dalam bahagian untuk 'tanggungjawab vs budi sukarela' - saya akui, amnya kasih sayang ibu bapa dalam mengasuh dan bermesra dengan anak-anak adalah ikhlas dan sukarela, malah lebih daripada apa yang diwajibkan. Malah ketaatan kepada ibu bapa diberi perhatian khusus dalam ajaran Islam, walaupun caveat yang sama tetap dikenakan.




0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam