سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, December 12, 2008

++ Hutang biar jelas di dunia, jangan tunggu di akhirat...



Daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tangguhan (daripada) si kaya itu (dalam membayar hutang) adalah (satu) kezaliman. Dan jika seseorang daripada kamu diminta menukar hutangnya kepada seorang yang kaya, maka hendaklah dia (si pemberi hutang) menerimanya.”

(HR Bukhari dan Muslim. no. 1613 dari Kitab Nuzhatul Muttaqin)


Penjelasan lanjut:

Contoh setuasi menukar hutang: Jika Ahmad berhutang dengan Ali dan tidak membayarnya. Ali meminta hutang tersebut dijelaskan, tetapi Ahmad tidak juga membayarnya. Kebetulan Zainab pula berhutang dengan Ahmad. Ahmad berkata, “Hutang aku ini, kau (wahai Ali) mintalah daripada Zainab, kerana dia juga ada berhutang denganku sebanyak hutang tersebut”. Maka Ali sepatutnya menerima tukaran tadi kerana menolong Ahmad mengelakkan dirinya daripada menangguh-nangguh yang diharamkan itu. Ini kerana bila dia menerimanya, maka bererti Zainab pula yang berhutang dengan Ali dan dia (Zainab) tidaklah perlu lagi membayar hutangnya kepada Ahmad. Maka Ali perlu memintanya daripada Zainab dan lepaslah Ahmad daripada berhutang dengan Ali. Hiwalah ini terjadi sekiranya Ali dan Ahmad ada persetujuan.

Pengajaran:

1. Haram menangguh-nangguh pembayaran hutang setelah mempunyai kemampuan untuk membayarnya.

2. Haram juga menangguhkan pembayaran kepada pemiutang dengan alasan bahawa dia adalah seorang yang kaya, kerana ini juga boleh difahami daripada hadis. Hutang wajib dibayar sekalipun pemiutang itu kaya raya.

3. Orang yang melambatkan pembayaran hutang bukan sahaja menzalimi orang lain dengan penangguhannya itu, bahkan juga dirinya sendiri. Ini kerana dia sendiri yang menghilangkan kepercayaan orang lain terhadapnya dan membuka ruang kepada orang lain untuk membenci dan mencelanya.

4. Orang yang tidak mampu membayar hutang kerana malas berkerja dan bukannya kerana keuzuran juga termasuk dalam golongan yang dibenci oleh agama.

5. Hutang wajib dibayar apabila sampai masanya, walaupun tidak dituntut oleh si pemiutang. Bahkan membayarnya sebelum tiba waktunya adalah lebih baik jika mampu, kerana melepaskan diri daripada bebenan hutang tersebut.

6. Harus akad hiwalah jika mahu mengadakan pertukaran hutang dalam Islam.

7. Suruhan Rasulullah s.a.w. dalam hadis tadi supaya menerima “hiwalah” hanyalah pengesyoran (irsyad) dan bukannya satu kewajiban bagi tuan hutang tersebut untuk menerimanya. Rasulullah s.a.w. memberikan cadangan supaya kita mempunya jalan keluar yang mudah dan pelbagai untuk lepas dari dibebani hutang.

“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Adz-Dzaariyaat: ayat 55)

Wallahu’alaam

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam