سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, December 7, 2008

++ Hari wukuf vs Hari terakhir Monsoon Cup


Salam..


Hari ini 9 Zulhijjah 1429 adalah hari wukuf bagi mereka yang sedang mengerjakan fardu Haji.
Hari ini juga,7 hb Disember 2008, adalah hari terakhir kejohanan Monsoon cup yang dijalankan di "negeri yang beriman", Terengganu. Jelas perbezaan antara kedua aktiviti yang sedang berlangsung di "negeri yang beriman"

Umat Islam yang tidak menunaikan fardu Haji digalakkan berpuasa sunat pada hari ini dengan janji ganjaran pahala yang besar dari ALLAH.Umumnya, "di negeri yang beriman" satu ketika dulu,hari wukuf seperti hari ini mendapat sambutan yang cukup meluas di kalangan rakyat.Para ulamak lampau dengan disokong oleh pemerintah atau Sultan menyediakan berbagai bagai ruang dan kemudahan bagi rakyat mengerjakan ibadat puasa pada hari wukuf seperti hari ini dan sepanjang 10 hari pertama bulan zulhijjah, segala program ibadat yang dianjurkan olih Islam diperbanyakkan sehinggalah kemuncaknya pada aidil adha yang melihat umat Islam di "negeri yang beriman" mengerjakan ibadat korban.

Itu dulu, kata orang dulu lain sekarang lain.Kalau dulu rakyat digalakkan melakukan ibadat sunat sepanjang 10 hari pertama bulan zulhijjah tetapi sekarang aturcaranya berbeza malah bertentangan sekali dengan apa yang dianjurkkan Islam.Sepanjang 3 hingga 7 Disember, "negeri yang beriman" menjadi tuan rumah dan penganjur acara bertaraf dunia yang dinamakan Monsoon Cup di mana acara kemuncaknya jatuh pada hari ini, bersamaan dengan hari wukuf yang bertaraf akhirat.

Kalau hari wukuf, berbagai bagai anjuran ibadat sunat dicadangkan olih Islam, tetapi hari kemuncak Monsoon Cup mengandungi berbagai bagai kemungkaran dan kemaksiatan.Sungguhpun peserta acara Monsoon Cup ini terdiri dari orang bukan Islam tetapi penganjurnya adalah orang Islam.Orang Islam yang sepatutnya menyahut seruan ibadat di hari wukuf bakal berkampung di Pulau Duyung untuk menjadi "host" kepada acara kemuncak Monsoon Cup.Antara mereka ialah para pemimpin negara dan negeri yang menjadi pemimpin rakyat keseluruhannya.

Sementara wang rakyat digunakan untuk acara Monsoon Cup ini.Nampaknya saranan Islam agar menganjur maaruf dan mencegah mungkar sudah terbalik kepada menganjur mungkar dan mencegah maaruf.Yang menterbalikkan anjuran ini ialah pemerintah dengan menggunakan wang rakyat.

Semuga ALLAH menjauhi bala kepada "negeri yang beriman". Tetapi seharusnya rakyat yang masih ingat mati dan kejayaan yang abadi di akhirat memperbanyakkan doa dan ibadat agar pertolongan ALLAH akan tiba untuk menghapuskan segala kemungkaran dan kemaksiatan yang sedang berleluasa di bumi "negeri yang beriman"




0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam