سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, October 12, 2008

++ Tanda Soal (?)


Tanda Soal

Oleh Muhammed Salehudin Aman

SALAH satu tanda baca yang tidak kurang pentingnya ialah tanda soal (?). Fungsi tanda soal yang utama ialah sebagai penanda pertanyaan.

Beberapa status ayat seperti ayat penyata (ayat berita), ayat perintah, dan ayat seruan dapat menjadi ayat tanya dengan membubuh tanda soal di akhir ayat tanpa mengubah bentuk klausa ayat. Ayat penyata yang boleh dialih statusnya ialah ayat penyata biasa yang tidak mengandungi kata tanya. Dengan demikian, ayat tanya yang terhasil itu menjadi ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh:

1. Harga petrol naik lagi. (menjadi: Harga petrol naik lagi?)

Ayat yang diakhiri dengan tanda tanya tidak perlu dibubuh tanda titik lagi, kerana tanda soal itu menggantikan tanda titik.

Dalam tulisan, setiap ayat yang memiliki tanda soal terletak di akhir ayat yang lengkap. Namun begitu, terdapat juga tanda soal di tengah ayat, iaitu tanda soal yang mengakhiri ayat lengkap dalam ayat majmuk. Perhatikan contoh yang berikut:

2. Dia hendak menipu aku? Menjadi pertanyaan yang sukar hendak dijawab.

3. Aku yang tertipu? Terbayang dalam benakku.

Tanda soal diperlukan bagi setiap ayat tanya dalam ayat majmuk yang

panjang, yang mempunyai beberapa deretan ayat kecil. Contohnya:

4. Awak menyesal? Baru sekarang awak menyebut awak menyesal?

5. Pukul berapa Yang Berhormat ADUN sampai? Pukul dua? Pukul tiga?

Ayat tanya sering menggunakan partikel -kah bagi tujuan penegasan, kelembutan dan kesepaduan yang harmoni antara unsur penanda pertanyaan dengan penggunaan tanda soal dalam ayat, selain tujuan penjudulan perkara yang diutamakan. Jadi ayat (4) dan (5) di atas boleh saja dibina semula menjadi:

4. (a) Menyesalkah awak? Baru sekarangkah awak menyebut awak menyesal?

5. (a) Pukul berapakah Yang Berhormat ADUN sampai? Pukul dua? Pukul tiga?

Terkadang, partikel -kah dapat digantikan dengan kata pembenar ya, atau kata nafi bukan, atau kata-kata lain yang membawa maksud mengiakan atau menafikan sesuatu kenyataan, untuk menjadikan ayat induk itu ayat tanya. Apabila hal ini berlaku, tanda soal dibubuhkan selepas kata ya, atau bukan yang membentuk ayat tanya tertutup. Contohnya:

6. Setiap murid mesti belajar bersungguh-sungguhkah? (menjadi: Setiap murid mesti belajar bersungguh-sungguh, bukan?)

7. Dia tidak suka awak turut sama, ya?

8. Dia ini kerap berbohong, bukankah begitu?

Satu hal yang paling nyata, baik dalam pertuturan mahupun dalam tulisan,

penanda yang jelas bagi ayat tanya ialah adanya kata tanya dalam ayat. Namun, sebagai ayat tanya, tanda soal tetap diperlukan mengakhirinya, kendatipun ayat tersebut itu sedia mengandungi kata tanya. Perhatikan contoh yang berikut:

9. Murid baharu itu siapa?

10. Tempat tinggal awak di mana?

11. Bagaimana awak boleh masuk?

Kata tanya dan kata ganti nama tanya, atau frasa sendi nama tanya dapat

diperkuat dengan penggunaan partikel -kah. Tanda soal diperlukan pada akhir ayat:

12. Siapakah nama guru baharu itu?

13. Dari manakah Cikgu Fadhil berasal?

14. Bagaimanakah keadaan pesakit itu?

15. Ke manakah ia akan membawa diri?

Selain itu, ayat tanya terbentuk dengan menggunakan kata tanya adakah

sebagai pendahuluan dan penegas predikat. Jika hal ini berlaku, pastilah ayat yang terbina memerlukan tanda soal di akhirnya. Contohnya:

16. Adakah sanggup kamu membiarkannya bersendirian?

17. Adakah gila gerangan tuan? Burung terbang dipipiskan lada?

Tentang ayat (16) dan (17), dapat juga kita membuat pilihan membina ayat tanya seperti yang berikut:

16. (a) Sanggupkah kamu membiarkannya bersendirian?

17. (a) Gilakah gerangan tuan? Burung terbang dipipiskan lada?

Dalam ayat cakap langsung atau cakap ajuk, tanda soal menjadi sebahagian daripada keseluruhan ayat tanya yang dipetik itu. Dalam hal ini, tanda soal tidak boleh dibubuh selepas tanda petik tersebut. Contohnya:

19. “Bila sampai?” tanya Asmah.

20. Mereka ingin tahu, “Bagaimana kamu melakukannya?”

Akhir sekali, tanda soal dibubuh dalam tanda kurung ( ) di hujung ayat untuk

menyatakan ada fakta yang diragui, atau kurang dapat dibuktikan kebenarannya. Contoh:

21. Beliau meninggal dunia pada tahun 1985 (?).

Begitulah huraian tentang penggunaan tanda soal dalam ayat.

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam