سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Saturday, October 25, 2008

++ Menempuh Dugaan di Negara Asing


Soalan: Saya menuntut di salah sebuah University di Tokyo,di mana budaya hidup masyarakat disini agak berbeza. Apa yang menjadi persoalan saya, apakah persediaan yang harus saya lakukan, sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa untuk menjadi Insan yang dikatakan bertakwa padaNya di dalam suasana sekeliling yang melalaikan dan kurangnya sumber-sumber Ilmu agama?
Abdullah, Tokyo
Jawapan: Sebelum saya menjawab, saya doakan agar saudara sentiasa diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT dalam setiap suasana dan keadaan. Apabila berada di negara kafir apa yang diperlukan oleh seorang pemuda ialah kekuatan rohani untuk menempuh dugaan yang begitu kuat. Apa yang perlu anda lakukan ialah membentuk kekuatan tersebut dengan mengurangkan aktiviti sosial bersama rakan-rakan bukan Islam. Sebaliknya perbanyakanlah puasa dan jika boleh bersembahyang tahajjud. Apa yang dipelajari tentang Islam, walaupun sedikit hendaklah sentiasa diamalkan kerana sebaik-baik amalan adalah secara 'istiqamah'. Cubalah cari individu-individu lain yang mempunyai roh Islami seperti saudara dan bentuklah halakah-halakah atau kumpulan usrah dan adakan perjumpaan mingguan bersama mereka untuk meningkatkan kefahaman kita tentang Islam dan membentuk kecintaan terhadapnya. Insya-Allah dengan cara tersebut anda akan diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT untuk terus kekal dijalanNya. Wallahu'alam. sumber:darulnuman

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam