سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Wednesday, October 29, 2008

++ Diganggu bayangan Ketika Takbir

Soalan:

Ketika saya solat atau ketika saya menyebut kebesaran Allah SWT saya terbayang salib atau orang kafir. Soalannya adakah saya menyekutukan Allah SWT? Untuk mengelakkannya saya cuba bayangkan tulisan Allah SWT atau saya bayangkan Kaabah?
Roz, KL
Jawapan:

Di antara tipu daya Syaitan terhadap manusia ialah dalam bentuk mewas-waskan dirinya ketika menunaikan solat, kerana itulah Rasulullah SAW menyarankan supaya orang yang hendak bersolat supaya membaca doa perlindungan dari gangguan syaitan. Antaranya: "Ya Allah Ya Tuhanku aku berlidung dengan Engkau dari gangguan syaitan Khanzab".

Selain itu bacalah juga surah Al-Ikhlas, Surah An-Nas dan surah Al-Falaq. Setelah itu hati orang yang menunaikan soat itu hendaklah tertumpu kepada bacaan imam. Jika berlaku was-was atau lintasan yang bukan-bukan sekali sekala , itu adalah merupakan teknik syaitan untuk menghilangkan kekhsyukan anda di dalam solat anda dan orang yang sedang solat itu jangan mengendahkan lintasan itu. Jika dilayan akan menghilangkan terus rasa khsyuk dalam solat. Lintasan-lintasan seperti itu tidak membatalkan solat.

Terbayang gambar salib adalah sebahagian dari usaha syaitan untuk mengganggu solat anda. Bagaimanapun usaha anda untuk mengelakkan diri dari was-was berbentuk lintasan lambang salib ini tidak wajar dilakukan dengan cara anda mengingati gambar kaabah atau membayangkan tulisan Allah, sebaliknya caranya cukuplah sebagaimana yang telah diutarakan sebelum ini iaitu anda hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada bacaan dan makna yang terkandung dalam bacaan anda, hadir hati, menumpukan rasa takut kepada Allah dan harap mudah-mudahan Allah SWT akan menerima solat yang telah anda kerjakan tadi. Bayangkanlah yang anda sekarang sedang berdiri di hadapan Allah tuhan Rabbul jalil dan Ia sekarang sedang melihat segala gerakgeri, bacaan dan lintasan hati anda.
Sila rujuk buku
:


1. Soal Jawab Ibadah Solat DN 176

sumber: Darulnuman

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam