سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, September 22, 2008

++ Taubat Perbuatan Zina


Soalan:

Assalamu'alaikum....Ustaz.
Saya dulu pada zaman remaja banyak melakukan perbuatan zina, tetapi sekarang sudah bertaubat dan tidak pernah mengulanginya lagi.
Soalan saya disini, adakah taubat saya diterima Allah sekiranya saya tidak meminta maaf terlebih dahulu dengan ibu-bapa perempuan yang berzina dengan saya. Lagipun saya sudah tidak tahu di mana hendak mencari mereka itu. Tolonglah terangkan Ustaz kerana persoalan ini sering menghantui saya.
Sekian Terima Kasih.
Hamba Allah
Jawapan:
Dalam bertaubat kita hendaklah melaksanakan syarat-syarat taubat seperti benar-benar ikhlas kerana Allah Taala, meninggalkan seluruh kemaksiatan dan benar-benar tidak akan mengulanginya, menyesali perbuatannya, tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat dan harus dikerjakan pada waktunya iaitu sebelum ajal tiba dan terbit matahari dari barat. Seandainya kesalahan itu berkaitan dengan seseorang maka syarat taubat itu di tambah dengan memohon kemaafannya. Jika syarat-syarat ini dapat dilaksanakn dengan sebenarnya maka taubat kita tidak tergolong taubat yang main-main.

Jika perbuatan zina yang anda lakukan tidak diketahui orang atau tidak ada empat orang saksi yang dapat membuktikan perbuatan anda itu bererti Allah telah menutup aib yang anda lakukan. Dengan demikian Allah memberikan peluang untuk anda bertaubat dengan taubat nasuha atau taubat yang sebenarnya. Berusahalah meminta maaf dengan orang yang pernah kita berbuat aniaya kepadanya, kemudian berserah dirilah kepada Allah dengan sepenuh jiwa dan raga, dan jangan sekali-kali mengulangi perbuatan yang terkutuk itu agar tidak mati dengan membawa dosa besar tersebut.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih dan Penyayang, betapapun besar dosa hambanya lebih besar lagi pengampunan Allah SWT.

Berusahalah dengan sungguh-sungguh, insya Allah taubat kita diterima Allah SWT.

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam