سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, September 22, 2008

++ Pengurangan had laju diteruskan

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Pengurangan had laju pada setiap musim perayaan akan diteruskan walaupun langkah tersebut kurang berkesan dalam menurunkan kadar kemalangan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin berkata, masalah sebenar yang perlu diatasi adalah sikap pengguna jalan raya yang tidak sabar.

''Kalau kita letak 50 kilometer sejam pun, mereka tetap akan bawa laju kerana tidak sabar dan tidak bijak merancang perjalanan. Pengguna kenderaan perlu lebih sabar dan tahu atur jadual perjalanan masing-masing.

''Tahun lepas tidak berkesan pun. Ramai yang masih bawa kenderaan dengan laju, kemalangan juga bertambah tetapi jumlah kemalangan maut berjaya dikurangkan,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari semalam mengenai pengurangan had laju di Jalan Persekutuan dan negeri bagi meredakan trafik di jalan-jalan tersebut yang menjadi punca 93 peratus daripada kemalangan melibatkan kecederaan dan kematian.

Mengenai tindakan mengurangkan had laju pada musim perayaan kali ini, Lajim memberitahu, penguatkuasaan akan diadakan secara bersepadu dan lebih ketat.

Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan telah membekukan kesemua cuti pegawai dan anggotanya tidak termasuk pasukan keselamatan yang lain bagi memastikan pengguna-pengguna jalan raya mematuhi had laju yang ditetapkan.

Had laju kenderaan yang melalui Jalan Persekutuan dan negeri akan dikurangkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) berkuat kuasa mulai 25 September hingga 12 Oktober ini.

Ketika ini had laju maksimum kenderaan di Jalan Persekutuan dan negeri di seluruh negara yang dibenarkan adalah antara 60 hingga 90 kilometer sejam mengikut kawasan-kawasan tertentu.

Sementara itu pada majlis tersebut, Lajim menyampaikan kira-kira 50 bungkusan berupa makanan dan duit raya kepada para pesakit di Wad 5 Ortopedik HKL.

Program penyampaian sumbangan itu dianjurkan oleh Persatuan Pemilik Kenderaan Bermotor Malaysia (MOVA) yang mana Lajim merupakan penaung badan tersebut.


Berhati-hati ketika memandu.. Semoga antum akan sentiasa di bawah lindungan Allah semasa perjalanan pergi & pulang ke kampung halaman .. amin..

P/s Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan tau ^0^

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam