سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Monday, January 18, 2010

++ Buah Hati Nabi Junjungan

Orangnya tampan, matanya hitam, rambutnya ikal. Perwatakannya yang menarik itu memang tidak dapat disembunyikan kerana sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpikat. Tetapi yang paling mengagumkan orang ialah kebijaksanaan dan ketajaman fikirannya.
Muaz bin Jabal itulah namanya, seorg pemuda Yathrib yg memeluk Islam di tangan Mus’ab bin Umair.Ketika di Madinah, Muaz seboleh mungkin cuba untuk berada di sisi
Rasulullah s.a.w dan teman-teman sebaya untuk mengkaji Al-Quran dan undang-undang Islam hingga mahir.Kerana bijak dan tajamnya fikiran Muaz, ke mana sahaja dia pergi, orang akan datang merujuknya utk menyelesaikan masalah. Ini bukanlah pelik,memandangkan Muaz sendiri dididik oleh Rasulullah dan mempelajari ilmu sebanyak mungkin daripada baginda, ditambah pula dengan fikirannya yang tajam.
Muaz dikatakan murid yang paling baik kerana dididik oleh guru yang paling baik iaitu Rasulullah.Ilmu Muaz dihormati dan diiktiraf. Pengiktirafan terbaik yang diperolehinya ialah pengiktirafan daripada Rasulullah sendiri apabila baginda berkata,“Umatku yang paling luas pengetahuannya dalam perkara halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.”
Rasulullah telah melantik Muaz menjadi amir dengan iringan beberapa orang Sahabat untuk memantapkan Islam di Yaman.Lalu Rasullullah pun bertanya kepada Muaz,”Apakah panduan engkau untuk memutuskan segala penghakiman dan keadilan?” “Berpandukan Kitab Allah,” jawab Muaz.“Dan jika engkau masih tak dapat menemui jawapan di dalamnya?” “Aku akan berpandukan sunnah Rasulullah.” “Dan jika engkau masih tidak dapat menemuinya dalam sunnahku?” “Maka aku akan menggunakan segala kebijaksanaan dan pengetahuanku (ijtihad)untuk membuat keputusanku sendiri.”

Rasulullah berpuas hati dan gembira dengan jawapaan itu dan berkata,”Segala puji bagi Allah yang telah memberi panduan kepada utusan Nabi dan menyenangkan hati Nabi.”

Rasulullah s.a.w. berjalan beriringan dengan Muaz dan berkata, “Wahai Muaz,mungkin engkau tidak akan bertemu dengan aku lagi. Mungkin apabila engkau pulang nanti, engkau hanya akan dapat melihat masjid dan kuburku.”
Mendengar kata-kata itu, Muaz pun menangis. Sahabat-sahabat yang lain turut ada bersama mereka juga menangis.Rasa pilu dan sepi amat dirasainya tatkala tiba saat berpisah dengan Rasulullah s.a.w. yang tercinta itu.Kata-kata Rasulullah itu ternyata benar berlaku. Muaz tidak dapat bertemu Rasulullah lagi selepas itu. Rasulullah wafat sebelum Muaz sempat pulang dari Yaman. Muaz begitu sedih kerana apabila pulang ke Madinah, dia mendapati Rasulullah tiada lagi utk menemaninya.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a., Muaz dihantar ke Bani Kilab untuk membahagikan gaji dan sedekah daripada orang kaya kepada fakir miskin. Setelah selesai tugasnya itu, Muaz kembali kepada isterinya dgn hanya membawa pulang sehelai selimut yang menutupi lehernya, tidak ada sebarang harta yang tinggal.
Lalu isterinya bertanya,”Di manakah hadiah yang sepatutnya Dibawa pulang untuk keluarga nya oleh wakil-wakil yang berkhidmat dengan Khalifah?”“Aku ada Pemerhati yang mengawasi gerak-geriku,” jawab Muaz.
“Bukankah engkau seorang yang dipercayai Rasullullah dan Abu Bakar? Tidak patut Umar menghantar pemerhati untuk mengawasi engkau,” tambah isterinya.Hal itu sampai ke pengetahuan Umar, lalu Umar memanggil Muaz.
“Adakah aku menghantar seorang pemerhati untuk mengawasi gerak-gerimu?” “Tidak Amirul Mukminin,” kata Muaz.
“Tetapi itu hanyalah alasan yang dapat aku cari untuk isteriku.” Muaz menerangkan bahawa Pemerhati yang dimaksudkannya adalah Allah s.w.t. Umar ketawa lalu memberikan Muaz hadiah,”Aku harap dapat pemberian ini menggembirakan hatimu.”

Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar juga , Muaz bersama dua Sahabat yanglain iaitu Ubadah bin as-Samit dan Abu ad-Darda’ dihantar ke Syria untuk mengajar ilmu Islam kepada saudara-saudara baru di sana. Ubadah ditinggalkan di Homs, Abu ad-Darda’di Damascus dan Muaz sendiri di Palestin.
Di Palestin, Muaz jatuh sakit kerana dijangkiti penyakit. Sewaktu hampir menemui ajalnya, Muaz menghadap kiblat dan mengulangi kata-kata ini,”Selamat datang ajal, selamat datang. Setelah sekian lama, seorang pengunjung datang…”
Muaz berkata, “Wahai Tuhan, Engkau tahu aku tidak inginkan dunia dan aku tidak mahu dipanjangkan hayatku untuk tinggal di dunia…Wahai Tuhan,ambillah rohku dengan kebaikan sebagaiman Engkau menerima roh orang yang beriman…”Lalu Muaz bin Jabal yang sepanjang hayatnya telah mengabdikan diri untuk berkhidmnat di jalan Allah itu, menghembuskan nafas terakhirnya jauh dari keluarga dan kaumnya. -------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam