سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Saturday, February 7, 2009

++ Apa berlaku pada 14 Februari?

Pertempuran Bukit Chandu
www.iluvislam.com
Pusat Peringatan Bukit Chandu dan Lembaga Perpustakaan Nasional[1]
editor: ibn affandi



Leftenan Adnan bin Saidi (1915-1942)

Pertempuran Bukit Chandu (14 Februari 1942) merupakan salah satu pertempuran hebat yang berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini merupakan lanjutan kepada Pertempuran Pasir Panjang yang berlaku sehari sebelumnya. Pertempuran ini dikenang kerana keperiwiraan askar Melayu, yang dipimpin oleh Leftenan Muda Adnan bin Saidi, yang menentang askar Jepun hingga ke penghujung nyawa. Untuk memperingati Pertempuran Bukit Chandu ini, Arkib Negara Singapura telah mendirikan sebuah pusat peringatan yang dikenali sebagai Reflections at Bukit Chandu. Pusat peringatan ini terletak di Kent Ridge. Nadi telah mengunjunginya dan mempelajari tentang detik sejarah yang sungguh menyayat hati.

Bukit Chandu mendapat namanya sempena sebuah kilang memproses candu milik kerajaan British di kaki bukit ini. Sejurus selepas Pertempuran Pasir Panjang, Kompeni "C" dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu telah diarahkan untuk berundur ke kedudukan Pt. 226 di Bukit Chandu dan mempertahankannya. Sekiranya kedudukan ini jatuh ke tangan askar Jepun, mereka akan mempunyai laluan terbuka menuju Jalan Alexandra di mana terdapat depoh Tentera Inggeris, tempat simpanan peluru dan juga Hospital Alexandra Tentera Inggeris. Lt. Adanan telah mengarahkan pasukannya untuk mengepung sekeliling pangkalan mereka dengan kampit-kampit pasir.

Pada ketika itu, Askar Jepun telah menggunakan satu muslihat untuk cuba memperdaya askar-askar Melayu yang bertahan di situ. Mereka menghantar sekumpulan askar mereka yang menyamar sebagai askar Punjabi untuk cuba menghampiri kedudukan yang dipertahankan oleh Askar Melayu . Namun, anggota-anggota Kompeni "C" Askar Melayu itu menyedari muslihat ini apabila mereka melihat askar Jepun yang berpakaian seragam askar Punjabi itu berkawat dalam barisan berempat-empat dan bukannya dalam barisan bertiga-tiga seperti kelaziman pasukan Tentera Inggeris. Mereka dibiarkan hampir ke garisan pertahanan Kompeni "C" Askar Melayu sebelum dihujani peluru daripada mesingan Lewis. Serangan ini mengakibatkan askar Jepun kehilangan banyak jiwa dan ramai anggotanya yang cedera. Mereka yang terselamat telah bergolek dan terpaksa merangkak untuk turun semula ke tempat yang selamat.

Sebagai balasan, Askar Jepun melancarkan serangan habis-habisan ke atas kedudukan Askar Melayu di Bukit Chandu. Walaupun hampir kehabisan peluru dan dengan bilangan anggota yang jauh lebih sedikit berbanding bilangan askar Jepun, Askar Melayu masih terus menentang serangan askar Jepun. Mereka bertempur secara semuka dengan menggunakan bayonet, parang dan tangan untuk menghalang askar Jepun daripada menguasai kedudukan tersebut. Ramai pegawai dan anggota Askar Melayu yang menjadi korban. Lt. Adnan sendiri cedera parah, tetapi masih berdegil tidak mahu berundur dan terus memberikan tentangan hingga menyebabkan kemalangan jiwa yang besar di kalangan askar-askar Jepun. Keberanian beliau dan seruan 'biar putih tulang, jangan putih mata' membakar semangat anak-anak buahnya untuk terus berjuang.

Malangnya, bilangan askar Jepun yang terlalu ramai itu menyebabkan Askar Melayu mengalami kekalahan. Lt. Adnan telah ditangkap dan diheret oleh Askar Jepun yang menuntut bela atas anggota tentara mereka yang gugur di tangan Lt. Adnan dan Askar Melayu. Beliau diikat dan digantung di sebatang pokok lalu dibunuh berkali-kali dengan bayonet. Jenazahnya dilarang diturunkan dari pokok tersebut sebagai memberi ajaran kepada sesiapa yang cuba menentang Askar Jepun yang kemudiannya menjajah Singapura selama tiga tahun.

Biografi Leftenan Adnan (Wikipedia)[3]

Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan - kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Filem Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman

[1]-Pusat Peringatan Bukit Chandu dan Lembaga Perpustakaan Nasional, Singapura

[2]-Gambar diambil dari Wikipedia.com

[3]-Leftenan Adnan bin Saidi-Wikipedia Bahasa Melayu

..:: Kebyakan remaja yg mengaku diri mereka muslimin dan muslimat hari ini...
lbh suka mengingati tarikh 14 feb sbgai hari kekasih (valentine day)...
sedangkn dulu, pejuang2 kita b'sungguh2 menantang pnjajah,
tp mereka menyokong plak pnjajah tu..
kesimpulannya...??
(lu pikirlah sndir
i) ::..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam