سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Thursday, January 29, 2009

++ Satu Kehidupan, Satu Tujuan ...

ALLAH is Rahman n Rahim Pictures, Images and Photos

www.iLuvislam.com
az-zahir
editor : everjihad

Punca songsangnya falsafah hidup, keperibadian dan peradaban adalah kerana berkiblatkan akal minda yang dengkel. Walaupun zahirnya terserlah kehebatan duniawi golongan tersebut tetapi hakikatnya mereka sendiri terbeban dengan dunia karut ciptaan mereka sendiri. Kembalinya kita pada Islam yang syumul bukan sahaja seorang muslim bahkan mukmin yakni “melakukan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran” akan menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat kerana tujuan hidup yang sangat sementara ini adalah sangat subjektif bergantung pada individu.

Beberapa siri temubual dan kajian ringkas yang dijalankan secara spontan terhadap pelbagai lapisan masyarakat, didadapati apabila seorang manusia yang faham akan ajaran agama yakni Islam jawapan untuk tujuan kehidupan kita sangat ringkas tetapi sangat luas meliputi jangkauan akal, masa dan tujuan.

Cubalah anda pergi kepada sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, kawan-kawan, golongan professional, para jutawan malah sesiapa sahaja maka tanyalah mereka “Apakah tujuan kita hidup?” dan nantikan jawapan mereka yang pelbagai. Jawapan pada kesempurnaan hidup yang hakiki hanya ada di syurga, itulah tujuan sebenar kita ini hidup di dunia yang sememangnya sementara ini.

Bertepatan dengan tujuan kita dicipta oleh Allah di dunia ini yang telah dinyatakan oleh Allah sendiri di dalam Al-quran yang bermaksud ,

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”.

Ayat ini menjelaskan bahawa tugas dan tanggungjawab manusia adalah untuk beribadat kepadanya yang berlandaskan pada hanya Al-quran dan Hadis Rasulullah sendiri. Kemudian Allah menjelaskan bahawa kita, yakni umat nabi Muhammad adalah umat yang terbaik diciptakan dalam ayat yang bermaksud,

“Kamu adalah sebaik-sebaik umat yang diciptakan dari kalangan manusia untuk melakukan yang baik (ma’aruf) dan melarang kemungkaran (mungkar) dan beriman kepada Allah”.

Maka wajiblah kita meletakkan syurga sebagai dasar dalam tujuan dalam kehidupan kita ini, syurga juga satu perkataan yang digunakan oleh agama lain bagi menggambarkan kesudahan hidup yang penuh nikmat dan abadi selepas kematian seseorang penganut agama tersebut.

Kristian, Budha, Hindu dan beberapa macam agama yang telah wujud di dunia ini telah meletakkan syurga sebagai pengakhiran yang tertingi selepas kematian. Dengan itu terciptalah filem-filem yang mahu menggambarkan tentang keindahan syurga oleh para pencipta filem dari Hollywood, Bollywood dan sebagainya, malah pernah terjadi dalam sejarah, penguasa atau raja-raja dahulukala ingin mencipta syurga mereka sendiri yang akhirnya sekarang ini menjadi tatapan tinggalan sejarah. Yang mereka sendiri telah tinggalkan dunia yang fana ini tetapi dalam masa yang sama tertanyakah kita apakah mereka sedang menikmati syurga ciptaan mereka itu, maka kesianlah kiranya syurga Allah pun tidak jadi balasan pada mereka akhirat kelak.

Sesungguhnya janji nikmat syurga Allah pada hamba yang mukmin adalah suatu yang tidak perlu kita fikirkan kerana ianya ternyata di luar bidang imiginasi manusia itu sendiri. Dengan memperoleh kehidupan nikmat yang kekal abadi, tiada hari tua, tiada sifat durja bahkan segalanya adalah kesempurnaan yang kita cari pada hari ini, ada di sana. Macam mana sekalipun kita berusaha untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia ini ternyata hanya sisipan kenyataan sahaja tapi di syurga kelak bukan omong kosong atau khayalan visualisasi tapi kenyataan yang agung akan terbukti.

Apalah sangat untuk menjadi hamba Allah yang baik!? Kerana sememangnya fitrah manusia dijadikan dengan Ar-rahim Allah jua, ketika mana roh-roh berlegaran di luh-manfuz (arash) yakni sebelum ditiupkan akan roh ini ke dalam ketulan lembaga bayi di dalam rahim ibunya, mereka ini telah berjanji kepada Allah untuk taat dan patuh pada segala perintah dan larangan. Setelah berusia enam bulan maka roh-roh ini ditiupkan ke dalam janin maka bermulalah episod pengembaraan hidup di alam fana ini. Ini bermakna kita memang ciptaan yang terbaik dan sudah dibekalkan dengan sifat kebaikan yang pastinya bersesuaian dengan fitrah ajaran Islam. Ini juga telah disahkan oleh Rasulullah yang telah bersabda bermaksud,

“Setiap anak itu dilahirkan dengan fitrah (Islam) maka kedua ibu bapalah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani ataupun majusi”

Maka apabila syurgalah yang menjadi eleman ketaatan kita pada Allah kita sedar bahawa menjadi seorang mukmin adalah suatu nikmat yang hanya Allah sendiri yang memberikanya. Bagaimana kerana rindukan lambaian syurgalah para mujahid yang berjuang fi sabilillah pada era Rasulullah malah era seterusnya sanggup mengorbankan apa sahaja demi Islam. Nyawa, pangkat dan harta bukan ukuran nikmat yang mampu menggoyah pendirian para jiwa yang mencintai kematian kerana mereka tahu tingginya darjat siapa yang syahid di medan perang kerana menegakkan agama Allah. Mereka ini amat digeruni oleh lawan yang hanya berpaksikan ego, nama, harta, kesombongan dan ternyata maut adalah sesuatu yang mereka mahu hindari. Bahkan kalau mereka mampu milikinya dengan harta benda nescaya mereka akan berusaha mendapatkannya, akhirnya sedarlah mereka bahawa apa yang mereka agungkan dan banggakan hanyalah sia-sia belaka walhal pada masa tersebut telah terlambat.

Bolehkah kita fikirkan dimanakah para syuhada yang terdahulu berada sekarang? Adakah mereka masih menderita seksa sama seperti mereka hidup dahulu? Adakah mereka masih daif dan hina sedangkan mereka sedang merasakan nikmat dari salah satu dari taman syurga walaupun hanya berada di alam barzakh? Setiap hari yang dihitungkan mereka adalah untuk menuju puncak nikmat hakiki janji Rabbul Jalil yakni syurga tanpa hisab. Para syuhada ini akan terus melalui titian sirat sepantas kilat dan terus ke destinasi kenikmatan abadi. Tertanya kita,bagaimanakah diriku ini ya Allah!? Adakah layak syurgaMu untukku? Tiadakah ruang sisa syurgaMu untuk kami ini? Wahai saudaraku janganlah ditanya padaNya!

Tanyalah pada diri kita apa penyebab yang membolehkan Allah membenarkan dengan rahmatnya untuk diri kita masuk ke syurganya. Sesugguhnya syurga itu sememangnya tercipta untuk sekalian umat manusia. Maka jadilah mukmin yang sentiasa bekerja dan berusaha mendapat rahmat Allah yang pasti balasannya adalah syurga walaupun layak kita pada syurga yang paling bawah. InsyaAllah.



ikhlas Pictures, Images and Photos-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam