سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Tuesday, January 20, 2009

++ Kebejatan Ruangan Masa

Demi Masa Pictures, Images and Photos

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berada dalam kebenaran, dan mereka yang berada dalam kesabaran"

-Surah Al-Asr-

Banyak versi penerangan surah ini saya sudah dengar, dari seingat pandai mengaji dan membaca sudah dikhabarkan akan makna surah ini. Dewasa sedikit diajarkan pulak maknanya sehingga kemudian mendengar huraiannya dari ustaz dan ustazah yang pelbagai. Pernah sahaja saya mendengar huraian surah ini sehingga hampir satu sesi kuliah, begitu mendalam huraiannya.

Apapun surah ini memang menggambarkan kepentingan masa yang tiada tolak bandingnya. Al-Imam al-Ghazali rahimahullahu ta'ala menggambarkan masa sebagai tempat yang paling jauh, kerana masa yang telah berlalu takkan kembali dan tidak akan mampu kita untuk ke sana lagi walau secanggih manapun kenaikan kita.

Saidina Ali karramallahu wajhah pula menggambarkan masa sebagai sebilah pedang yang amat tajam, jika kita kelewatan atau membazirkannya maka ianya akan memotong kita tanpa belas ihsan. Saya sendiri tidak terlepas dari menzalimi dan dizalimi oleh masa. Kecundang dahulu, bila diberi peluang bermain dengan masa, saya tidak tahu kenapa mudah saya meninggalkan mercu gading yang diimpikan oleh segenap yang bergelar mahasiswa.

Mungkin stigma pemikiran pada masa itu amat pesimis malah kosong dari rahmat Allah. Tapi kini... Masa seakan seiring dengan saya, walaupun masih kadang-kadang dia mendahului. Tapi saya sebolehnya untuk memujuknya agar bersama-sama lewat hidup fana ini. Bukan apa, dia makhluk Allah yang hebat, tidak berupa, berwarna, berasa.

Masa sentiasa taat pada perintah Allah, tidak pernah ia terhenti dan pusing ke belakang melainkan terus maju ke depan. Saya kahwinkan masa saya dengan beberapa elemen kepentingan agama Allah sebagai ganti rugi yang dahulunya. Kerana saya tahu Allah pernah berfirman bermaksud : "Jika kamu mempermudahkan urusan Allah akan dipermudahkan pula urusanmu..," Menyibukkan diri dan setiap peruntukan saat,minit dan jam yang ada sebolehnya untuk urusan agama, agenda saya sekarang.

Setiap lintas fikir, tutur madah, pandang mata, bunyi dengar, lidah rasa sebolehnya semata lillahi ta'ala. Kini saya seronok kerana kebejatan masa saya telah saya cuba isikan dengan agenda ini. Letih, sudah tentu. Tapi segan dan malu pada Rasulullah yang sanggup berlapar, bermandi darah, berpeluh basah sedangkan dia ialah Habibullah, tapi tidak pula diminta empuk rasa nikmat dunia.

Kerana Rasulullah tahu itu hanya sementara, tetapi rahmat dan redha Allah membawa ke syurga. Kita beruntung, masih punya masa selagi tidak direngut nyawa.

sumber - http://kalamkhalifah.blogspot.com/


Demi Masa Pictures, Images and Photos

demi masa Pictures, Images and Photos-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"...

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam