سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, November 16, 2008

++ Hukum mengunjungi majlis perkahwinan



Hukumnya: Fardhu Ain.

Dalil dari RasuluLlah yang bererti :
Apabila dijemput ke majlis kenduri hendaklah kamu hadir. (Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab walimah walau sekadar dengan seekor kambing, no 4872, Muslim dalam bab Nikah, bab mas kahwin dan diharuskan dengan mengajarkan al Quran nombor 1427)

Syarat menghadiri walimah :


1. Walimah tidak dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja. Jika dikhususkan untuk golongan ini maka tidak wajib menghadirinya. Dalil dari hadith rasuluLlah yang bererti : Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah (kenduri) yang dijemput hanya orang-orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang-orang miskin. Sesiapa yang tidak menghadiri jemputan sesungguhnya telah menderhakai ALLah dan Rasul-Nya (Riwayat Muslim dalam bab Nikah, bab suruhan menghadiri jemputan apabila dipanggil, nombor 1432 daripada Abu Hurairah r.a)

2. Orang yang menjemput ialah orang Islam. Begitu juga orang yang dijemput. Jika tidak, kita tidak wajib menghadiri walimah tersebut.


3. Hendaklah jemputan pada hari pertama, jika walimahnya diadakan lebih daripada sehari. Sunat menghadirinya jika dijemput pada hari kedua. Makruh menghadirinya pada hari yang ketiga. RasuluLLah bersabda yang bererti :
Walimah hari pertama adalah hak, walimah hari kedua adalah baik, walimah hari ketiga pula adalah riak dan berbangga-bangga. (riwayat Ahmad 5/28 dan selainnya)

4. Jemputan dilakukan untuk menambahkan kasih sayang dan mengeratkan hubungan. Jika jemutan dilakukan kerana takut kepadanya atau ingin mendapatkan kedudukand an pangkat, jemputan tidak wajid dihadiri.


5. Empunya walimah bukan orang yang zalim, jahat atau memiliki harta haram. Jika sebaliknya, walimah itu tidak wajib dihadiri.


6. Dalam walimah tidak terdapat perkara-perkara yang mungkar seperti arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan atau gambar manusia atau haiwan yang tergantung pada dinding rumah pengantin. Sabda RasuluLLah yang bermaksud : Sesiapa yang beriman kepada ALLah dan hari akhirat, dia jangan duduk sama sekali di hidangan yang ada arak. (Dikeluarkan oleh Hakim dan dia mensahihkannya. Al Mustadrak, kitab Adab, bab jangan duduk di majlis yang ada arak (4/288)).

Sumber :
-Kitab Fikah MAzhab Syafie - Menghuraikan bab UNdang-Undang Kekeluargaan. Dr Mustofa al-Khun, Dr Mustofa al-Bugho dan Ali Asy Syarbaji.
-ILUVISLAM


suami isteri Pictures, Images and Photos

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam