سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Friday, November 28, 2008

++ 'Faith'




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Moga setiap perkataan dan niat hanyalah keranaMu. Aku sedar si syaitan durjana seringkali memesongkan niat hamba-hambaNYA kerana janjinya ‘Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong ……sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.’ (An-Nisa:119)

Hati ini bagai tidak menentu. Tidak keruan mencari. Mencari makna kehidupan dan mengapa diri ini seperti kehilangan. Aku bermusafir hingga ke bumi asing untuk mencariNya. Kadangkala aku diuji untuk membuktikan keimanan yang aku laung-laungkan. Maka perlunya langkah pertama sebagai hambaNya yang beriman, kita bersyukur pada ujian yang dikurniakan. Bukanlah tujuan kali ini untuk memperkatakan berkenaan sifat syukur kerana aku yakin sahabatku semua sentiasa berusaha untuk bersyukur walau sekuat mana pelayaran hidup diredah taufan dan ribut kencang. Aku ingin bercerita. Bercerita mengenai iman.

Iman itu bagaikan mutiara. Tidak mungkin dapat dijual beli. Ianya pemberian Yang Maha Esa pada hamba-hambaNya yang dikehendaki. HambaNya yang terpilih. Mungkin dari kaca mata seorang manusia biasa ianya dipanggil ‘faith’ atau a believe system. Percayalah mereka yang bukan muslim juga mempunyai 'faith'
/ pegangan keyakinan yang kuat terhadap sesuatu yang memungkinkan mereka meneruskan hidup mereka. Itulah indahnya hasil ciptaan Yang Maha Sempurna yang telah menitipkan fitrah kebergantungan setiap hamba-hambaNYA kepada suatu kuasa yang lebih besar.














Mari aku ceritakan ‘faith’ seorang pesakitku yang baru sahaja kembali kepada Maha Pencipta. Seorang penganut dan pengamal agama Kristian yang mempunyai kekuatan ‘faith’ yang amat tinggi. Lantas membuatkan diri ini merasa malu. Dirinya berada di peringkat terakhir kanser perut (bowel cancer). Namun amat yakin kepada qada’ dan qadar, ketentuan Tuhan dan masih berusaha ke gereja walaupun perutnya seperti sebuah belon yang bakal pecah pada bila-bila masa sahaja. Ketibaanku disambut dengan layanan yang baik sepertimana layaknya seorang tuan rumah memuliakan tetamunya. ‘I see everyone no matter what colour they are, black,white, brown like you, just the same, we are all the same. I just hope everyone can do the same and everyone will be contented with their life.’ Dan seminggu kemudian dia kembali bertemu Maha Pencipta.

Namun aku masih di sini. Amat terkesan dengan perbualan terakhir kami bersama. Bagaimanakah ‘faith’ diri ku? Sudah cukupkah kepercayaanku kepada Pemilik Semesta? Sekiranya aku ditakdirkan mati esok, adakah aku bakal redha dengan ketentuanNYA? Sedangkan diri masih memikirkan yang aku masih muda. Aku masih ingin melakukan banyak perkara.

Dalam permusafiran ini, aku dipertemukan pula dengan sahabat seperjuangan yang jelas berjuang bagai esok tiada lagi. ‘Faith’ membuatkan dirinya memberikan sebaik mungkin tanpa keluh kesah dan sepantas yang mungkin akan menyelesaikan tugasan yang diamanahkan. Setiap saat hidupnya dimanfaatkan sepenuhnya kerana kepercayaan bahawa ‘what you give, Allah will give it back!’

Bagaimana pula dengan ‘pejuang-pejuang’ agama Kristian atau the Christians missionary yang dengan lantangnya menyebarkan ‘faith’ mereka. ‘Agama aku ini benar kerana kepercayaan kepada Jesus akan membawa penganutnya ke syurga. Walaupun kita masih berdosa dengan melakukan larangan dalam bible tapi asalkan kita percaya kepada Jesus, itu melebihi segalanya.’ Lagaknya bagaikan amat yakin dengan ‘faith’ yang dianutinya sedangkan apabila ditanya berkenaan apa tujuan manusia dihidupkan, dirinya terpaku. Tetapi keyakinan dari riak mukanya meyakinkan semua penonton.

Sudah cukupkah keyakinanku? Sekiranya aku dimalukan di hadapan beribu penonton mampukah aku tetap berdiri teguh penuh bangga dengan kepercayaanku. Bagaimana sekiranya sebilah pedang dihunus menembusi jantungku, hatiku dirobek-robek sepertimana Hamzah Abdul Mutallib diperlakukan ketika mati syahid di medan perjuangan Uhud. Masihkah mampu aku berdiri teguh mempertahankan akidah ku? Kepercayaan ku?

Michael Jackson digelar Jacko kerana sikapnya yang sanggup menukar warna kulitnya. Mengapa? Pernahkah kita berfikir, betapa mengagumkan sikap Si Jacko ini? Dia sanggup melakukan perbuatan yang seluruh dunia menganggapnya sebagai ‘wacko’ (gila) hanya kerana keyakinannya bahawa kulit putih lebih menarik dan dipandang tinggi walaupun pada hakikatnya tindakan itu memang tidak masuk akal.

Wahai sahabat, marilah kita refleksi diri. Pada tiap sesuatu pasti ada pengajarannya walaupun ianya daripada mereka yang kita anggap bodoh, miskin dan hina apatah lagi mereka yang bukan Islam. Bagaimana layaknya mereka memerintah dunia sekarang ini atas usaha mereka kerana mereka menjaga sunnatullah yang telah ditetapkan. Bagaimana dengan kita? Bukan sahaja sunnatullah, syariatullah juga dipandang sebelah mata. Isu ‘faith’ yang merupakan isu pokok juga dianggap remeh sedangkan itulah punca segala kejayaan. Binalah diri bertunjangkan keimanan yang sebenar dan binalah potensi diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya ummah berdasarkan asas akidah yang suci agar kelak bila diuji tiadalah bisa kapal pelayaran hidup ini karam diredah ribut taufan.

Bermusafirlah mencari kepercayaan dan keyakinan yang hakiki itu. Sebagaimana mereka yang telah aku ceritakan kisahnya begitulah jua kita. Kita semua serupa hanya iman yang membezakannya. Marilah kita mencari suatu tempat pergantungan yang kukuh sebagai tempat diri berpaut dan mengadu. ‘Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.’ (Taha:82)

Beriman terlaksana dengan beramal dengan ilmu yang dicari. Ingatlah agama itu suatu pencarian. Maka sentiasalah mencari dan jangan pernah merasa cukup dengan penemuanmu kerana ianya takkan pernah sempurna. ‘Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.’ (Al-Isra’:85)

Wallahu’alam.

sumber:iloveislam

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam