سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, September 28, 2008

++ Syawal yang Istimewa..Sungguh..


www.iLuvislam.co
m
oleh : unknown


“Allahuakbar Allahuakbar………”

Takbir bergema di Masjid-masjid, dicorong radio sert
a televisyen. Umat Islam yang berpakaian serba indah berpusu-pusu menuju ke Masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Tidak kira yang kecil atau yang besar, masjid-masjid serta surau dipenuhi dengan jemaah-jemaah sehingga ruang untuk solat tidak mencukupi.

Ramli memerhatikan gelagat mereka dengan penuh sayu. Teringin benar untuk mengikuti mereka menunaikan solat sunat itu teta
pi apakan daya. Kaki dan tangannya yang cacat itu tidak mengizinkan dia melakukan sedemikian. Kini, sudah genap tiga puluh tahun Ramli hidup di muka bumi ini tetapi tidak sekali pun dia dapat mengikuti sembahyang sunat Hari Raya dan juga genap lima belas tahun Ramli tidak menyambut Hari Raya bersama keluarganya.

“Ya, Allah jika ini adalah ujian yang telah kau berikan kepadaku, aku terima dengan hati yang terbuka. Tetapi Ya Allah, izinkanlah aku menyambut bulan yang mulia ini bersama umat-umatmu yang lain sebelumku kembali kepadamu,” Ramli menadah tangannya yang cacat itu dan berd
oa kepada Allah swt.

Titisan air mata yang mengalir semakin membasahi pipinya. Dengan suara yang teresak-esak, Ramli berdoa, memohon kepada tuhan semoga dia dapat menyambut Hari Raya bersama keluarganya. Entah kenapa pada tahun ini, teringin benar dia menyambut Hari Raya tidak sepert
i tahun-tahun dahulu, Ramli tidak begitu ghairah.

“Adikku Rusdi, izinkanlah Ramli menyambut Hari Raya bersama Rusdi sekeluarga. Ini sahaja yang abang minta,” Ramli berbisik di dalam hati dengan tangisan yang begitu memilukan.


Matanya masih terpaku di Masjid yang berdekatan dengan rumahnya itu. Ramli semakin berasa kempunan untuk berbaju raya seperti umat Islam yang lain. Kalaulah kakinya dapat berjalan, sudah pasti Ramli akan mengikuti solat Hari Raya itu. Tiba-tiba, Ramli terpandang dua anak kecil yang sedang dipimpin oleh bapa mereka dan berjalan ke arah masjid. Fikiran Ramli terus berputar kepada zaman sewaktu ibu bapanya masih hidup. Terukir se
nyuman dibibirnya tatkala mengenangkan kisah lama itu.

“Ramli tahun ini nak pakai baju raya warna apa?”

“Ramli nak ikut ibu. Tahun ini kita pakai semua samalah bu. Cantikkan.”

“Amboi anak ibu dah pandai nak bergaya eh,”

“Abang cacat, pakai lawar-lawar pun tak nampak,”

“Rusdi! Tak baik cakap macam gitu. Inikan abang Rusdi. Pergi minta maaf!”

“Abang Ramli cacat. Tapi ibu selalu sayang abang lebih dari Rusdi. Ibu tak adil!”

Rusdi terus berlari ke dalam biliknya.


Ramli tidak sedikit pun berkecil hati dengan kata-kata adiknya Rusdi yang baru berumur sembilan tahun pada waktu itu. Ram
li sedar ibu dan bapanya sayangkan kedua-dua anaknya tetapi mereka telah memberi lebih perhatian kepada Ramli kerana kecacatannya. Ramli dilahirkan kurang sempurna. Kaki dan tangannya kecil dan tulang-tulang tubuhnya bengkok. Ramli hanya boleh bergerak dengan bantuan kerusi roda. Waktu kecil, Ramli tidak kuat untuk bergerak dengan menggunakan tangannya sahaja.

Sejak kecil lagi, adiknya Rusdi tidak pernah menyukai abangnya itu. Sehingga kini Ramli masih belum mengerti tetapi dia dapat mengagak bahawa Rusdi malu dengan kecacatannya ataupun mungkin Rusdi masih berasa cemburu terhadap dirinya yang sering mendapat perhatian lebih daripada ibu dan bapa mereka. Namun demikian, Ramli berasa gembira. Walaupun ibu bapanya mempunyai seorang anak yang tidak sempurna, mereka masih menjalankan amanah Tuhan untuk menjaga dan membesarkan zuriatnya ini dengan penuh kasih sayang. Bagi Ramli, kasih sayang ibu dan bapanya terhadapnya sudah cukup untuk memberinya semangat untuk terus hidup seperti orang biasa. Ramli juga percaya apabila Rusdi semakin dewasa, dia akan dapat menerima Ramli.





“Ibu, Ramli nak ikut ibu sembahyang hari raya boleh ibu?” Ramli bertanya kepada ibunya pada suatu pagi raya.

“Tak boleh sayang, nanti bila Ramli sudah besar sedikit, bila Ramli sudah boleh berjalan sendiri ibu bawa Ramli pergi ya?”

Ramli akur. Ramli hanya tersenyum sahaja dengan jawapan ibunya itu. Namun demikian, hatinya begitu teringin untuk mengikuti keluarganya mengikuti sembahyang raya di Masjid.

“Orang cacat mana boleh sembahyang!” usik Rusdi lalu mengikut ibu dan bapanya ke Masjid.

Kali ini hati Ramli betul-betul terusik. Ramli tidak sangka kecacatannya itu menghalangnya untuk bertemu dengan Tuhan. Tetapi Ramli mengerti bahawa dia hanya akan menyusahkan orang sahaja. Ramli menunggu keluarganya sambil menonton acara sembahyang sunat hari raya di televisyen.

“Tuk Tuk Tuk!”

Ramli tersentak dari lamunan. Pintu rumah kecilnya dibuka.

“Aiyah orang muda, Lu apa bikin sini. Lu talak mahu pergi hali laya sama itu famili ka?”

“Oh Auntie. Masuklah. Wah pagi pagi Auntie sudah datang Auntie sudah makan?”

Insan yang dipanggil Auntie ialah jiran Ramli, seorang wanita cina yang sudah separuh abad umurnya. Auntie itu yang juga dikenali sebagai Auntie LI sering datang ke rumah Ramli untuk memberinya makanan.

“Wa pagi-pagi sulah makan. Ini wa ada bawa lu lontong. Lu sukakan?” pelawa wanita cina itu.

“Auntie beli di mana? Kedai Melayu ada bukak ke?” Ramli was-was.

“Lu jangan takut. Wa tau lu Melayu mana boleh makan cina punya makan. Anak wa punya kawan kasi ini lontong. Wa kasi samalu. Halal punya. Jangan takot,” Auntie Li terus pergi ke dapur Ramli lalu memberi Ramli sebungkus lontong itu.

Terharu Ramli mendengar ketulusan Auntie Li itu. Selama dia duduk di sini, wanita cina yang sudah tua tapi masih kuat itulah yang menjadi temannya. Dia juga yang sering memberinya makanan. Yang lebih mengkagumkan Ramli, Auntie Li cukup prihatin terhadap sumber makanan yang diberinya kepada Ramli. Dia akan pastikan makanan itu halal sebelum memberikan kepada Ramli. Oleh itu, Auntie Li tidak akan memberi makanan masakannya tetapi masakan Melayu.


Ramli membuka bungkusan lontong itu sambil menitiskan air mata.

“Eh lu apa pasal nangis,”

Ramli membisu. Air matanya masih juga mengalir membasahi pipinya. Ramli menangis kegembiraan kerana masih juga ada insan yang mulia yang sudi membantu dirinya yang cacat ini sedangkan keluarganya sendiri meminggirkannya.

“Lu mau apa lu cakap sama anti. Wa boleh tolong sama lu,”´Auntie Li cuba menghulurkan bantuan.

“Tak ada apa-apa auntie. Saya gembira dapat makan lontong,” Ramli cuba menutup kesedihannya.

Auntie Li hanya memerhatikan Ramli yang sedang menikmati lontong yang dibawanya itu. Lazimnya, jika dia menghantar makanan, dia pasti akan menemani dan berbual-bual dengan Ramli.

Tergerak hati Auntie Li untuk menanyakan tentang hal peribadi Ramli. Tetapi dia masih tidak berani untuk mengajukan soalan itu kerana Ramli sering kelihatan menangis. Auntie Li tidak mahu menambahkan kesedihan Ramli. Auntie Li dapat merasakan bahawa hati Ramli sedang merana. Dia juga dapat merasakan Ramli mempunyai latar belakang yang menyedihkan. Kalau tidak, Ramli tidak akan tinggal seorang diri di rumah sewa yang tidak mempunyai bilik ini.

Ramli yang sedang khusyuk menikmat hidangan lontong itu terhenti apabila melihat Auntie Li yang sedang memerhatikannya.

“Auntie mahu tahu sejarah hidup saya?” Ramli seperti dapat membaca apa yang terpendam di benak fikiran Auntie Li.

“Eh! Lu boleh baca wa punya otak ah? Wah lu baguslah. Manyak pandai,” Auntie Li berseloroh.

Dengan hati yang terbuka, Ramli memulakan cerita. Air matanya ditahan daripada mengalir keluar.

“Dulu saya ada ibu dan ayah. Mereka baik sekali. Mereka sayang sama saya. Saya cacat sejak saya keluar dari perut ibu. Sewaktu umur saya sepuluh tahun, ibu dan ayah meninggal dunia selepas kemalangan jalan raya. Tinggal saya dan adik saya Rusdi namanya. Selepas itu, kami dua beradik dijaga oleh makcik saya. Waktu itu umur saya baru sepuluh tahun. Lima belas tahun kemudian, adik saya Rusdi berkahwin. Makcik saya tidak mahu jaga saya lagi. Makcik suruh saya ikut adik saya Rusdi. Saya pun duduk dengan Rusdi di rumahnya sendiri. Auntie tahu bukan saya tidak boleh bergerak banyak jadi kadang-kala saya perlukan pertolongan mereka. Isteri Rusdi sibuk. Dia tidak ada masa untuk tolong saya. Saya sedar Auntie, saya banyak menyusahkan orang lain. Saya tidak mahu ganggu mereka tapi saya tidak berdaya. Satu hari isteri Rusdi sakit. Isterinya menangis. Saya masuk ke biliknya kerana mahu lihat adik ipar saya. Bila saya masuk sahaja, Rusdi pulang dari kerja. Dia menuduh saya cuba memperkosa isterinya itu,” Ramli terdiam lalu mengimbas kembali peristiwa pahit itu.

“Ramli! Apa kau buat dalam bilik aku? Kau cuba kacau bini aku ya?”

“Astaghfirullahhalazim, mengucap Rusdi. Isteri kau sakit. Aku hanya mahu membantu.”

“Ah! Alasan! Saya tahu kau dah lama nakkan isteri aku kan? Kau selalu cuba hendak memperkosanya bukan? Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat di belakang aku?”

Rusdi menendang Ramli.

“Lepas itu apa sulah jadi?” Auntie Li mengejutnya dari lamunan.

“Selepas itu mereka menghalau saya. Saya tahu adik saya tidak suka dengan saya sejak dari dulu lagi dan dia memang berniat untuk menghalau saya. Isterinya sering berkata kepada Rusdi bahawa dia malu dengan kawan-kawan dan jiran-jiran kerana mempunyai abang ipar yang cacat seperti saya. Dua hari kemudian Uncle Manikam yang dulu tinggal di rumah ini jumpa saya di bawah blok dan bawa saya tinggal bersama saya di sini. Dua tahun kemudian Uncle Manikam balik ke India dan tinggallah saya seorang diri di sini.” Ramli memberhentikan ceritanya.

Ramli tidak dapat menahan kesedihannya lagi. Dia kembali termenung.

Tanpa disedari, air mata Auntie Li juga turut mengalir. Auntie Li terharu mendengar kisah hidup Ramli yang sungguh menyedihkan itu. Auntie Li tidak tahu bagaimana hendak membantu Ramli. Ramli dianggap seperti anaknya sendiri.

“Lu punya adik ada tahu lu tinggal di sini?Lu tak ada telefon lu punya adik?” Auntie Li bersuara lagi.

“Saya ada telefon Rusdi apabila saya berpindah ke sini. Rusdi tahu saya tinggal di sini. Tapi saya sudah tidak mahu menyusahkan hidup mereka lagi,” Ramli menjelaskan lalu teringatkan kembali perbualan telefonya bersama Rusdi pada suatu hari.

“Rusdi, Abang Ramli ni,”

“Nak apa lagi?”

“Abang Cuma nak cakap abang sekarang tinggal di Blk 100 Aljunied Road. No telefon Abang 74……”

Rusdi memutuskan panggilan itu sebelum Ramli habiskan perbualannya.

“Lu ada itu nombor rumah lu punya adikkan?” Auntie Li mengejutnya dari lamunan.

“Ada tapi kenapa Auntie?” Ramli berasa hairan.

“Lu tak mau pergi rumah lu punya adik?”

“Tidak usahlah Auntie. Saya tidak mahu menyusahkan mereka. Kalau mereka ingatkan saya, mereka akan datang dan mencari saya.”

Namun demikian, hati Ramli hanya Tuhan sahaja yang tahu. Teringin sungguh dia bertemu dengan adiknya sendiri dan menyambut hari raya bersama mereka sekeluarga.

Selepas bercerita panjang, Auntie Li pun meminta diri untuk pulang ke rumah. Ramli menadah tangannya lalu mengadu kepada Tuhan.

“Ya Allah ya Tuhanku. Kepadamu aku sembah dan kepadamu aku pohon pertolongan dan kemaafan. Ya Allah. Ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan terhadapmu dan terhadap umat-umat mu Ya Allah. Ya Allah Terangkanlah hatiku, terangkanlah hati adikku Rusdi. Ya Allah ampunkah dosa adikku Rusdi. Selamatkanlah dia dari hinaan dunia dan siksaan api neraka. Ya Allah. Jika ujian yang engkau berikan kepadaku ini adalah untuk menguji keimanan ku terhadapmu, aku terima dengan hati terbuka. Tetapi Ya Allah, aku memohon kepadamu. Aku teringin untuk menyambut bulan yang mulia ini bersama sanak saudaraku. Ya Allah, bukakanlah hati keluargaku untuk menerima ku walaupun sehari. Aku redha dengan ketentuanmu. Aku terima kecacatan yang menimpa diriku. Aku terima Qadha dan Qadarmu Ya Allah. Kini hanya satu yang kupohonkan dari mu Ya Allah. Temukanlahku dengan adikku. Izinkanlah aku menyambut bulan syawal yang mulia ini untuk sekali ini sahaja…….,” Ramli terhenti dari doanya.

Ramli tidak mampu untuk menyambung doanya lagi. Ramli semakin lemah. Badannya direbahkan ke atas tilam buruknya itu. Matanya dibanjiri tangisan air mata. Ramli menutup matanya.

Dengan kuasa Allah Swt yang mendengar segala rintihan umatnya, Auntie Li dan anak-anaknya muncul di depan pintu. Melihat Ramli yang sedang tidur, anak-anak Auntie Li mengangkat Ramli ke atas kerusi rodanya lalu membawanya ke dalam kereta anak Sulung Auntie Li. Ramli sudah terlalu lemah untuk membuka matanya. Sehari suntuk dia tidak tidur. Auntie Li memberi alamat rumah Rusdi yang telah diambilnya dari diari Ramli. Mereka pun bergegas ke rumah Rusdi di Tampines.

Sesampainya mereka ke rumah Rusdi, Auntie Li mengetuk pagarnya yang sudah dibuka luas. Ramai tetamu yang sedang bertandang di rumah Rusdi. Beberapa minit kemudian Rusdi muncul di muka pintu. Rusdi rebah ke lantai apabila melihat abangnya yang sudah lama tidak ditemuinya.

“Ini lu punya abang mau jumpa sama lu. Kalau lu tak mau simpan sama dia, lu cakap sama wa. Nanti wa punya anak-anak angkat dia balik rumah wa,” Auntie Li berkata dengan tegas.

Ramli masih memejamkan matanya manakala Rusdi meraung di kaki abangnya meminta maaf.

Sumber: Berita Harian
, 1 Disember 2002

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam