سلامت داتڠ .. (^_^)


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسْمِ اَللَّهِ اَلرَّحْمَنِ اَلرَّحِيمِ.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما


Jangan Lupa Membaca Bismillah dan Berselawat Kepada Nabi S.A.W. Semoga Pengembaraan Anda di Blog Najeeba DiBerkati Allah..Ameen.. Syukran wa Jazakallhu Khairan.. :)

Daisypath Vacation Ticker

Sunday, September 21, 2008

++ ribena ada arak



Spread this article out..dpt dr emel

p/s - even setitik arak pun dikira haram

Tak tahu sejauh mana kebenarannya. Sekadar peringatan dan sama-samalah
kita
mengumpul maklumat lebih lanjut utk membuktikan kebenarannya kerana
sedia
maklum Ribena ni minuman kegemaran kanak2.Harap dapat kongsi maklumat
sama-sama

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan
menyeluruh
dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan
bahawa
dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena
dan
Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu
mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.

Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu,
Glaxo-SmithKline
menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu
pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa
semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan
yang bercampur arak meskipun amat sedikit.

Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada
bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek
keju
dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih.

Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1
peratus
tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa
selepas
mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada
paras
yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa
terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam
makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.

"Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman
ringan
seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman
Khan
berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa
minggu
lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan
pasti
tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi
penyediaan makanan itu dinyatakan.

"Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat
sensitif
dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia
dimaklumkan kepada kami," katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika
dan
sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang
disediakan untuk Ribena. - Agensi


sumber: Naim

0 wahai manusia..berpesan-pesanlah..COMMENT me!:

Mari Me'release' tension~

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Jenguk..Jenguk...

Renungan Sejenak -

"Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati." "Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya." "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya."

People COME People GO ++ Promotion Link

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ PhotobucketBoycott Pictures, Images and PhotosPhotobucketFREE PALESTINE PhotobucketFREE PALESTINE Quran Auto ReciterSearch in Quran and Hadith
iluvislam